Bila kita berjumpa mak, ayah yang ada anak istimewa berhati-hatilah ketika berbicara. Paling penting mulut jangan sesekali celupar, berkata-kata seolah-olah tiada hati dan perasaan.

Sesetengah mak ayah tak dapat nak terima kehadiran anak istimewa dalam keluarga. Mungkin pada awalnya dan tidak tahu persediaan dan cabaran pada masa akan datang. Tapi kalau mak ayah terima dengan reda, pasti hari-hari akan dilalui dengan mudah dan tenang. Malah, bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

Bila Jumpa Mak Ayah Ada Anak Istimewa

Apa yang menjadi permasalahan pula, bila segelintir daripada kita memandang pelik pada anak istimewa ini. Tak kurang juga mengata dengan membuat andaian yang bukan-bukan sehingga boleh menjatuhkan perasaan penjaga itu

Bukan meminta tapi kalau itu dah rezeki maka ayah ada anak istimewa, terimalah. Sebagai orang luar, jangan sesekali mulut celupar dengan membuat andaian. Jagalah perasaan dan kata-kata bila berjumpa dengan mak ayah yang miliki anak istimewa ini.

Dalam hal ini juga, kita sebagai orang luar, elakkan daripada bercakap kepada mak ayah yang ada anak istimewa dengan kata-kata ini.

Bila Jumpa Mak Ayah Ada Anak Istimewa, Mulut Jangan Celupar

Mulut Jangan Celupar

3 perkara yang TAK BOLEH CAKAP kepada ibu bapa yang mempunyai anak isitmewa:

1. BADI

Di dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, badi bermaksud “kenan” atau kesan buruk kerana mendekati bangkai binatang atau orang yang mati terbunuh (mengikut kepercayaan masyarakat Melayu).

IKLAN

Bukankah perkataan “badi” ini adalah terlalu kasar untuk kita katakan kepada mak ayah anak-anak ini. Manusia bagaimanakah yang berurusan dengan bangkai binatang atau mayat orang yang mati terbunuh sehingga terkena “badi” nya pada anak? Adakah benar wujud situasi “badi” ini sebenarnya?
Wallahu’alam.

Tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata kerana baik perkara hikmah mahupun kifarah, kita harus berpegang dengan kepercayaan kepada Allah semata-mata.Seeloknya kita,menjaga hati dan mulut daripada berkata yang bukan-bukan.

Adanya juga perkataan “badi” atau “kenan” ini digunakan oleh makcik pakcik yang berkata “tak boleh dekat dengan orang-orang cacat ni…nanti sendiri pun boleh terkena badi diorang”. Mintak mengucaplah & beristighfarlah wahai pakcik makcik sekalian.. hal-hal begini bukan kerja kita. Andai terjadi, kita perlulah berbalik kepada rukun iman yang terakhir iaitu percaya kepada qada’ & qadar.

Jadi, cukup-cukuplah menggunakan istilah badi ini walaupun termaktub dalam kamus dewan, tetapi ia hanyalah satu kepercayaan karut yang boleh merosakkan akidah kita terutama bagi yang beragama Islam.

Bila Jumpa Mak Ayah Ada Anak Istimewa, Mulut Jangan Celupar

2.BALASAN MASA LAMPAU

IKLAN

Siapa kita yang boleh menghukum dosa dan pahala seseorang? Kita bukan Allah untuk menentukan seseorang itu berdosa dan tidak.

Memang betul ada yang kata,”balasan di dunia ni dapat kat dunia juga” tapi sekali lagi, berbaliklah kepada akidah masing-masing. Hati kita perlu dijaga dan dididik. Bukankah kehadiran insan-insan berkperluan khas ini juga adalah ujian untuk manusia-manusia “normal” macam kita?

Pandang sekeliling dan renungkan apa yang kita boleh bantu untuk mak ayah yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Perincikan bantuan yang kita boleh berikan mengikut kemampuan kita:

JIKA MAMPU:
1. MENGHULURKAN DUIT, KITA HULURKAN.
2. MEMBERIKAN BANTUAN TENAGA, MAKA BERIKAN.
3. BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT SUDAH MEMADAI.
4. JIKA TIDAK MAMPU JUGA, MENJADI PENDENGAR YANG BAIK JUGA SUDAH CUKUP BAGUS. TIDAK PERLU MENILAI APA-APA, CUMA DENGAR SAJA
5. JIKA TIDAK MAMPU SANGAT, TITIPKAN DOA PUN PASTINYA SUDAH MEMBAHAGIAKAN MAK AYAH INI, MALAH MANA TAHU JIKA DOA ITU BERBALIK SEMULA REZEKI KEPADA KITA YANG MENDOAKAN.

Bila Jumpa Mak Ayah Ada Anak Istimewa, Mulut Jangan Celupar

3. TAK MAKAN DENGAN BETUL/STRES MENGANDUNG

IKLAN

Seolah-olah menyalahkan ibu yang mengandungkan anak istimewa tersebut; mungkin kerana tidak menjaga kandungannya elok-elok dan sebagainya.

Sedangkan hakikat kejadian anak istimewa ini boleh jadi ketika mengandung, semasa kelahiran, dan selepas melahirkan.

Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada semua perkara ini. Apa-apa pun, menyalahkan ibu yang mengandungkan adalah perkara yang sangat tidak masuk akal untuk kita katakan disebabkan oleh si ibulah, maka anak mendapat “cacat”nya.

Marilah kita sama-sama menjaga hati dan bermuafakat dalam urusan kita sehari-sehari.

“Spread love, kindness & care” kepada insan istimewa dan ahli keluarga mereka. Kerana hakikat balasan ini,tidak merugikan kita semua pun.

Sumber: Little Rehab

Kredit top image: Freepik

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI