Kadang-kadang orang mengandung ni mengidam macam-macam. Bukan saja makanan, ada juga yang teringin nak buat perkara pelik. Sesetengah perkara tersebut mungkin kedengaran agak sukar untuk dibuat namun selagi tak memudaratkan atau bertentangan dengan syarak, suami pasti akan cuba untuk memenuhinya.
Seorang wanita hamil berkongsi kisahnya di akaun TikTok wanyanjee yang mengidam untuk memegang seekor memerang. Kebetulan dia dan suami berjalan-jalan di zoo, pekerja di sana memberi peluang untuk dirinya memegang haiwan comel tersebut.
Demi memenuhi permintaan si isteri, suaminya meminta kebenaran dari pekerja zoo. Memahami situasi wanita hamil yang mengidam, pekerja zoo tersebut menangkap salah seekor memerang untuk diberikan kepadanya.
Siapa yang tidak sayangkan isteri. Apa lagi ketika isteri sedang sarat hamil dan mengidamkan untuk makan sesuatu makanan. Demi menunaikan hajat isteri yang mengidam hendak makan buah stawberi segar, suami pemilik jenama Leeyana Rahman, Hafiz Hamid sanggup menunaikan hasrat isterinya itu walaupun terpaksa memandu di waktu malam.
Menurut kata Yana menerusi perkongsiannya di Instagram, dia mengidam untuk menikmati buah strawberi segar dari Cameron Highland. Terpaksalah suami menunaikan permintaannya.
Malah menerusi Instagram, Yana turut berkongsi beberapa keping gambar kenangannya bersama suami sepanjang berada di pusat peranginan itu.
“Ngidam nak makan strawbery Cameron. Know know sampai hehe.
“Senyum lebar dapat makan macam macam semalam. Alhamdulillah selamat sampai bangi semalam. Apiz kata jauh gila drive balik ikut tapah. Tp kita rasaa macam dekat je,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, menerusi Instagram, suami kesayangan Yana Lee turut berkongsi cerita.
“Kalau tak sayang lagi, tak tahulah kan.
“Alkisahnyaa semalam balik dari office pukul 8 malam. Tiba-tiba bini cakap nak makan strawberi sangat-sangat. Tapi tak nak strawberry Tesco. Nak yang Cameron punya.
“Abam pun cuba 1001 cara untuk ubah topic. Tapi akhirnyaa tewas & terpaksa akur dengan permintaan isteri.
“So, dengan capcuss nya semalam, booking hotel and gerak dari Bangi. Sampai Cameron pukul 1 pagi,” katanya berkongsi cerita.
Menurut kata Hafiz, tak peduli soal penat asalkan keinginan isterinya itu dipenuhi, cukup menggembirakan hatinya.
“Rehat kejap, then harini pulun makan segala jenis strawberry.
“So mama Tyara happy, baby dalam perut happy & abam pun happy dapat bahagiakan family,” tulisnya berkongsi.
Terdahulu, di awal trimester kehamilannya, Yana Lee mengalami alahan yang agak teruk bila mana tidak begitu selesa ketika berada di rumahnya sendiri. Terpaksalah pasangan ini bercuti saban minggu bagi menghilangkan alahan yang dialami Yana.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita mengandung pasti akan mengalami perubahan hormon. Semakin meningkat usia kandungan, semakin banyak proses perubahan hormon berlaku.
Dalam tempoh kehamilan itu, perubahan hormon di kalangan wanita sangat ketara sehingga menyebabkan suami sukar untuk memahami sepenuhnya punca perubahan yang berlaku seperti emosi yang tidak stabil, sembelit, perubahan waktu tidur dan mengidam makanan.
Kesan perubahan pelbagai hormon dalam badan merupakan punca utama kepada semua simptom tersebut. Perubahan hormon inilah membolehkan wanita mengandungkan bayi selama sembilan bulan dan membantunya membesar.
Antara perubahan yang berlaku adalah:
✅ LEHER, KETIAK DAN KAKI HITAM
Semasa hamil , perubahan kulit akan terjadi seperti ketiak hitam ,leher hitam dan kaki hitam serta sebagainya. Tompok-tompok hitam ini dipanggil “CHLOASMA”.
✅ KEGATALAN KULIT
Ibu hamil jugak akan mengalami kegatalan kulit terutama pada bahagian perut. Kegatalan ini menyebabkan ibu tidak rasa selesa dan sentiasa tergaru.
✅ JERAGAT DAN JERAWAT
Masalah pada kulit muka juga seperti jeragat dan jerawat akan terjadi pada ibu hamil. Ini disebabkan perubahan hormon ibu mengandung akan mengeluarkan minyak yang berlebihan pada muka dn kekurangan air juga akan menyebabkan timbul masaah jeragat, jerawat dan sebagainya.
Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?
Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.
Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?
Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:
Asid Folik
Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.
Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
Zat Besi
Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.
Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.
Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
Kalsium
Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).
Asid Lemak Perlu
Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.
Vitamin D
Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.
Tips pengambilan vitamin dan suplemen
Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.
Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.