
Makan menu sama je setiap hari sepanjang pantang pun bosan juga tau. Mesti lah nak makan menu yang lain daripada lain juga. Tapi, perlu pandai olah bahan yang bersesuaian dengan keadaan badan semasa pantang. Kalau tidak, banyak komplikasi yang boleh datang.
Teringin nak makan ayam panggang tapi takut mendatangkan kemudaratan dalam penggunaan bahannya? Jangan risau, banyak resipi yang dah diolah supaya para ibu berpantang juga boleh menikmati menu yang sedap- sedap sepanjang berpantang. Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Wan Noor Farhana di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI AYAM PANGGANG

AYAM PANGGANG SELERA PANTANG
Mommies yang dekat luar sana mesti pening nak masa kapa kan terutamanya waktu berpantang ni. Banyak sangat makanan yang ada tapi tak pasti yang mana sesuai kan.
Haa tak perlu pening kepala, kakak dekat sini akan ajar resepi senang sangat senang dan juga sangat berkhasiat untuk mommies yang sedang berpantang.
Macam menarik je kan, jomlah masak dekat rumah.
Bahan- bahan:
– Ayam
– 1 batang serai
– 1 sudu jintan manis
– ½ sudu jintan putih
– 1 cm kunyit
– 1 cm lengkuas
– 1 cm halia
– 4 ulas bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– Garam
– Air asam jawa
– ½ cawan air

Cara- cara:
1. Ayam mestilah dilumur dengan sedikit garam, sedikit bawang merah, bawang putih dan kunyit tumbuk dan juga lengkuas.
2. Tumis bahan tumbuk tadi, masukkan jintan, air asam jawa dan juga garam.
3. Tambah sedikit air untuk menjadikan ia sedikit berkuah.
4. Kemudian ayam tadi bolehlah dituangkan ke dalam kuah dan dipanggang sehingga masak.
Baca Juga:
Kek Chip Chocolate Moist Mini, Boleh Dijadikan Dessert Jamuan Atau Jualan. Mesti Laris Kalau Jual!
Macaroni Cheese Bakar Dalam Cawan, Hidangan Untuk Pelbagai Jamuan. Lain Daripada Yang Lain!
Kacang Sira Pedas Manis, Kudap Rangup Hari Raya. Mesti Habis Satu Balang!
Senang sahaja resipi ayam panggang ni. Bukan sahaja sedap tapi juga berkhasiat tau. Para ibu berpantang tak perlu risau dengan menu makanan pantang. Tak perlu makan lauk sama hari- hari. Boleh cuba ayam panggang ni. Semoga bermanfaat dan semalat mencuba!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



Mula-mula kupas labu, basuh dan kukus.
Kemudian di blend halus, anggaran setengah cawan.
Dalam satu bekas besar, masukkan 2 cawan tepung beras, setengah cawan tepung gandum dan setengah cawan tepung jagung.
Ini gula pasir, saya kisar halus supaya senang larut. Disebabkan saya tak berapa suka manis, saya cuma gunakan 3/4 cawan gula sahaja.
Tambahkan sedikit garam. Anggaran 1/4 sudu teh kfc tu. Kemudian gaul rata semua bahan tu.
4 cawan santan segar dipanaskan atas api perlahan sambil dikacau. Panaskan hingga suam-suam kuku sahaja.
Kemudian tuangkan santan suam ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
Tapis supaya tak ada yang berketul-ketul tertinggal.
Bahagikan adunan sama banyak, satu bahagian dimasukkan labu.
Kukus selapis demi selapis dengan api sederhana selama 5 minit setiap lapisan.












