Umum ketahui, penambah rasa seperti garam dan gula dilarang dalam makanan bayi yang berusia setahun kebawah. Bukan seperti golongan dewasa, masih ada organ bayi yang sedang dalam proses matang antaranya buah pinggang.
Jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan, buah pinggang dewasa mampu untuk bersihkan yang lebihan daripada darah. Tetapi bayi tidak mampu lagi, yang berlebihan walaupun sikit, cukup untuk membuat buah pinggang bekerja berlebihan dan cepat rosak.
Untuk beri sedikit rasa dalam makanan bayi, mama boleh buat sendiri penambah perasa untuk anak sebagai ganti garam & gula dengan menggunakan bahan makanan semula jadi. Antaranya:
Pasti para ibu buntu memikirkan lauk pauk tambahan untuk hari ini kan? ‘Tetiba’ terbayang ayam yang dipanggang di bazar Ramadan. Bau rempah ayam yang dibakar masih segar dalam ingatan.
Tapi nak dapatkan ayam panggang musim macam ni memang agak sukar melainkan kalau para ibu buat sendiri di rumah. Sementara masih awal lagi, mama-mama boleh tengok dahulu resipi yang dikongsi oleh Puan Herda Johan ini, mana tahu bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ayam panggang memang dah cukup lengkap di dapur. Bolehlah cuba resipi ini untuk juadah berbuka nanti.
Semalam ada yang tanya saya…camana nak buat Ayam Panggang ek elehhhh pakcik Kenny.R tu..
Ok ini resepinyaaa…
AYAM PANGGANG PAKCIK KENNY
1) Seekor ayam 1kg+ (boleh potong 4 atau tak payah potong)
Bahan kisar: 2) 2 biji bawang besar 3) 4 ulas bawang putih 4) 1 inci halia 5) 1 kiub ayam knor/maggi 6) 2 sudu serbuk lada hitam 7) 1 senduk kecil sos black pepper 8) garam 1 sudu teh 9) gula 1 sudu makan 10) air 100ml
– kisar semua
Perap: 11) 2 sudu madu (takda pun takpe) 12) 3 sudu olive oil 13) 2 sudu besar mix herbs @ oregano leaves
– Tuang semua bahan ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup dan Perap dalam 2 jam dalam peti ais bahagian chill.
Dua Cara untuk masak:
A) PERIUK HIGH PRESSURE/PEMANGGANG AJAIB/atau yang seangkatan dengannya. – masak 30 minit dan selepas itu stir fry.
Atau….
-B) OVEN – Panaskan oven 180’c-200’c. Api atas bawah. Bakar 1 – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.
***oven bergantung pada saiz oven. Kalau oven besar suhu tinggi.***
Berbanding kek mentega atau kek-kek lain, kek pandan antara kek yang cukup harum baunya. Ketika kek di masak di dalam oven, anak-anak pastinya tak sabar dan menantikan kek yang satu ini. Baunya cukup membuatkan seisi rumah rasa tak senang.
Bagi peminat kek pandan, jangan abaikan kek yang satu ini. Air tangan cikgu masakan yang popupar di internet iaitu Puan Azlina Ina Fans ini tak pernah menghampakan kita. Semuanya sedap-sedap belaka. Jadi bagi peminat kek pandan, anda wajib cuba kek ni!
Musim PKP ni teringin nak kek mudah-mudah, jimat bahan kan. Siapa peminat pandan macam mak. Mak memang suka gila apa-apa yang berkaitan pandan.
Bahan A:
Marjerin cairkan dan sukat secawan bila suam
Bahan B:
1/4 cawan susu segar + 1 sk cuka + 1/2 sk soda bikarbonat -campurkan (Kalau korang suka guna daun pandan, susu segar tu blend dengan daun pndan 1 cawan then tapis. Korang boleh ambik 1/4 je selebih nya simpan nak buat kuih-kuih lain nanti senang boleh pakai lagi.)
Bahan C:
Ayak tepung gandum
2 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk cream off tartar (skip kalau tak ada, fungsi dia cuma nak bagi kek lagi ringan, kalau bakar tak ada pun tak apa, kalau kukus je tak ada kek kurang ringan tapi tetap jadi)
Bahan mix:
5 biji telur
1 cawan gula
1 sb ovalate
2 sb pandan coconut pasted (setakat ni yang paling sedap)
1 sb pewarna hijau aple Mix gebu kemudian masukkan bahan B. Kemudian A sampai habis. Dah sebati masuk c sampai habis. Siap.
Step campur susu dan cuka. Cuka tu cuka masakan bagi yang tak pernah tengok lah. Kang korang beli cuka getah dah begelimpangan pulak.
Mix bahan tadi sampai gebu macam gini.
Korang angkat kepala mixer tu adunan tak jatuh dari mata mixer maknanya dah gebu la tu.
Masuk susu plus cuka tadi. Tak payah kacau tak apa, perlahankan mixer tu kang tetiba banjir rumah.
Lepas sebati baru masuk majerin cair tadi sampai habis.
Last masuk tepung, mixer masih slow.
Ok adunan gebu macam ni. Ni mak buat 2 adunan sekali 10 biji telur, tu nampk banyak.
Masuk bekas tak kisah kalau kukus bekas macam ni pun boleh. Kalau loyang saiz 9×9 sebab kek ni akan naik gebu ye. Kalau saiz 8 mesti tuang sikit kat loyang 5.
Ok kukus 40 minit api sederhana. Kalau bakar suhu 170 masa 50 minit api atas bawah.
Terbalikkan la kat board lepas siap je masak, tak kira kukus ke bakar.
Alhamdulillah gebu moist dan wangi sangat. Sesuai untuk korang cuba tau.
Musim panas yang melanda negara buat kita tercari-cari air yang sejuk agar dapat menyejukkan tekak yang kehausan.
Aiskrim Malaysia antara yang wajib ada memenuhi peti ais rumah, barulah anak-anak suka. Perisa apa? Aiskrim pastel pelbagai perisa emulco dan kordial ini lain macam, wajib cuba.
Warna-warni aiskrim Malaysia. Saya memang peminat warna-warna pastel. Jadi saya transformasikan minat saya kepada aiskrim Malaysia.
Dulu mula-mula memintal hanya buat perisa basic, bila dah gila memintal aiskrim pun jadi pelbagai perisa.
Bila masuk kedai bakery, lama ja termenung dekat ruangan emulco. Rambang mata nak pilih perisa apa.
Disebabkan ramai yang request resepi, Nurul update dekat sini.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
5 tin air
Sedikit garam dan gula jika perlu
Emulco/kordial berperisa yang korang minat
Satukan susu cair, susu pekat dan air ke dalam periuk, kacau sebati kemudian masak atas dapur sehingga mendidih.
Sementara tunggu bancuhan sejuk, boleh lah letak emulco/kordial yang korang suka.
Bancuhan dah sejuk, aiskrim pun ready untuk dipintal.
Nurul tak ada sukatan untuk emulco dan kordial sebab setiap perisa lain-lain sukatan. Boleh letak ikut kesesuaian bancuhan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Mas Siti Rosnani Rosli, 7, terpaksa dipotong kaki kanan hingga ke paras paha akibat komplikasi serius selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah.