Ada waktunya sepanjang tempoh PKP ini kita mula rindukan makanan penjaja di tepi jalan. Rindu pisang goreng, kuih keria dan tidak kurang juga apam balik panas. Bagi mengubat rasa ini, apa kata anda sediakan sahaja di rumah. Inilah waktunya anda menunjukkan kemahiran memasak kepada seluruh keluarga. Mana tahu air tangan anda lebih mantap.
Resipi Apam Balik yang satu ini mama wajib cuba kerana dibuat tanpa diperap seperti biasa. Hanya campurkan sahaja kesemua bahan dan bolehlah di masak seperti biasa. Jom ikuti perkongsian resipi Puan Mizah Ngatiman ini. Terbaik!
Resipi Apam Balik Tanpa Perap
Sila kongsikan, moga bermanfaat sepanjang cuti PKP ini.
Bila tengok Apam Balik ni kan. Teringat kenangan Lz kecil dahulu, inilah kenangan mak dan arwah abah niaga Apam Balik dan Jagung Rebus di pasar malam. LZ dan Kak Long kecil lagi masa itu. Kami selalu ikut mak abah ke pasar naik gerabak (sejenis kenderaan 2 roda yang dipasang/ ditarik di belakang motosikal).
Bayangkan dah lebih 40 tahun. Rasanya kalau hari ini tanya mak resepi asal mak dulu mesti mak pun dah tak ingat agaknya. Mudah-mudahan resepi ini bermanfaat pada sesiapa yang ingin mencubanya. Lz niatkan sedekah semua pahala kebaikan yang datang pada resepi ini pada Al- Marhum Abah Lz, Hj Ngatiman Bin Hj Sarmidin.
Ads
Bahan-bahan: (dapat lebih kurang 15 keping)
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur gred B
1sk soda bikarbonat
2sk baking powder
2 cawan air masak
Pewarna kuning telur
Bahan tabur:(secukupnya)
Gula pasir
Kacang tanah hancur
Jagung manis tin
Marjerin untuk sapu permukaan apam.
Mixer hingga gebu telur dan gula halus.
Gebu macam ni bertukar warna putih.
Ads
Kemudian masukkan soda bikarbonat, sedikit pewarna kuning dan air. Mixer rata lagi.
Kemudian masukkan tepung dan baking powder. Mixer lagi.
Dah siap, adunan tak cair dan tak terlalu pekat. Agak- agak boleh dilenser pada kuali.
Panaskan kuali anti lekat. Api kecil. Kemudian ambil 1 + 1/2 senduk adunan. Lenser pada kuali macam kita buat lempeng tu. Tebal nipis ikut kita.
Ads
Biarkan ia berbuih bintik macam ni.
Boleh lah tabur gula, jagung manis dan kacang tadi. Ikut suka banyak mana kita suka.
Kemudian dah berhenti buih buih tadi nampak kering permukaan apam bolehlah dilipat. Tadaaaa dah siap. Boleh sapu marjerin permukaannya.
Boleh lah dipotong dah sejuk.
Isinya lebih jagung dan kacang. Sedap.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cupcake merupakan kek kecil dan comel yang sentiasa mendapat sambutan baik orang dewasa atau kanak-kanak. Nampak comel jer bila di susun di atas dulang. Kemahiran untuk membuat cupcake patut di ajar kepada anak-anak sebagai kemahiran hidup. Bukan untuk jual sekalipun, ia juga untuk makan sendiri bersama ahli keluarga dan kawan-kawan.
Tapi kali ni, resepi yang dikongsikan sangatlah mudah. Tak perlu oven pun. Guna je cupcake sedia ada di kedai. Nak cari pun senang, murah pun ya! Bolehlah buat bersama- sama anak di rumah. Jom lihat resipi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Bonda Riz Yaya Fiya di Kumpulan Facebook Resepi Kuih Muih.
RESEPI CUPCAKE
Sumber foto: Facebook Bonda Riz Yaya Fiya
Resepi ini khas untuk mak- mak yang nak buat dessert tapi takde oven. Jom! Dessert cup ini boleh dilapis dengan jem buah- buahan, chocolate ganache, Nutella ikut kreativiti korang.
Bahan- bahan: – Massimo Cup cake (original flavour sedap, ada macam- macam flavour boleh beli dekat 7eleven) – Nondairy whipping cream – Dessert cup 7ml (RM12.90/20pcs)
Sumber foto: Facebook Riz Yaya Fiya
Cara- cara: 1. Potong 2 massimo cupcake ikut kesesuaian dessert cup. 2. Pukul whipping cream sampai gebu. (Nondairy ni memnag dah manis jadi tak perlu tambah gula, lagi satu memang kena putar sejuk- sejuk). 3. Masukkan dalam pipping bag, kalau nak cream tu berperisa campur je dengan Nutella ke, strawberry jam ke, kaup pakai spatula je. 4. Semua dah siap pipekan dalam dessert cup (cream -> cake -> cream), ulang sampai habis.
Bolehlah dihiaskan dengan apa- apa sahaja yang menarik untuk dessert cup korang. Dah siap kena simpan dalam fridge ya.
Mudah sangat resepi yang dikongsikan. Ibu- ibu boleh buat dengan anak- anak sewaktu anak cuti sekolah. Boleh isi masa terluang sama- sama, ayah nak join sekali pun boleh! Bonding time dengan keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Satu-satunya resipi wajib ketika di bulan Ramadan pastinya Roti John yang membuatkan waktu berbuka jadi lebih bermakna. Tak sah tanpa menikmati roti john yang penuh dengan inti.
Resipi Roti John Cheese Inti Lebih yang dikongsikan oleh Pn Iza Abu Bakar ini anda wajib cuba. Mana tidaknya, bahan simple tetapi rasa padu dengan inti yang berlimpah-ruah. Pasti puas makan.
Setiap kali Ramadhan mesti famous sangat Roti John ni. Anak anak pun suka makan. Daripada nak beratur panjang membeli roti John ni, lebih baik kita buat je sendiri kan. Haa, jom kita buat.
BAHAN BAHAN
4 biji telur (dipukul)
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dipotong dadu)
Roti panjang (dibelah 2)
Kobis (dihiris nipis)
Kepingan cheese
Mayonis
Sos cili
Ayam cincang/daging cincang
Garam secukupnya
Minyak masak
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam cincang, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak.
2. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
3. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti ayam tadi. Kacau rata hingga sebati.
4. Potong roti kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus ye.
5. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat.
6. Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang dan tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkan seketika.
7. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi.
8. Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
9. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat.
10. Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. Potong la roti pada beberapa bahagian. Dah siappp.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam cara sudah mama cuba untuk pastinya anak kita makan sayur. Ada yang kreatif sembunyikan dalam nasi, buat bebola sayur, goreng rangup dan sebagainya. Salah satu cara adalah sediakan dengan bergedil yang selalu kita makan. Sedar tak sedar anak dah makan habis.
Resipi yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya Yacob buat anaknya ini nampak menarik. Bukan buat saja-saja tapi banyak sangat khasiatnya. Selain baik untuk otak, ia juga baik untuk kalsium dan zat besi. Jom cuba!
BERGEDEL BROKOLI MAKANAN JEJARI ANAK 1 TAHUN KE ATAS
Kalau cerita dengan saya ni semua haruslah serba mudah. Terutama sekali apabila Cik Bunga sudah pun berusia 1 tahun 2 bulan sekarang. Maka mudahlah urusan menyediakan makanan untul seisi keluarga.
Masak satu jenis semua boleh makan.
Bergedel Brokoli ini adalah favourite seisi keluarga. Bila hujung minggu maka wajib lah saya sediakan, buat banyak supaya semua boleh makan.
Saya banyak masukkan sayuran hijau seperti brokoli dan batang seleri di dalam masakan baik makanan jejari mahupun makanan utama mereka.
Ini kerana sayur-sayuran ini memiliki kandungan zat besi dan kalsium yang tinggi. Maka tidak perlu bergantung lagi dengan susu kerana sumber makanan alami sudah mencukupi untuk mereka!
BERGEDEL BROKOLI
Bahan-bahannya:
Tepung gandum
Telur
Serbuk ikan bilis
Daun bawang
Brokoli
Keju parmesan
Cara-caranya adalah:
1. Gaul sebati semua bahan di atas dan bentukkan sesuai saiz dan bentuk keinginan ibu-ibu.
2. Goreng di dalam minyak yang panas.
3. Siap dah. Sedap kalau ‘deep’ dalam Mushroom Cheese atau Cheese spread.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.