Bila dah dekat nak raya, tentulah terasa nak makan dodol. Bukan mudaj nak cari dodol fresh. Masalah itu dapat diselesaikan dengan adanya gadget bread maker ni. Ikuti resipi perkongsian daripada Noor Atika Mahamood.

Jom belajar buat dodol guna bread maker. Senang je awak. Lebur je dalam bread maker. Tau-tau dah siap dodol kite. Jomlah check bahan-bahan dan tutorial dibawah.

Baca: Resipi Bingka Ubi, Lemak & Berkrim. Kalau Buat, Enjoy Makan Satu Family!

Buat Sendiri Dodol Guna Sukatan Cawan, Fresh & Lebih Sedap!

“DODOL EXPRESS DODOL MODERN”

Bahan-bahanya:

– 2 cawan tepung pulut
– 1 cawan gula melaka
– 1 cawan gula pasir
– 1 cawan santan
– 1 cawan air
– 1 sudu kecil garam
– seikat daun pandan
– 5 sudu makan minyak masak **jika pakai santan kotak/serbuk. Sebab santan segera tak keluarkan minyak macam santan fresh**

Buat Sendiri Dodol Guna Sukatan Cawan, Fresh & Lebih Sedap!

Cara penyediaan:

IKLAN

1) Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan dalam kuali, cairkan.

Buat Sendiri Dodol Guna Sukatan Cawan, Fresh & Lebih Sedap!
2) Tapis masuk dalam mangkuk.

Buat Sendiri Dodol Guna Sukatan Cawan, Fresh & Lebih Sedap!
3) Masukkan garam.

Buat Sendiri Dodol Guna Sukatan Cawan, Fresh & Lebih Sedap!
4) Masukkan santan.
5) Masukkan tepung pulut. Kacau-kacau pakai whisk.

6) Masukkan dalam bread maker, tekan menu NO.13

Buat Sendiri Dodol Guna Sukatan Cawan, Fresh & Lebih Sedap!

IKLAN

**saya repeat 2 kali menu “jam” lepastu sy tekan menu “bake” sy set masa 30minit. Sambil bake tu boleh kacau-kacau selang 5 minit.

** sy guna spatula nipis yang tak melekat tu.

Senang je. Rasanya sama macam dodol yg kita beli tu. Cuma takde la aroma smoke-smoke aroma asap-asap dari kayu api macam ayah-ayah kita buat kat kampung tu..

IKLAN

**Semoga bermanfaat kepada semua. Selamat mencuba!

Baca: Resipi Piza Ala Mat Saleh, Guna Pressure Cooker Je. Tak Payah Sibuk Jaga Suhu Oven!

Sumber:Noor Atika Mahamood

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Jom Join Cabaran RM10 SSPN X PA&MA

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI