Salah satu kesukaran buat wanita berhijab ketika memakai face mask jenis talinya perlu diselitkan di telinga. Susah sebab kena pakai face mask dari awal sebelum pakai tudung.
Bukan itu saja, kadang-kadang face mask akan disambung dengan getah sayur, pin kertas atau apa saja yang boleh memudahkan face mask ini dipakai dari luar. Bagi para ibu yang mahu memakainya dengan lebih selesa, boleh gunakan face mack extender.
Ada macam-macam design yang boleh dibuat. Cantik-cantik semuanya. Kesemua rekaan ini hasil kreatif kebanyakan para ibu yang diambil dari grup Tukang Apa Hari Ini di Facebook.
Guna kain felt pun bolehLetak mata-mata pun boleh!Ini pun cantik, guna lebihan kain untuk buat extenderComel letak bunga macam ni
Lepas ni, tak susah dah kalau nak pakai face mask jenis tali selit di telinga ni. Boleh buat extender ni ikut mood, macam-macam stail boleh dihasilkan. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun 1 sesi 2027 menyaksikan pendekatan baharu apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menilai kesiapsiagaan kanak-kanak melalui ujian diagnostik khas bagi mereka yang ingin memasuki Tahun Satu seawal usia enam tahun. Langkah ini diperkenalkan bagi memastikan kanak-kanak benar-benar bersedia sebelum memulakan alam persekolahan formal.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, hanya kanak-kanak yang memenuhi kriteria ditetapkan serta lulus ujian diagnostik KPM akan dipertimbangkan untuk kemasukan awal ke Tahun Satu bermula sesi persekolahan 2027.
Menjelaskan dasar tersebut, Fadhlina menegaskan bahawa pelaksanaan ujian diagnostik KPM ini bukan bersifat wajib dan tidak melibatkan semua kanak-kanak berusia enam tahun. Sebaliknya, ia ditawarkan sebagai pilihan kepada ibu bapa berdasarkan tahap perkembangan dan kesiapsiagaan anak masing-masing.
“Bukan semua kanak-kanak layak masuk awal. Kanak-kanak yang layak perlu melalui proses saringan terlebih dahulu sebelum dipilih,” katanya.
Pendekatan ini dilihat memberi kelegaan kepada ibu bapa yang bimbang anak mereka terpaksa menghadapi tekanan akademik terlalu awal hanya kerana faktor umur semata-mata.
Ujian diagnostik KPM bagi Tahun 1 sesi 2027 ini bukanlah peperiksaan akademik seperti yang sering dibimbangi ibu bapa. Sebaliknya, ia bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan kanak-kanak secara menyeluruh merangkumi aspek perkembangan asas.
Antara elemen yang akan dinilai termasuk perkembangan kognitif awal, kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, tahap kematangan emosi dan sosial serta keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran formal.
Melalui ujian diagnostik KPM ini, pihak sekolah dapat mengenal pasti sama ada seseorang kanak-kanak benar-benar bersedia untuk mengikuti pembelajaran Tahun Satu atau memerlukan tempoh persediaan tambahan di peringkat prasekolah.
Dalam masa sama, Fadhlina memaklumkan bahawa ibu bapa yang berminat perlu mendaftarkan anak masing-masing untuk menduduki ujian diagnostik KPM tersebut. Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran, bentuk saringan serta tarikh pelaksanaan akan diumumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.
Langkah ini memberi ruang kepada ibu bapa untuk membuat keputusan secara sedar dan berinformasi tanpa sebarang paksaan terhadap anak.
Pendekatan baharu ini selari dengan usaha KPM untuk memberi penekanan kepada kesejahteraan dan kesiapsiagaan kanak-kanak, bukan semata-mata mengejar pencapaian akademik awal.
Pakar pendidikan awal kanak-kanak berpandangan bahawa setiap kanak-kanak berkembang mengikut rentak yang berbeza. Ada yang bersedia dari segi kognitif lebih awal, manakala ada yang memerlukan masa tambahan untuk matang dari aspek emosi dan sosial.
Dengan adanya ujian diagnostik KPM ini, kanak-kanak yang belum bersedia tidak akan dipaksa, sebaliknya diberi laluan pembelajaran yang lebih sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
Dalam menghadapi pelaksanaan dasar ini, ibu bapa disaran memainkan peranan aktif dengan menyokong perkembangan anak secara seimbang melalui aktiviti harian seperti membaca bersama, bermain sambil belajar dan membina kemahiran sosial di rumah.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu anak bersedia menghadapi ujian diagnostik KPM, malah membina keyakinan diri dan minat terhadap pembelajaran sejak awal.
Fadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program PAKAT Prasekolah yang berlangsung di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan ujian diagnostik KPM bagi kemasukan Tahun 1 sesi 2027 dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dasar ini diharap dapat melahirkan murid Tahun Satu yang lebih bersedia, yakin dan gembira untuk belajar, selari dengan matlamat pendidikan yang holistik dan berfokuskan keperluan sebenar kanak-kanak.
Cinta pertama ibu dan ayah adalah anak sulung. Setuju tak? Baru-baru ini Johan dan isterinya terbang ke Ireland untuk membuat kejutan hari lahir putera sulungnya. Bagi yang belum tahu, anak sulung Johan dan Ozlynn kini telah melanjutkan pelajaran di Dublin Ireland dalam bidang perubatan dan kesihatan.
“Abang Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama tak kan pernah henti selagi bernyawa. We love you Ariq Hanania,” Tulis Ozlynn di ruangan kapsyen foto.
Sementara itu dari perkongsian video kejutan hari lahir buat Ariq di Instagram mereka, ramai rakan selebriti dan wargamaya terharu dan mendoakan mereka. Hasil didikan Ozlynn dan Johan sentiasa mendapat pujian dari orang ramai.
Antara komen yang ditinggalkan:
Johan dan Ozlynn dikurniakan 3 anak perempuan dan 3 anak lelaki melalui perkongsian hidup mereka berdua.
Wah, memang respek betul dengan Khairul Aming! Bukan je berjaya dalam bisnes, tapi siap jaga kebajikan staf lagi. Bayangkan, tak semua majikan sanggup keluarkan kos besar untuk hargai pekerja macam tu. Memang inspirasi!
Baru-baru ni, Khairul Aming ada kongsi kos perbelanjaan bawa staf dia pergi bercuti, dan perkongsian tu memang tarik perhatian ramai.
Menerusi video di kongsi milik Tiktok Khairul Aming telah menjawab satu soalan yang ditanya oleh pengikutnya.
NETIZEN TANYA JUMLAH SPEND BAWA STAFF BERCUTI
Individu itu bertanyakan berapakah jumlah yang dihabiskan untuk percutian bersama stafnya. Khairul Aming kemudian menjawab terdapat dua kos yang terlibat.
Pertama, kos untuk membawa staf bercuti termasuklah penginapan hotel, makanan, aktiviti, pengangkutan dan duit poket. Ia dianggar sekitar RM200,000 hingga RM300,000.
Malah, dia juga perlu menanggung kos kerugian produksi apabila kilangnya ditutup selama lima hari iaitu sekitar RM700,000 hingga RM750,000.
Setelah digabungkan, jumlah keseluruhan kos yang terlibat adalah hampir RM1 juta.
“Saya dah dedicate every year nak celebratekan staf,” katanya.
Tambahnya, dia akan cuba melakukan perkara ini setiap tahun walaupun kilang perlu ditutup sementara.
NETIZEN LUAH KAGUM
Meninjau di ruangan komen, rata-rata kagum dengan cara pempengaruh ini menghargai pekerjanya. Malah ada yang teringin untuk menjadi kakitangannya.
“Hilang 1juta, nnti dpt lbih lg. Percaya rezeki Allah. Sbb tu ka bjaya, x bkira x kdekut..” “Nak Jadi Staff …” “Semoga rezeki mu mencurah2. Amin…”