Ketika anak mewarna, perhatikan betul-betul tangan anak. Perbetulkan mana yang dirasakan tidak selesa. Bila anak makin selesa untuk memegang pensil, menulis dan seterusnya mewarna, barulah hasil mewarna anak jadi lagi cantik.
Apa kedudukan terbaik anak waktu mewarna? Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Aisyah Rozalli berkongsi cara tepat kedudukan anak waktu mewarna. Jom perbetulkan anak kita.
7 PERKARA PERLU PERHATI PADA TANGAN, MATA, KEPALA, MULUT, BELAKANG BADAN ANAK KITA SEMASA MEWARNA
Cuba tengok cara anak kita mewarna.
1. Tangan dominan.
Kalau anak right-handed, dia akan mewarna guna tangan kanan. Kalau anak left-handed, dia akan mewarna dengan tangan kiri. Ini kita panggil hand-dominance.
Ads
2. Tangan bukan dominan.
Tangan anak kita yang bukan dominan pula, akan jadi tangan pembantu. Kalau anak kita right-handed, tangan kiri akan jadi tangan pembantu. Kalau anak kita left-handed, tangan kanan akan jadi tangan pembantu.
Tangan pembantu akan bantu anak kita dalam memastikan kestabilan postur, dan menahan kertas yang dia sedang warnakan.
3. Kepala anak.
Kepala anak perlu berada dalam jarak yang selesa. Tak terlalu dekat dengan kertas.
Kalau kepala anak kita rapaaat sangat dengan kertas, anak kita mungkin ada masalah penglihatan, atau anak kita ada masalah dengan kekuatan dan kawalan otot belakang badan dia.
4. Mata anak.
Mata anak mesti akan tengok kawasan yang dia sedang warnakan. Ini namanya koordinasi mata-tangan atau bahasa jawa kampung saya panggil, eye-hand coordination.
Ads
Eye-hand coordination ini sangat penting sebagai indikasi fokus anak pada tugasan dan merupakan asas kepada kemahiran menulis.
5. Mulut anak.
Kalau mulut anak terjuih sampai meleleh air liur, atau tergerak-gerak seiring dengan pergerakan pensel warna. Itu tandanya anak kita belum ada “dissociative movement” yang cukup. Bahasa mudahnya, anak kita tu masih kena latih kemahiran motor halusnya.
Ads
6. Belakang badan anak.
Kalau belakang badan anak kita membongkok macam huruf ‘C’ masa mewarna ni, itu tandanya otot belakang badan dia tak kuat lagi. Atauuuu… Mungkin meja yang kita bagi tu terlalu rendah. So, tak sesuai meja tu untuk aktiviti macam ni.
7. Tangan terkepak 90 darjah.
Ini tandanya meja tu tinggi sangat. Tak sesuai dan tak bagus meja tu untuk postur anak kita nak menulis atau mewarna dengan sihat dan selamat ya.
Menantikan kelahiran bayi sesuatu yang mendebarkan. Lebih membimbangkan jika bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, adakah ia boleh menyebabkan tumbesaran terbantut?
Jom ketahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi pramatang.
Memahami perkembangan bayi pramatang
Kelahiran bayi sama ada anak pertama mahupun yang kelima, pasti tetap akan menjadi perkhabaran yang menggembirakan. Namun, tidak semuanya akan berjalan lancar.
Jika bayi yang dilahirkan 3 minggu lebih awal, anda mungkin akan mempunyai lebih banyak persoalan mengenai si manja – bagaimana tumbesaran bayi – berbanding ibu bapa bayi yang dilahirkan tepat pada waktunya.
American Academy of Pediatrics (AAP) menyenaraikan perkembangan atau pencapaian penting dalam tumbesaran anak.
Ia membantu anda untuk mengetahui apa yang perlu diperhatikan seiring peningkatan usia si manja.
Seperkara yang harus diingatkan adalah proses perkembangan anak bukanlah perlumbaan. Anak akan membesar dalam aturan masa mereka tersendiri.
Pun begitu, sesetengah anak mungkin tidak mencapai titik perkembangan yang sama. Ini terutamanya jika mereka dilahirkan lebih awal daripada tempoh jangkaan bersalin sepatutnya.
Jadi bagaimana untuk mengukur tahap perkembangan bayi pramatang?
Penyelarasan usia mengikut tempoh kelahiran bayi
Si kecil yang menghabiskan masa kurang daripada 37 minggu di dalam kandungan ibunya dianggap sebagai bayi pramatang.
Maka penting untuk menggunakan usia yang sesuai bagi menilai tumbesaran anak.
Untuk mengetahui apa dan bila anak sepatutnya melakukan sesuatu, penting untuk ibu bapa melihat pelarasan usia yang sewajarnya. Ia turut dikenali sebagai pembetulan usia.
Jika kelahiran bayi adalah 2 bulan lebih awal dan sekarang sudah berusia 4 bulan, anda tidak boleh mengharapkan mereka untuk melakukan sama seperti baby yang berusia 4 bulan.
Sebaliknya, anda perlu melihat apa yang boleh dilakukan oleh bayi pada usia 2 bulan.
Sesetengah bayi pramatang boleh mengikuti jejak langkah rakan seusia mereka, tetapi anda sebagai ibu bapa perlu mempunyai kesabaran yang tinggi.
Walau bagaimanapun, jika bayi pramatang itu mempunyai masalah melibatkan perubatan penting, mereka mungkin memerlukan lebih masa untuk mencapai tahap perkembangan sewajarnya.
Mengenal pasti tahap perkembangan bayi pramatang
Seperti si manja yang lahir cukup bulan, titik perkembangan bayi yang lahir pramatang juga berbeza. Walau apa pun, sesetengah perkara penting perlu berlaku pada urutan masa berikut:
Penyelarasan usia 2 bulan
-Boleh mengawal kepalanya
-Membuat suara seperti teriakan dan tangisan yang berbeza
-Tersenyum kepada individu sekelilingnya
-Mengenali ibu bapa dan penjaga
Penyelarasan usia 4 bulan
-Mampu mengangkat kepalanya ke atas dan melihat sekeliling semasa tummy time
-Berguling
-Mengikut gerakan wajah dan objek
Penyelarasan usia 6 bulan
-Duduk dengan sendiri
-Mula merangkak
-Melihat kepada mainan
-Ingin mengetahui tentang perkara di luar jangkauan
-Gabungan konsonan dan vokal babbles seperti dada, mama, baba
Penyelarasan usia 9 bulan
-Perkembangan bayi pramatang pada usia ini sudah boleh merangkak bebas
-Boleh menarik badan untuk berdiri
-Memahami maksud “tidak”
-Mengikut bunyi dan isyarat
-Mempunyai ragam vokal yang lebih banyak
-Boleh bermain peek-a-boo
Penyelarasan usia 12 bulan
-Mula berjalan mengikut aturan perabut
-Mula mengambil langkah solo
-Mula untuk berdiri sendiri
-Boleh memungut barangan kecil
-Bertindak balas dengan soalan ringkas seperti “Mana Mama?”
-Cuba mengucapkan kata-kata yang anda lafazkan
-Menggunakan gerak isyarat mudah seperti menggelengkan kepala yang bermaksud “tidak” dan melambai tangan “bye-bye”
-Menangis apabila ditinggalkan ibu bapa
-Mempunyai barangan kegemaran seperti anak patung atau bantal busuk
-Mula melafazkan perkataan Mama dengan maksud (bermakna anak mengetahui Mama adalah panggilan untuk ibunya)
Penyelarasan usia 15 bulan
-Berjalan dengan koordinasi
-Boleh melakukan penyusuan bentuk atau bermain susun gambar ringkas
-Boleh bercangkung
-Sudah menggunakan lebih daripada 3 perkataan selain Mama dan Dada yang digunakan untuk meminta sesuatu
-Boleh melihat atau menunjukkan gambar di dalam buku
-Mengikut lebih banyak arahan yang diberikan
Penyelarasan usia 18 bulan
-Berjalan menaiki tangga
-Mula berlari
-Menarik mainan semasa berjalan
-Boleh menanggalkan pakaian
-Minum menggunakan cawan dan makan dengan sudu
-Mempunyai perbendaharaan kata sekitar 19 patah perkataan
-Berkata dan menggelengkan kepala sebagai tanda “tidak”
-Menunjukkan ke arah yang dimahukannya
-Perkembangan bayi pramatang pada zaman persekolahan
Apabila bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ini mula memasuki alam persekolahan, sebahagian daripada mereka mungkin menghadapi masalah fizikal berterusan seperti asma atau Cerebral palsy.
Mereka juga mungkin menghadapi cabaran perkembangan seperti kesukaran memberikan perhatian atau kurang kawalan motor.
Ini terutamanya bagi kelahiran bayi dengan saiz yang sangat kecil.
Perkembangan bayi pramatang
Setelah anak anda mencapai usia persekolahan, adalah penting untuk anda berhubung rapat dengan guru dan kakitangan sekolah bagi mengenal pasti isu yang perlu dan menjadi perhatian.
Setiap bayi adalah berbeza
Semakin awal kelahiran bayi, semakin panjang dan banyak yang perlu dikejarnya.
Walaupun selepas penyelarasan usia untuk perkembangan bayi pramatang dilakukan, anda harus ingat tiada bayi yang akan mempunyai proses tumbesaran yang sama.
Paling penting sebagai parents, anda harus sentiasa memberikan sokongan kepada si manja anda.
Sumber: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Pengarah, dan Selebriti internet Malaysia, Syahmi Sazli berkongsi amalan murah rezeki yang diamalkanya.
Menurutnya, ada ketika perniagaanya diuji dan tak semua perniagaan yang diusahakanya menjadi. Perniagaan yang terbaru diusahkan oleh Syahmi iaitu Air Balang mendapat tempat di hati ramai
Keuntungan Air Balang mencecah RM60,000 dalam masa 3 minggu! Ini perkara yang kita perlu belajar dari Syahmi. Ikuti perkongsian ini.
Alhamdulillah, selama 3 minggu dalam bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.
Mi taknak cerita camna resepi air yang Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live yang Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yang tercetus.
1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”
– Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dengan isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.
2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”
– Kalau macam tu, Shopee pun Mi kena tutup jugak sebab alasan tu. Youtube pun Mi dah tak boleh buat sebab “kesian dekat Youtuber baru, takde orang nak tengok”.
Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..
3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”
– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yang orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.
– Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara macam mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar.
Antara kelebihan istighfar👇
“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)
“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)
Cara diampunkan dosa dengan berzikir👇
i. Zikir 1: Zikir selepas solat.
“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)
ii. Zikir 2
“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
– Selain tu banyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana-mana boleh.
“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).
– Banyak lagi amalan lain tapi tu je yang Mi tahu 😂.. Semoga bermanfaat.. Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tengah hari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru.
Sumber: Syahmi Sazli
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!