Ramai wanita bergelar suri rumah rasa tak hebat seperti wanita bekerjaya sehingga sentiasa rendah diri. Sedangkan pada hakikatnya ia pengorbanan besar dan patut dibanggakan.
Namun dalam masyarakat sekarang, bila sebut saja suri rumah kebanyakan akan bagi persepsi negatif.
Ads
Ingat setiap pengorbanan wanita tak kiralah yang bekerja atau suri rumah masing-masing menggalas tanggungjawab besar.
Ads
Ads
Seperti yang dikongsikan oleh Intan Dzulkefli, suri rumah adalah hebat! Penat lelah yang dilakukan seawal celik mata hinggalah nak pejam mata setiap hari bukannya mudah.Jangan rasa rendah diri jadi suri rumah. Ramai saya jumpa suri rumah yang hebat-hebat. Kalian juga begitu. InsyaAllah.
Bukan semua wanita boleh ‘survived’ menjadi suri rumah. Jadi apabila kalian gembira, bahagia dan bersyukur itu tanda kalian orang yang hebat.
Tepuk bahu sendiri, ‘You are doing great!’
Nilaian ‘hebat’ itu bukanlah cuma dari ‘material’ yang contohnya kereta lambang apa, rumah berapa tingkat, emas tebal mana dan sebagainya.
Kadangkala pandangan kita dalam menilai makna ‘kaya dan berjaya’ itu banyaknya cuma fatamorgana, ada pula yang mungkin membinasakan.
Sesungguhnya tidaklah Allah menciptakan kita hanya untuk berlumba mengejar harta, anak pinak dan sebagainya, bahkan ada banyak firmanNya mengingatkan bahawa hal-hal manusia selalu banggakan itulah ‘ujian’ yang selalu melalaikan kita.
Purpose kita atas dunia ini lebih BESAR dari itu. Oleh itu wahai wanita, sekiranya kita Allah pilih untuk duduk di rumah, berazamlah untuk jadi hebat melalui kehidupan kita di rumah.
Begitu juga dengan sebaliknya. Kerana wanita yang Allah pilih untuk berjuang di luar rumah, mereka juga ada ‘ujian’ yang memerlukan mereka juga ‘berperang’ setiap hari. Cuma medan kita sahaja yang berbeza.
Tak dinafikan, tak selalu kita rasa positif, kadang mesti datang rasa ‘down’, mentally tired, emotionally broken and so on.. tetapi, sentiasa ingat, kita sentiasa ada Allah. Itulah sumber kekuatan kita paling ampuh.
Penat kita, biarlah Allah yang Menilai.
Lelah kita, biarlah Allah yang Membalas.
Di mana pun posisi kita berada hari ini, itulah tempat terbaik yang Allah tetapkan untuk diri kita. Biarpun kadang itu bukanlah pilihan atau doa kita, tetapi itu yang Allah telah tetapkan.
Maka, yakin itu yang paling baik untuk kita. Allah Lebih Mengetahui dari kita yang terlalu sedikit pengetahuan.
Yakinlah!
Suri rumah menyemai pahala dari rumah. Suri bekerjaya mengumpul pahalanya dalam khidmat kerjayanya untuk ummah.
Sama-sama dalam perjuangan masing-masing. Maka, berjuanglah jangan pernah putus asa. Allah nampak penat lelah kita. InsyaAllah Allah sedang Menilai segalanya.
Jika lelah, bangkitlah kerana Lillah! Kerana mahar syurga bukannya murah….
Bila nak minta tolong sesuatu dengan anak-anak selalunya ambil masa baru mereka siapkan. Dah diminta dengan perkataan yang lembut dan penuh kasih sayang, tapi hasilnya sama juga. Apatah lagi yang disuruh dalam keadaan marah, sudahnya langsung tak dibuat.
Rupanya nak minta tolong atau menyuruh anak melakukan sesuatu kena kenal personaliti mereka terlebih dahulu, baru mudah semua benda jadi beres.
Kenal Tahu Personaliti Anak
Nak menyuruh anak ni, kena betul gayanya. Baru mau ikut cakap kita.
Kalau tak kena gaya, habis tenaga kita terbazir sebab terpaksa menyuruh mereka dalam keadaan marah-marah.
Sebenarnya, ada cara yang lebih senang nak menyuruh anak. Asalkan mak ayah tau personaliti anak tu macam mana
1) Nak suruh anak yang STRONG WILLED.
Bagi kuasa memilih.
Nak suruh mandi.
“Abang lepas mandi nak pakai baju yang ni ke, yang ni?”
Nak suruh kemas bilik
“Mama nak kemas rumah ni. Abang nak mama kemaskan bilik abang tak? Kalau nak, abang kemas dapur mama. Ke, nak kemas bilik sendiri?”
2) ANak suruh anak AUDITORI.
Mereka mudah motivated dengan kata-kata. guna ayat pendek-pendek.
“Jom kita tidur awal. Esok boleh bangun awal.”
“Siapa nak jadi jadi ahli syurga? Jom solat.”
3) Nak suruh anak yang SUKA BERSAING.
Nak suruh kemas mainan.
“Jom kita lumba, siapa kutip mainan paling banyak.”
Nak suruh mandi.
“Jom bersiap hensem-hensem. Siapa paling hensem, dia menang! Dapat seringgit.”
4) Nak suruh anak yang TINGGI EMPATI.
“Allah. Banyaknya kerja mama kena buat ni. Kalaulah ada yang sudi tolong, leganya hati.”
5) Nak suruh anak yang SUKAKAN PENGIKTIRAFAN. (especially lelaki)
“Abah rasa, tak ada siapa yang boleh buat kerja lagi bagus dari kamu. Tolong buangkan sampah. Sebab kamu buat paling kemas.”
6) Nak suruh anak TINGGI IMAGINASI.
“Jom kita mulakan pengembaraan mengutip serpihan asteroid (mainan yang berterabur)”
“Mari askar-askarku. Kita bina kubu.”
(Padahal nak suruh susun bantal je.)
7) Nak suruh anak VISUAL.
Nyatakan satu demi satu apa tugas yang dia kena buat.
“Buat kerja sekolah!”
“Ambil kerja sekolah yang dalam beg. Kemudian duduk atas meja.”
“Jangan lari-lari.”
“Berjalan kena perlahan-lahan.”
Lebih berkesan apabila bercakap sambil memandang mereka sama paras dengan mata mereka.
Cuba :
Elak bebel. Penat dan stress.
Rendahkan expectation.
Beri task yang sesuai dengan keupayaan anak. Task yang susah, menghilangkan motivasi anak.
Puji setiap usaha anak. Pujian buat anak addict nak buat baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ada anak lelaki, memang pening! Dia punya lasak tu macam-macam perangai dia buat. Akal pun panjang, ada saja idea. Anak lelaki ada kebaikan mereka tersendiri, biarpun kuat bermain tapi mereka cukup prihatin dan peka dengan perasaan orang terutamanya ibu mereka.
Nak jaga anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya bukan mudah. Ada cabaran tersendiri, maklumlah setiap anak ada perwatakan dan kerenah tersendiri kan? Untuk ibu ayah yang mempunyai anak lelaki, berikut beberapa tip yang boleh Pa&Ma kongsikan untuk anda;
PANTAU TAHAP AGRESIF ANAK
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menunjukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan.
Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
Tidak perlu marah, cukup sekadar menerangkan perkara yang harus mereka tahu supaya mereka faham dan bukannya mengelak daripada melakukannya kerana takut dimarahi anda.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Ayah terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradik perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.
TEKANKAN CIRI-CIRI KEBAIKAN DAN SENSITIVITI
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh membacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau mengalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
Meraikan anak lelaki dengan kasih sayang dan penghargaan juga boleh menjadikan mereka lebih mudah mendengar kata.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa berikan galakan kepada anak untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu ayah anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang seusatu hal.
Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan judge tetapi beri galakan untuk mereka bercerita dengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan anak.
BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
Jika bermain dengan ayah, banyakkan permainan survival. Ibu pula boleh banyakkan bermain dengan aktiviti skil harian.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.
Siapa kata suri rumah tak boleh ada duit sendiri. Jika pandai menyimpan, sedar-sedar boleh dapat beribu. Walaupun tiada pendapatan tetap seperti orang bekerja, sebenarnya lebihan duit ketika berbelanja tu boleh buat beli barang kemas atau digunakan ketika waktu terdesak.
Perkongsian ibu kepada tiga orang anak, Puan Salizawati binti Saleh sangat memberi inspirasi kepada golongan ibu. Apa yang penting mesti kena ada disiplin dan tak boros ketika berbelanja. Setiap hari jika dah beli apa-apa yang patut, lebihan baki tu mesti terus simpan.
Menurut Salizawati, sebelum menyimpan duit menggunakan kaedah packing kecil-kecil ini, sebenarnya dia seorang yang sangat boros. Biasalah orang perempuan jika ada duit kat tangan mesti akan ada je nak beli itu ini. Daripada saya membeli barang-barang yang tak penting baiklah simpan.
Jadi bermula bulan Oktober 2020, dapat idea untuk buat simpanan cara macam ni agar boleh berjimat. Sekurangnya hujung bulan bila kira duit tersebut, kita pula yang rasa teruja.
Maksud duit baki berbelanja ni adalah baki duit beli lauk, beli sarapan, beli kuih muih atau jika keluar beli makanan dengan suami, lebihan duit tu saya akan ambil dan simpan. Suami pun memang akan baki lebihan duit pada saya. Tak kisah RM1, RM5, RM10, atau RM20. Ikut pada nasib hari tersebut.
Apabila dah dapat duit baki belanja tersebut, akan dimasukkan dalam plastik kecil dan stapler siap-siap supaya saya tak boleh ambil dah. Sebab saya berpendapat, jika letak dalam dompet, mesti akan guna juga.
Itu sebab saya terus istiqamah buat cara stapler setiap hari supaya bila dah hujung bulan, kita buka dan kira akan rasa gembira. Setakat ini duit lebihan belanja yang saya simpan setiap bulan paling banyak dapat RM500. Paling sikit sebulan tu dalam RM300.
Hasil duit yang di simpan, saya dah boleh barang kemas dan keperluan keluarga. Memang kita nampak duit RM1 je banyak, tapi siapa sangka kan bila dah kumpul dapat beratus setiap bulan.
Dah setahun buat macam ni, memang automatik kita akan berdisiplin. Sebab kita akan tertunggu-tunggu hujung bulan untuk tutup akaun dan gunting paket plastik tersebut untuk kira.
Awal bulan saya akan buat simpanan baru pula. Begitulah seterusnya hingga hari ini. Insya-Allah mula bulan November ini, duit lebihan yang di simpan ini akan masuk dalam bank pula.
Jadi buat suri rumah jangan rasa kita tak mampu. Tak kisah ada berapa pun duit, cuba mula simpan. Sikit-sikit pun, bila lama-lama kita kumpul pasti akan dapat banyak juga. Tak perlu ikut orang, boleh buat ikut kemampuan kewangan keluarga kita.
Macam duit syiling pun, kalau tak simpan, mesti letak merata jugakan. Jadi bila dah letak dalam botol atau tabung, sedar-sedar dapat juga beratus.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.