Beberapa hari sahaja lagi anak-anak akan mula bersekolah. Segala persiapan untuk persekolahan pasti sudah dibeli oleh ibu bapa. Mungkin tinggal beberapa perkara sahaja yang belum diselesaikan sebelum hari persekolahan bermula.
Pada hari-hari terakhir cuti biasanya anak teruja untuk mengemas beg sekolah, alat tulis dan buku. Bagi memudahkan anak-anak untuk menyusun buku kerja apa kata mama papa ikut cara yang dikongsi oleh ibu ini. Selain memudahkan anak untuk mengambil buku mengikut mata pelajaran, risiko untuk buku tertinggal di rumah juga kurang.
Tips SUSUN ATUR BUKU SEKOLAH
Cara ni saya guna utk susun smua buku sekolah anak iaitu buku2 skolah Agama & sekolah kebangsaan
Total semua hampir 20 subjek Kat bawah ni sy tunjuk tutorial utk beberapa subjek shj
1 file utk 1 subjek
Saya beli file yg boleh muat buku teks sekali dgn buku latihan.so senang nk sekalikan & saiznya muat utk masuk beg sekolah.
Ads
Dekat fail tu saya letak label : 🍁Nama anak 🍁Nama kelas 🍁Subjek 🍁Hari
Saya print out sendiri setiap label Ajak anak buat aktiviti ni skali, lebih mudah utk dia faham sistemnya
Ads
Jangan lupa terangkan caranya pada anak kita tauu 😋 Dgt mudah & anak pun tertarik
Bila buat sistem mcm ni :
❤️ Buku terjaga elok, tak rosak tak koyak @ kelepet kat hujung2 dia
Ads
❤️ Anak boleh terus ambil fail yang nak dibawa, buku automatik dah tersedia dalam tu. Masuk dlm beg sekolah.Kemas jek
Ramai ibu bapa merungut, anak susah nak makan atau memilih makanan tertentu. Jika masak bukan lauk kegemaran, puas pujuk baru makan. Itu pun belum tentu habis. Hingga ibu dah tak ada idea nak buat apa lagi.
Tengok anak orang lain makan berselera, seronok je. Namun bila anak sendiri susah makan memang susah hati. Apa kata ibu-ibu cuba amalkan doa yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal untuk anak-anak. Moga dipermudahkan urusan semua. Amin!
DOA UNTUK ANAK-ANAK SUKAKAN MAKANAN SIHAT.
Saya nak kongsikan antara doa dan zikir yang saya selalu baca sejak saya mula amalkan pemakanan sihat dan tukar diet anak bermula usianya 3 tahun hingga sekarang, sudah 11 tahun.
Semua atas izinNya, tugas kita hanya berdoa, usaha dan terus berdoa. Kebergantungan hanya padaNya sahaja.
Zikir Ya Rahim (penyayang, supaya sayang semua makanan ciptaan Allah yang Toyyib.) Zikir Ya Latif (lembut, supaya lembut hati dan mudah menerima usaha kita bantu mereka makan yang sihat dan Toyyib.)
Al Fatihah – baca dan sedekahkan bacaan ini untuk roh anak. Niatkan rohnya seorang yang kuat semangat dan sukakan perkara baik.
Baca kedua-kedua zikir ini berkali-kali setiap hari, hembuskan. Pada makanan setiap kali memasak. Pada anak ketika anak tidur.
Niatkan dilembutkan hati dan diberi rasa sayang kepada makanan sihat. Dilindungi daripada yang sebaliknya.
PALING PENTING, JAGA KATA-KATA KITA SEBAGAI IBU BAPA.
“kenapala kakak ni suka sangat jajan?”
“haih abang ni kenapa tak suka dengar cakap mama, makanlah yang sihat ni.”
“anak saya tak suka masakan saya lah Kak Nini. Frust betul.”
“korang memang susah nak dengar cakap Mama! Degilnya.”
Ibu ayah..Kata-kata adalah doa, dan doa ibu bapa ni sangat makbul terutamanya IBU.
Kita tak mahu hasil kata-kata kita tu menjadi doa yang makbul, kan? Biarpun benar anak begitu, jangan sebut. Kita usaha doakan. Jom.
Tukarkan kepada yang lebih baik.
“Tak apa, sekarang abang BELUM suka, nanti mesti akan suka, mama suap sikit nanti bagi abang rasa betapa sedapnya sayur ni.” – lepas tu sesuaikanlah cara masakan kita, pelbagaikan, kreatif.
“MasyaAllah, kakak! Mama gembira dan bangga sangat kakak dah tak makan jajan kat sekolah.” – peluk anak. Bagi mereka rasai kasih sayang kita.
“Allahu, Allah. Mesti Allah sayang sangat kat Amir ni sebab Allah bantu Amir makan sayur ni. Sikit tak apa, yang penting Amir usaha makan. Meh abah peluk.”
“Allah. Mungkin Mama belum cukup doa ni. Boleh tak kakak, abang, adik, doa sama sama dengan Mama dan Abah. Biar kita sekeluarga suka makanan sihat, jom. ”
Mengapa perlu hargai anak? KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN.
INGIN DIBERI SOKONGAN, UNTUK USAHA MEREKA YANG INGIN DICAPAI DAN BELUM TERCAPAI.
Mereka perlukan sokongan tidak berbelah bagi daripada kita, kan? Kitalah dunia mereka.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Carilah Bahagia Dulu. Barulah Boleh Jadi Ibu Dan Isteri Sempurna
Anak Seorang Ok Lagi, Bila Ramai Jangan Sampai Dera Diri
Semata-Mata Nak Sempurna Ibu Jadi Terlalu Penat. Kalau Tak Larat Rehat Dulu
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Perkongsian dari Puan Najibah Mustaffa ini sangat betul. Dia beranggapan ibu dan isteri kena cari bahagia dulu kerana semua inilah kunci keharmonian dalam rumah tangga.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah-acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak-anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama-lama di tikar sejadah, mahu tadabbur al-Quran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.
Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Dalam Islam, pemberian nama yang baik sangat dititikberatkan kerana ia merupakan doa dan identiti yang akan dibawa oleh anak sepanjang hidupnya.
Atas sebab itulah pilihlah nama yang baik serta mempunyai makna yang baik juga buat perjalanan kehidupan anak kita. Nama yang sedap didengar tidak semestinya mempunyai makna yang baik.
Kesilapan kecil dalam ejaan atau sebutan boleh mengubah maksud sesuatu nama, malah ada yang langsung tidak membawa sebarang erti. Dalam konteks ini, pemilihan nama Raisa sering menjadi kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ustaz Dzulkhairi tampil memberi pencerahan berkenaan kekeliruan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat berkaitan penggunaan nama Raisya.
Menurut beliau, ramai sebenarnya tersalah faham apabila memilih nama Raisya kerana menyangka ia membawa maksud yang baik. Hakikatnya, nama yang tepat adalah nama Raisa dan bukan Raisya seperti yang sering digunakan.
Perkara ini penting kerana dalam Islam, sesuatu nama bukan sekadar bunyi yang indah, tetapi ia membawa maksud yang akan menjadi doa sepanjang hayat seseorang.
Tambah beliau lagi, sebutan bagi nama Raisa juga perlu diperbetulkan iaitu Ra-ee-sah, bukannya Rai-sah seperti kebiasaan yang disebut oleh masyarakat.
Kesalahan dalam sebutan boleh menyebabkan maksud sebenar sesuatu nama tidak difahami dengan tepat. Oleh itu, memahami cara sebutan yang betul adalah sama penting seperti memahami maksudnya.
Dari segi makna, nama Raisa membawa erti ketua atau pemimpin, satu makna yang baik dan positif untuk dijadikan nama. Maksud ini melambangkan sifat kepimpinan, tanggungjawab dan keupayaan membimbing orang lain.
Makna sebegini sangat sesuai dijadikan doa kepada anak agar membesar menjadi individu yang berwibawa dan berakhlak mulia.
Dalam masa sama, Ustaz Dzulkhairi turut mencadangkan alternatif nama lain iaitu “Risya” yang mempunyai maksud yang lebih jelas.
Risya difahami membawa makna pakaian perhiasan atau sesuatu yang melambangkan kebaikan, menjadikannya antara pilihan nama yang sesuai dan indah.
Walaupun nama Raisa mempunyai makna yang baik, ibu bapa juga boleh mempertimbangkan pilihan lain yang jelas dari segi maksud dan sebutan.
Perkongsian Ustaz Dzulkhairi ini diharap dapat membuka mata ramai agar lebih teliti dalam memilih nama, demi memastikan setiap nama yang diberi bukan sahaja indah disebut, tetapi juga baik maknanya.
Dalam memilih nama seperti nama Raisa, ibu bapa perlu menyemak ejaan, sebutan dan maksud sebenar agar tidak tersalah pilih. Kesilapan kecil boleh memberi kesan besar dari sudut makna.
Kesimpulannya, nama adalah doa. Maka pilihlah nama yang bukan sahaja sedap didengar, tetapi juga tepat dari segi makna dan sebutan supaya ia menjadi doa yang baik buat anak sepanjang hidup mereka.
Kicap untuk anak perlu dipilih dengan teliti kerana sesetengah produk mengandungi gula, garam dan bahan tambahan yang tinggi. Ketahui panduan memilih pilihan yang lebih sihat untuk si kecil.