Apabila berada di kawasan yang sesak, salah satu kerisauan ibu ayah adalah kehilangan anak tersayang. Maklumlah dalam keadaan ramai orang, memang ada kemungkinan kita terlepas pandang tentang keberadaan anak.
Oleh itu, sangat penting untuk ibu ayah sentiasa memegang tangan mereka dan pastikan anak-anak sentiasa bersama kita sepanjang masa. Zaman sekarang ni bahaya, tak boleh kita teralpa sebentar, risau bahaya pada keselamatan anak-anak.
Sebuah video yang dikongsikan oleh BrightVibes menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki telah terpisah dengan ayahnya. Dalam kekalutan itu orang ramai telah membantunya dengan cara yang sangat unik.
Ads
Pada awalnya kanak-kanak lelaki tersebut didukung oleh seorang lelaki sambil melaungkan nama si ayah. Mendapat sokongan orang ramai yang berada di situ, mereka beramai-ramai memanggil nama ayah kanak-kanak itu sambil bertepuk tangan.
Kebetulan ada sekumpulan penyanyi jalanan, mereka turut menyeru nama si ayah dengan nyanyian yang merdu.
“Eduardo datanglah ke mari dan jumpa Juan Cruz. Eduardo… Eduardo.. Datanglah dan jumpa Juan Cruz.”
Ads
Mereka terus menyanyi dan bersorak sehinggalah ayah kanak-kanak tersebut datang dan mengambil anaknya semula. Sikap prihatin masyarakat di sana sememangnya harus menjadi contoh kepada kita.
Dipercayai kejadian ini berlaku di Argentina. Tidak dinafikan kaedah begitu sangat berkesan dan yang paling membanggakan adalah apabila semua bekerjasama untuk mencari Eduardo, ayah kepada Juan Cruz itu.
Tak sangka awal pagi waktu semua orang tidur, terjumpa kanak-kanak umur 5 tahun bermain basikal seorang diri. Detik cemas ini dilalui oleh sekumpulan tiga pemuda yang melalui jalan tersebut sekitar jam 3 pagi.
Menerusi perkongsian video yang telah viral itu, sekumpulan pemuda yang menaiki kenderaan berhenti walaupun pada mulanya mereka takut untuk menegur kerana beranggapan mustahil untuk seorang kanak-kanak bermain seorang diri pada waktu sedemikian.
Mereka kemudian mengikut kanak-kanak itu sebelum mengambil keputusan memberhentikan kereta sebelum memanggil kanak-kanak itu. Namun panggilan mereka tidak dijawab!
Anak autisme hyper
Menerusi perkongsian ibu kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Nana di dalam FB Group Autisme Malaysia, dia menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku sehingga anaknya dijumpai oleh tiga pemuda.
Saya kongsikan cerita sebenar setelah tular video anak saya yang mengayuh basikal awal pagi hingga macam-macam tanggapan diberikan. Mino adalah anak yang sangat-sangat pintar. Berumur 5 tahun dan disahkan autisme hyper semasa umur 3 tahun.
Ketika kejadian itu berlaku saya perasan jam 3 pagi pintu terbuka luas. Apabila mencari Mino dia tiada dalam rumah. Hati ibu mana yang tidak risau. Saya terus lari keluar rumah bawa kereta cari sekeliling kampung sampai pekan.
Adik cari dalam kampung rumah ke rumah orang. Dalam saya mencari saya tidak berhenti berdoa agar anak saya selamat dijumpai.
Perasaan saya kuat untuk ke balai polis. Semasa saya sampai di balai polis kebetulan anak saya dalam perjalanan dengan menaikickereta peronda dan ada tiga orang pemuda bawa basikal anak saya.
Saya bersyukur sangat kepada adik-adik ni yang jumpa anak saya. Kalau tak, tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan tu. Dalam keadaan panik tu, mereka boleh ketawa kerana mereka pun tak percaya. Setelah saya terangkan hal sebenar kepada mereka dan pihak polis yang anak saya adalah autism hyper baru mereka faham.
Lepas ni sesi kawalan ketat untuk anak syurga saya kerana tidak mahu lagi ia berulang semula.
Bagi keluarga yang ada anak autism saja tahu macam mana situasi sebenar untuk membesarkan anak syurga ini.. Ya Allah aku berterima kasih sangat semuanya baik-baik saja.. Walaupun video anak saya viral saya sedikit terkilan kerana macam-macam tuduhan dilemparkan. Tapi apa pun tolong doakan yang terbaik ya.
Bagaimanapun di ruangan komen perkongsian itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut agar terus tabah membesarkan anak syurga ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak kenalkan dengan Co-Founder jenama yang terkenal Fashion Valet & Duck, Vivy Yusof. Semalam beliau telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anak keduanya mariam, 4 tahun. Namun apa yang menarik perhatian ialah dekorasi keseluruhan majlis dan pakaian yang dipakai oleh Mariam.
Vivy Yusof yang mendirikan rumahtangga bersama Fadza Anuar dikurniakan 3 cahaya mata iaitu, Daniel Azim shah (6 tahun), Mariam Iman Shah (4 tahun) dan Sarah Ilham Shah (4 bulan).
Vivy telah memuatnaik gambar disekitar majlis sambutan hari lahir Mariam. Dekorasi dan costume yang dipakai Mariam menarik minat netizen.
Dekorasi majlis dan pakaian Mariam dianggap sangat “Rare” bagi netizen dan tak perlu nak princess-princess bagai.
Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Anugerah Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan dengan penuh makna.
Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu PTPTN kerana kesungguhan jenama ini Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan.
Dalam dunia moden yang semakin mencabar, menabung untuk pendidikan bukan lagi pilihan sampingan tetapi ia adalah satu keperluan penting bagi perancangan kewangan untuk menjamin masa depan anak-anak. Inisiatif Simpan SSPN di bawah PTPTN wujud sebagai langkah awal bagi membantu ibu bapa menyediakan pelan kewangan sebelum anak-anak melangkah ke alam universiti.
PTPTN berperanan sebagai tabung pendidikan negara sejak 1997 terus komited dalam melaksanakan fungsi iaitu menyediakan kemudahan pinjaman, menguruskan bayaran balik serta membudayakan amalan penabungan. Simpan SSPN yang diperkenalkan pada tahun 2004 menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit telah menjadi produk simpanan utama untuk membantu keluarga Malaysia mengurus kewangan pendidikan dengan lebih terancang dari seawal usia.
Dengan dua pilihan produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, ibu bapa boleh memilih pelan yang sesuai mengikut kemampuan dan matlamat kewangan keluarga.
Simpan SSPN Prime menawarkan pakej simpanan menyeluruh yang digemari ramai kerana manfaatnya yang benar-benar membantu ibu bapa. Antaranya termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah, simpanan dijamin kerajaan dan layak memohon pinjaman PTPTN. Semua ini bertujuan memudahkan bukan membebankan.
Bagi ibu bapa yang mahukan lebih perlindungan, Simpan SSPN Plus menyediakan manfaat perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta tertakluk pada syarikat pengendali takaful yang dipilih iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad, Great Eastern Takaful dan Takaful Ikhlas Family Berhad. Dengan komitmen serendah RM30 sebulan, pendeposit mendapat pelbagai perlindungan tambahan seperti manfaat penyakit kritikal, elaun kemasukkan hospital, khairat kematian dan pelbagai lagi manfaat.
Simpan SSPN bukan sekadar angka dalam akaun bahkan menjadi penyambung harapan apabila keluarga diuji. Kisah pendeposit yang menerima manfaat takaful, termasuk kes kemalangan dan penyakit kritikal, membuktikan bahawa simpanan ini memberi kelegaan kewangan ketika keluarga paling memerlukan. Nilai ini tidak mampu menggantikan kasih sayang, namun mampu menjaga kesinambungan pendidikan anak-anak.
Salah satu keistimewaan Simpan SSPN Prime ialah Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak iaitu ibu bapa yang mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000. Melalui Bajet 2025, kerajaan juga bersetuju kriteria pemberian Geran Sepadan ke atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN Prime bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) turut diperluas kepada keluarga berpendapatan RM4,001 sehingga RM6,000 bagi tempoh dua (2) tahun di bawah Inisiatif Geran Padanan Ihsan (GAPAI). Pendeposit yang layak boleh memohon Geran Sepadan sehingga RM5,000 untuk satu keluarga. Ini membantu keluarga yang mungkin tidak menyangka simpanan kecil mereka mampu membuka pintu rezeki tambahan untuk pendidikan anak-anak.
Keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan dividen yang kompetitif, dengan kadar terkini dividen Simpan SSPN tahun 2024 sebanyak 4.05% iaitu yang tertinggi dalam 10 tahun. Maka tak hairanlah simpanan ini lebih berbaloi sebagai pilihan ibu bapa dalam menyediakan masa depan terjamin untuk anak-anak tersayang. Ia membuktikan pengurusan dana PTPTN yang berintegriti dan strategik demi memastikan pendeposit sentiasa menerima pulangan optimum.
PTPTN kini lebih fokus membina budaya menyimpan dari awal, bukan menunggu saat terdesak. Statistik menunjukkan ramai masyarakat Malaysia masih belum mempunyai simpanan kecemasan. Mendidik masyarakat supaya memahami pentingnya “mula sekarang, bukan nanti” adalah langkah penting bagi memastikan generasi akan datang bebas daripada beban kewangan.
Pendidikan ialah hadiah yang paling besar nilainya dan Simpan SSPN menjadi jambatan penting untuk mencapai cita-cita tersebut. Dengan kos pendidikan yang meningkat setiap tahun, ibu bapa perlu membina persediaan yang kukuh. Simpan SSPN wujud sebagai instrumen yang mudah, selamat dan konsisten untuk memastikan masa depan pendidikan anak-anak lebih terjamin.
Salah satu langkah penting yang digalakkan ialah melibatkan anak-anak dalam proses menabung. Ini bukan sahaja mendidik mereka tentang kewangan sejak kecil, tetapi juga membina rasa tanggungjawab dan kesedaran tentang nilai usaha untuk masa depan.
En. Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, sempat menitipkan pesanan tentang kepentingan membuat simpanan di Simpan SSPN:
“Saya menyeru seluruh masyarakat Malaysia, khususnya para ibu bapa, agar menjadikan Simpan SSPN sebagai instrumen utama dalam merancang dan menyediakan dana pendidikan anak-anak. Dengan kelebihan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan, perlindungan takaful, Geran Sepadan percuma, pulangan dividen yang kompetitif, patuh syariah dan dijamin kerajaan, Simpan SSPN bukan sahaja satu pelaburan kewangan, tetapi juga satu pelaburan masa depan anak-anak kita.”
PTPTN komited memastikan setiap keluarga mempunyai akses kepada simpanan pendidikan yang stabil dan mudah. Dengan kempen-kempen menarik seperti Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 serta kemudahan membuka akaun melalui aplikasi myPTPTN, ibu bapa kini boleh memulakan simpanan dengan lebih mudah dan efisien.
Tahniah sekali lagi buat PTPTN yang telah terpilih sebagai Top Educator Pa&Ma 2025 kerana komitmen jenama ini Membina Generasi Hebat, Melakar Legasi Pendidikan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.