Diam tak diam, usia kandungan bintang Indonesia yang juga anak kesayangan penyanyi Kris Dayanti, Auriel Ermansyah kini hampir sembilan bulan.
Bakal melahirkan bayinya bulan depan, Aurel mengakui dia bersyukur kerana menempuh lapan bulan kehamilannya tanpa mengalami sebarang komplikasi yang tidak diingini.
Menunggu detik waktu kelahiran bayi sulungnya, Aurel mengakui dia begitu teruja bakal bergelar ibu di tahun baru ini.
“Masya Allah. Waktu benar-benar tak terasa. Insya Allah bulan depan sudah gendong baby A,” tulis Aurel ringkas.
Ads
Kata isteri kepada Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar ini lagi, bakal bergelar ibu sedikit masa lagi adalah hadiah terindah bagi dirinya.
Walau menempuh detik kehamilan tanpa dugaan namun Aurel mengakui ianya tidak mudah. Namun semuanya dilakukan demi insan tersayangnya itu.
Ads
“Benar-benar hadiah terindah banget, 2022 menjadi seorang ibu. Yang pasti tidak mudah apa lagi diusia muda, tapi semua akan aku lakukan demi Malaikat kecilku.
“8 bulan di kandungan tak pernah sama sekali menyusahkan mamanya. Bersyukur sangat mama. Terima kasih ya Allah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Aurel berkongsi kisah kehamilan keduanya pada pertengahan tahun lalu selepas mengalami keguguran pada kehamilannya yang pertama. Semoga dipermudahkan.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin sesetengah wanita hamil menganggap waktu mengandung untuk berehat. Tidak boleh bergerak aktif atau terlalu lasak dikhuatiri memberi kesan kepada kandungan. Sebenarnya jika seseorang wanita hamil itu aktif dan banyak bersenam sewaktu mengandung, amalan ini dapat memudahkan proses kelahiran kelak.
Carilah jenis senaman mengikut kemampuan tubuh. Paling penting, ikuti kelas atau latihan kecergasan yang diawasi oleh instruktor bertauliah. Berminat untuk kekal aktif, tetapi keliru dengan pilihan senaman yang boleh diamalkan?
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa jenis senaman yang mungkin tidak anda sangkakan baik untuk wanita mengandung, tetapi amat bagus jika boleh diamalkan.
Carilah senaman yang anda suka kerana ia dapat membantu anda untuk kekal konsisten dan berdisiplin untuk melakukannya. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Pa&Ma senaraikan beberapa jenis senaman yang boleh anda cuba untuk kekal aktif dan mudah-mudahan memudahkan proses melahirkan anak nanti;
BERLARI
Senaman ini paling cepat dan berkesan untuk mengaktifkan jantung. Selagi tubuh anda berkemampuan, ubah jaraknya selagi tenaga anda mampu menanganinya. Jika baharu mula bersenam, jangan terus berlari. Mulakan perlahan-lahan dengan berjalan terlebih dahulu.
BERENANG
Aktiviti ini sangat baik untuk ibu hamil kerana ia membantu menggerakkan lengan dan kaki. Ia juga membantu mengaktifkan jantung dan paru-paru. Semakin besar kandungan, anda akan dapati tubuh semakin ringan di dalam air.
Menariknya aktiviti ini kerana anda boleh membuat senaman di dalam air yang membantu menguatkan sendi dan mengurangkan masalah edema terutamanya pada hujung waktu mengandung.
YOGA ATAU PILATES
Aktiviti yoga baik kerana ia memngajar anda untuk melenturka tubuh serta bersedia dengan posisi melahirkan bayi. Selain itu, senaman ini banyak mengajar teknik pernafasan yang baik untuk anda guna pakai ketika mahu bersalin.
Regangan yang dibuat haruslah mengikut kemampuan tubuh dan tidak dipaksa. Ikuti kelas dengan instruktor yoga bertauliah.
Pilates pula mensasarkan otot-otot yang lemah sewaktu anda mengandung. Anda akan diajar untuk menetapkan masa bersenam serta untuk kekal tenang dalam apa jua situasi. Jika berkesempatan, anda disarankan untuk mengikuti kelas pilates yang dianjurkan oleh jurulatih yang diyakini.
AEROBIK DAN TARIAN
Melakukan aerobik adalah selamat selagi anda melakukannya dengan impak rendah. Ia baik untuk memberi kekuatan kepada otot-otot tubuh anda. Dengan menari, anda akan menggalakkan aktiviti pengepaman darah ke jantung.
Menarilah mengikut jenis muzik yang digemari tetapi elakkan pergerakan lasak seperti melompat atau langkah yang terlalu rumit yang berkemungkinan menyebabkan anda hilang keseimbangan. Menari juga merupakan salah satu terapi terbaik buat wanita hamil.
SENAMAN KUATKAN LANTAI PELVIS
Senaman untuk lantai pelvis bertindak untuk menguatkan bahagian itu. Jika otot lantai pelvis lemah, anda cenderung untuk terkencing ketika bersenam, batuk, bersin atau ketawa. Dengan melakukan senaman ini secara konsisten, ia boleh dielakkan.
SENAMAN BEBAN
Jika anda mampu, lakukan senaman ini. Pilih berat mengikut kemampuan dan kekuatan tubuh anda. Biasanya senaman begini dibuat oleh wanita hamil yang sudah biasa melakukannya sebelum mengandung. Ia perlu dilakukan perlahan-lahan dan menggunakan beban yang tidak keterlaluan, sekadar untuk membantu menguatkan otot tubuh.
Senaman bertujuan untuk mengukuhkan otot serta membina ketahanan diri sebagai langkah persediaan untuk membawa bayi dalam kandungan yang semakin membesar.
Aktiviti yang bagus untuk wanita hamil akan mengepam jantung dan memudahkan tubuh untuk dilentur. Anda boleh berlari atau mengangkat berat tetapi rejim senaman harus ditukar mengikut trimester kehamilan.
Bersenam secara konsisten dapat membantu menguatkan bahagian tubuh untuk membawa berat badan yang bertambah, memperbaiki emosi, memberi tenaga, memastikan anda bersedia fizikal dan mental untuk bersalin, memberi tidur berkualiti kepada si ibu dan banyak lagi. Happy workout, mommies!
Pernah viral kisah rumah tangga seorang selebriti yang dikenali sebagai PU Abu kerana menceraikan isteri yang sarat hamil demi mengahwini seorang janda anak satu. Beberapa bulan kemudian Abu mengeluarkan statement bahawa bayi kandungan bekas isteri tidak bergerak bukan salahnya dan keadaan itu normal.
Kes tersebut menjadi hangat apabila statement Abu mengundang kecaman netizen kerana Abu dianggap tidak bertangunggjawab. Susulan kes tersebut, seorang suami dan ayah tampil meluahkan nasihat dan pengalamanya buat semua.
Setiap kali baca kisah kau abu..Semakin aku hargai hubungan aku dgn anak aku..Terima kasih bu kau jadi teladan pada aku sebagai bapak. Apalah beza aku dgn kau abu, kalau aku tak menghargai kehadiran perempuan kedua bawah tanggungan aku.
Pedih betul bila kau ckp bukan salah kau anak kau tak bergerak dalam perut. Teringat aku masa zinnirah dalm perut aku bergaduh besar dgn isteri aku…Hubungan aku sebelum, kawin dgn wife tak lama..Kenal 7 bulan terus kawin..Masa nak gaduh nak serasi nak faham memang takde masa.
Selang sebulan terus dapat tahu zinnirah dalam perut sbb wife aku alah teruk dan ade asthma. Memang aku tak sedia nak jadi bapak mase tu. Apatah lagi nak matang jadi suami kepada isteri aku.
Mase nie bu.. isteri aku dah mula mengidam itu ini. Sampai aku rasa fedup.. Ape jadah nak buah pelam atas pokok, Aku beli Pelam kat pasaraya taknak plak. Mase tu aku anggap wife aku yg mengada2 nak makan itu ini. Bagi alasan anak yg nak makan.
Sampai org sekeliling marahkan aku Abu. Marah sbb aku tak melayan isteri mengidam. Mcm pengemis aku pergi kejar cari rumah kawan2, rumah perjiranan, sedara Mara.
Aku ingat lepas dah dpt tu. Abis situ, Tapi itulah permulaan aku kene hadap selama 9bulan bu. Bagaimana isteri aku sengsara nak hadap mengandung 9 bulan, aku pun turut join rasa sengsara tu. Walau bagi aku tak sama bagi isteri. Perit bu!
Dan masa nie kau tengah syok dgn Betina bu. Aku time nie tengah belajar mcm mane nak jadi suami dan bapak.
Nangis aku Abu bila dpt tahu lelaki mcm Kau ade kat muka bumi nie. Kejamnya kau abu.. Pedih dengan jawapan Kau mcm tu..
Aku pernah Abu gaduh dgn wife time dia tengah sarat. Kali pertama wife aku pujuk aku. Ckp anak dah tak tendang mcm selalu, Takut aku abu.. Nangis isteri aku.. Dengar smpai kat telinga anak aku dalam perut tu.. Aku takut anak aku akan hukum aku sbb sakitkan ummi dia..
Balik aku mintak maaf bu..
Kali kedua gaduh lagi..Kali nie emosi wife aku smpai nak bunuh nak mati bersama dgn zinnirah..Takut aku abu..Takut sangat..Ego,tegas dan baran aku aku ingat dah cukup kejam..Rupanya kopiah atas kepala siang malam sembahyang lagi kejam mcm Kau abu..
Dengan segala dugaan yg aku tempuh pada tempoh 9bulan tu berbuahkan hasil abu..
Aku tahu Kau takkan dpt nikmat mcm aku dpt..Bersama dgn isteri lihat anak sulung aku aku keluar dari rahim…Aku Amati stiap moment anak aku keluar smpai dia nangis.. Smpai wife aku tumpah darah..Dpt Rangkul anak aku..Bisik iqomat dekat zinnirah..
Nikmat bu dari penuh susah payah aku hadap anak nie keluar..
Tak abis kat situ abu..Anak aku lahir tak cukup bulan..Duduk dalam inquibator..Tiap2 hari aku turun naik Hospital..Dgn isteri emosi down sbb anak tengah sakit..
Emosi isteri bu.. Waktu nie aku tak tahu mcm mane bekas isteri Kau tengah hadap abu.. Kau ckp salah netizen..
Padahal waktu nielah bapak letak kebertanggungjawapan dia dalam setiap Moment dari sebenar Janin sampai lah bersalin.
Entah waktu nielah isteri nak mengadu kat Kau..“Syg sakit belakang.. urutkan sikit” , “Sayang2… tengok anak kite tendang2.. hihi. Aktifnya”, “Syg teringinlah nak makan nie makan tu..”
“Syg nanti kita gi Scan Baby Jom.. teringin nak tengok dia dalam perut”, “Sy nie byk ragam ke suami ku.. Sy mintak maaf Kalau tak dpt nak laksanakan tanggungjwb sebagai isteri..”
“Syg bangun jap.. maaf kejut awk tido.. letak tangan awk kat perut sy boleh.. anak nie dia meragam pusing kiri kanan.. semalam awk letak tangan dia diam je.. “
Tak abu..Aku rasa Kau tak faham ape makna nilai sebuah keluarga bu..Kau cuma nak puki bu..
Even Kau nak nampakkan kawin lain tu sbb Kau nak laksanakan sunnah..Tapi kenapa Kau tak mampu ade Ihsan menjadi seorang ayah..Sbb tu bu Kau tak peduli pun nak kawin lain even anak Kau dah ade dalam perut..Berani nak ceraikan isteri buta2 gitu..
Tak tahu nak ckp ape kat Kau nie abu…Aku dan Kau pernah jadi seorang anak abu..Kau mesti tahu ape pengharapan Kau sebagai anak..
Setiap kali aku sebut pasal kisah Kau nie..Terngiang2 kat telinga aku nie..Buatkan aku lagi sayang kat anak aku..Lagi aku nak effort untuk cari keserasian antara aku dan anak..
Aku taknak jadi mcm Kau abu…Aku taknak..Aku harap allah tak dpt bagi aku kebahagian sebagai anak..Tapi allah bagi aku kekuatan untuk kental menjadi seorang ayah yg terbaik untuk zinnirah..
Hari2 isteri aku nasihatkan aku..“Anak awk nie sayang.. dia nak jadi awk.. memang awk akan jadi tak suka dgn sikap dia.. kat dunia nie yg mampu sabar dan tahan dgn awk cuma saya je sebagai isteri..Awk sndiri tak mampu nak faham diri awk..”
Itu yg buatkan aku faham..Anak aku adalah buku belajar untuk aku..Belajar untuk ubah diri aku..Dulu aku ego tinggi..Tak siapa mampu runtuhkan..Tapi lahir zinnirah..Mengubah byk sikap aku..
Menjadi seorang yg sabar..Seorang yg toleransi..Seorang yg boleh kawal emosi..
Setiap kali keluar hantu aku..Setiap tu zinnirah akan tengok dan copy paste.. Tak berani aku..Tak berani kalau zinnirah akan jadi anak yg akan against aku..
Sentiasa aku cari ruang untuk buang..Dan biarkan anak aku belajar perkara yg positif dari aku..Dia semakin membesar..Semakin memberi cabaran..
Dulu kalau dia menangis aku akan marah..Kalau dia menjerit aku akan menjerit..Dan dia bertambah sikap negatif..Belajar dari sikap aku…
Tapi skang aku tukar..Dia nangis aku sabar aku layankan..Tak menjadi juga.. Tapi sabar kunci dia adalah masa..Maybe masa perlu dipupuk..
Skang dia nangis aku buat lawak..Aku akan bebel ckp kat dia..“Zinnirah kalau tak ubah sikap keturunan nie..Esok anak zinnirah akan amik sikap zinnirah.Mase tu jgn nak cari walid nak mengadu..”
Eh diam plak..Terus ok dah..
Hahahahaahha..
Buat aku percaya pada masa untuk mendapat sebuah keberhasilan..Bila aku teringat kaki zinnirah masa lahir bengkok..Aku mase tu susah nak terima kekurangan anak aku.. Tapi lama2 makan bulan..Kaki zinnirah dah normal balik..Aku dan isteri kene kuat..Byk lagi cabaran nak kene tempuh bersama anak..Dan anak anak-anak..Ok dah 4 cukup kot..
Tiap kali sebut nak adik untuk zinnirah..Bini aku dah pengsan..Yg nie je dah mcm nak meletup kepala..Haahhaah
Aku percaya bu..Hidup nie ibarat bahtera..Kadang dipukul badai..Kadang ade bocor sana sini..Jadi kitalah kene Tampal sana sini..
Takde org yg hidup dia sempurna..Yg kita lihat baik2 tu ape yg mereka nak tunjuk je..Sbb tu aku selalu tulis baik buruk dan kurang lebih sebuah hidup realiti..
Aku bukan lelaki yg sempurna..Tapi selalu cuba untuk menjadi yg terbaik..
Buat ape kita “cari” kebahagiaan..Kalau kitalah sendi kebahagiaan tu..Cuma tinggal kita nak olah kebahagiaan tu..
Kita takkan jumpa bahagia kalau dicari bahagia tu kat org lain..Sebab kita tak sedar kebahagiaan tu datang dari dalam diri kita..Kalau kau kene cari..Maknanya kau tak jumpe bahagia yg dah sedia ada dalam diri kau..Yg ia boleh kau persembahkan atau kongsi dgn anak bini kau..
Dah sampai waktu kau menjadi seorang mak ayah.. Sepatutnya kau kene beri bahagia..Bukan kau tercari2 bahagia kat org lain…
Aku taknak jadi bapak yg penghujung umur aku duk meratap dahagakan kasih sayang anak.. Hukum anak2 aku derhaka..Duduk rumah org tua..
Hamil lagi 6 bulan selepas bersalin ceaseran? Mama perlu tahu risiko yang bakal dihadapi, kemungkinan rahim pecah sangat tinggi.
Lazimnya bagi ibu yang bersalin secara pembedahancaesarean, doktor akan menyarankan waktu selamat untuk hamil semula ialah selepas dua tahun. Tapi bagaimana kalau anda hamil lagi sebelum waktu itu….?
MINIMUM ENAM BULAN
Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Columbia Asia Seremban, ibu tidak perlu panik kerana terdapat kajian yang menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu hamil setelah anak pertama berusia sepuluh bulan, risiko dinding rahim terkoyak adalah amat rendah.
RISIKO UTERINE RUPTURE
Masalah dinding rahim terkoyak ini dinamakan sebagai uterine rupture selalunya berlaku sewaktu kontraksi ketika hendak bersalin. Ia Dilaporkan berlaku kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya. Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai TOS atau (Trial of Scar). Bersalin secara normal melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai VBAC (Vaginal Birth After Caesarean Section).
MASIH BERPELUANG BERSALIN NORMAL
Jika seseorang wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai Elective Repeat Cesaerean Section ( ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kandungan keduanya, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS.
Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya dinding rahim terkoyak dan bersalin melalui VBAC, mereka tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.
Amat penting bagi ibu untuk memahami bahawa dinding rahim terkoyak berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS. Walau pun ibu terbabit dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah, hal ini boleh berlaku!
KESAN DINDING RAHIM TERKOYAK
Dr Norintan menasihatkan agar ibu yang hamil semula dalam jarak kurang dari enam bulan segera merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan supaya rekod pembedahan yang pertama boleh diperiksa atau disemak sebelum melalui TOS. Risiko dinding rahim terkoyak amat tinggi (jika ia berlaku).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.