Bila anak asyik batuk dan selesema dengan kerap, mak ayah mana yang tidak mula berfikiran yang bukan-bukan. Makin stress bila mana anak tidak dapat ke rumah pengasuh, terpaksa minta cuti dan sebagainya. Semua ini menjadikan kerja dan tanggungjawab mak ayah terganggu.

Pun begitu janganlah terlalu tertekan. Ini adalah hal yang biasa sehingga anak mendapat imun tubuhnya sendiri. Jadi mak ayah tak perlu risau terlebih. Ini yang dikongsikan oleh Dr Erna Nadia.

Buntu Bila Anak Asyik Batuk, Selesema 7-8 Kali Setahun, Tak Perlu Bimbang, Ini Penjelasan Doktor!


Anak mudah terkena demam batuk selesema? Setiap bulan asyik sakit? Sabar.

Jika sudah bawa berjumpa dengan doktor/pakar kanak kanak, sudah diberi pemeriksaan yang betul dan tiada masalah, InshaAllah tiada apa apa.

Kanak kanak berusia 6 bulan ke 6-7 tahun adalah normal untuk mendapat flu/common cold dalam 7-8 kali setahun, terutamanya mereka yang dihantar ke taska/rumah pengasuh.

Ini kerana di usia begini, badan mereka sedang membentuk imuniti untuk virus virus yang terdapat di sekeliling mereka.

Buntu Bila Anak Asyik Batuk, Selesema 7-8 Kali Setahun, Tak Perlu Bimbang, Ini Penjelasan Doktor!

Ada terdedah kepada virus baru saja, mereka jatuh sakit. Ini adalah normal kerana itu adalah reaksi badan mereka melawan kuman dan membentuk antibodi terhadap kuman kuman tersebut.

Jadi, bila nanti kuman kuman tu datang serang balik, badan mereka dah kuat sebab dah kenal kuman kuman tu.

IKLAN

Tapi kena ingat yang ada beratus jenis kuman di luar sana. Sebab itu kerap sakit kerana terdedah kepada kuman yang baru.

Jika simptom mereka seperti batuk atau selesema atau demam biasa tidak semakin teruk dan sembuh dalam masa seminggu, InshaAllah ok saja.

Buntu Bila Anak Asyik Batuk, Selesema 7-8 Kali Setahun, Tak Perlu Bimbang, Ini Penjelasan Doktor!

Tetapi jika keadaan mereka semakin teruk dan terdapat tanda bahaya seperti nafas laju, nafas berbunyi, muntah teruk, tidak aktif tidak bermaya, cirit melampau, mengadu sakit kepala yang kuat, tak mahu makan minum, maka segeralah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sila jangan beli sendiri ubat batuk/selesema jika anak anda masih di bawah usia 2 tahun. Jika berusia 2-6 tahun juga, seeloknya dapatkan pemeriksaan doktor dulu ya.

Batuk adalah salah satu respon badan untuk menyingkirkan kuman daripada badan mereka. Meraka tidak tahu bagaimana cara untuk keluarkan kahak mereka. Cuba lakukan tepukan di belakang mereka dan beri mereka minum banyak air kosong untuk bantu cairkan kahak mereka. Ada setengah kahak akan keluar melalui najis mereka.

IKLAN

Buntu Bila Anak Asyik Batuk, Selesema 7-8 Kali Setahun, Tak Perlu Bimbang, Ini Penjelasan Doktor!

Untuk selesema, boleh letak saline nasal drop untuk keluarkan hingus mereka atau mandikan mereka dengan air suam atau boleh sapu minyak yang sedikit panas pada dada mereka. Hentikan stress dan jangan fikir bukan bukan.

Kerap kena flu bukan bermakna perlukan vitamin extra, bukan sebab anda adalah parents yang teruk atau bukan sebab anak anda lemah. Doakan yang baik baik untuk mereka.

Terdapat beratus jenis kuman di sekeliling kita. Ada sesetengah kanak kanak yang membentuk imuniti sedikit perlahan berbanding kanak kanak lain. It’s okay. Mereka sedang membesar.

* Terus pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih.
* Kerap cuci semua permainan mereka.
* Cuci pakaian mereka dengan air suam dan sabun yang betul.
* Pastikan mereka makan makanan yang sihat dan minum air dan susu dengan elok.
* Jika ada pet/carpet, pastikan ianya sentiasa bersih. Jika benar anak anda alah pada sesuatu, maka elakkan ia.
* Monitor berat dan perkembangan mereka. Jika normal, InshaAllah tak perlu risau ya.

IKLAN

Buntu Bila Anak Asyik Batuk, Selesema 7-8 Kali Setahun, Tak Perlu Bimbang, Ini Penjelasan Doktor!

Dan yang paling penting adalah jangan membandingkan dengan sesiapa. Ini yang membuatkan kita akan semakin letih dan stress.

Ibu bapa yang positif InshaAllah akan melahirkan anak anak yang gembira.

Bagi mereka masa untuk membentuk imuniti mereka.

Dr. Erna Nadia

Menarik: Nak Bagi Jumpa Anak, Tapi… Ayda Jebat Masih Tak Sedia Bawa Bayi Keluar Rumah!

Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.

Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI