Ramai sedia maklum, pasangan selebriti, Eira Syazira dan Azad Jasmin atau mesra dipanggil Pak Azad dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang comel. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak Pak Azad, anak sulung, Ammara Sofea Rose yang sentiasa jadi perhatian dan petah berkata-kata.
Walaupun anak kedua dan ketiga Pak Azad agak pemalu sikit berbanding kakak sulung, namun mereka juga telah berjaya menarik perhatian peminat Eira Syazira dan Pak Azad.
Baru-baru ini perkongsian video di Instagram Eira Syazira buatkan ramai yang terpikat dan memuji kecomelan anak kedua Pak Azad yang dikatakan mempunyai iras seperti pelakon Bollywood terkenal, Kajol.
Anak kedua Eira Syazira ini diberi nama Ameisya Leanne Rose. Kecomelannya sebelum ini juga telah tular dengan menerima pujian ramai di media sosial.
Ads
Mana tidaknya, wajah Ameisya Leanne Rose ini persis seperti anak hindustan. Raut wajah ikut Pak Azad. Dengan rambut panjang seperti mommynya menyerlahkan lagi kecantikan anak dara ini.
Rata-ratanya juga memuji kelembutan raut wajah Ameisya dengan matanya yang bulat, senyuman manis dan sekali pandang persis wajah Pak Azad.
Ads
“Pretty sangat. Muka Azad 90% muka Eira ada sikit 10%, rambut curly tu buat tambah lagi jelita. Ada commercial value ni, jaga leklok..”
“Pak Azad vs perempuan sangat… cantiknya dia…” MasyaAllah cantiknya anak mami ni, ikut muka bapa dia ni, muka anak-anak Mami Penang..”
Ads
“Copy paste muka pak Azad version kulit Mommy.. So beautiful girl..”
Kredit: IG Eira Syazira Official & azadsyaziraroses
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika bayi berumur 8 bulan, otak mereka punyai 1,000 trillion connections. 500 trillion akan mati ketika usia mencapai 10 tahun.Yang berbaki pun akan hilang sedikit demi sedikit dari bayi sampai kanak-kanak. Seterusnya alam dewasa. Kecuali mereka yang menjaga otak.
⠀
Tolong la sayang, jangan lah sebut anak itu hyper active. Hyper active ini adalah sejenis medical condition, ADHD terlampau lebih. Kebanyakkan kanak-kanak mereka adalah aktif. So jangan terlalu mudah menggunakan perkataan hyperactive ni ya. ⠀
Anak Aktif
Sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan jika anak kita terbaring saja, tentu kita susah hati juga dibuatnya.
Justeru ibu-ibu setkan minda kita untuk memandang situasi itu dari sudut yang positif bagi mengurangkan stres. Tip berikut mungkin boleh membantu kita dalam menangani anak-anak yang sentiasa aktif.
1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk anak-anak dan seisi keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak yang aktif ini mereka memerlukan peraturan yang jelas.
Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Perlu faham jika anak buat kesalahan kita kena juga menghukum mereka sebagai pengajaran.
2) Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 9 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya.
3) Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalin hubungan yang mesra dengan anak-anak dan meningkatkan daya tumpuannya secara berperingkat.
4) Elakkan anak daripada banyak menonton TV, dan jangan biarkan menonton TV pada waktu malam terlalu lama. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak aktif. Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan untuk mereka.
Paling penting usah memberi label yang negatif seperti “buas” kepada mereka.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seiring dengan peningkatan usia si manja, perkembangan sosial kanak kanak juga perlu diperluaskan. Terdapat 7 skil perkembangan sosial anak yang perlu anda terapkan dalam diri mereka.
Perkembangan sosial kanak kanak
Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan sosial yang seimbang pastinya akan memiliki hubungan dengan rakan sebaya yang lebih baik. Ini kerana ia membantu kanak-kanak untuk mudah berinteraksi dan bergaul bersama rakan mereka.
Namun, manfaat perkembangan sosial anak tidak terhenti setakat untuk penerimaan sosial semata-mata. Sudah pastinya ia menawarkan beberapa manfaat lain untuk kehidupan si kecil.
Sebagai contoh, dalam 1 kajian yang dilakukan pada tahun 2019 mendapati, kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan dan mempunyai kemahiran sosial yang baik akan kurang mengalami tekanan.
Berada jauh daripada keluarga mungkin akan memberikan tekanan kepada kanak-kanak, ditambah pula dengan kurangnya skil sosial mengakibatkan tekanan itu semakin membebankan.
Penyelidik menyifatkan kanak-kanak akan mengalami penurunan hormon kortisol apabila mereka mempelajari kemahiran sosial baharu. Malahan, kanak-kanak yang mudah bergaul dengan rakan sebaya akan mudah memperolehi kawan baharu.
Jadi ini bererti skil sosial pada kanak-kanak adalah penting. Tetapi, bagaimana ingin membentuk perkembangan sosial kanak-kanak?
Pembentukan skil sosial kanak-kanak
Skil sosial adalah kemahiran yang kita gunakan setiap hari bagi berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain. Ia termasuk komunikasi lisan dan bukan lisan seperti ucapan, isyarat, ekspresi wajah dan bahasa badan. Pengetahuan tentang peraturan bertulis dan yang diaplikasi dalam kehidupan seharian membolehkan seseorang individu untuk memiliki kemahiran sosial yang kukuh.
Begitu jugalah kepada kanak-kanak, kemahiran sosial adalah penting untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan bukan sahaja rakan sebaya, bahkan melibatkan individu di sekeliling mereka.
7 skil sosial kanak-kanak yang penting
Kanak-kanak yang kurang kemahiran sosial dan emosi cenderung untuk mengalami isu seperti buli, perhubungan harian dan juga melibatkan undang-undang. Mereka juga dikatakan akan lebih bergantung kepada bantuan sekeliling.
Berita baiknya, perkembangan sosial merupakan 1 perkara yang boleh diajar. Jika anda berasakan si kecil mungkin kurang kemahiran sosial, jangan risau! Anda tidak pernah terlewat untuk mendidik mereka.
Berikut disenaraikan 7 kemahiran sosial yang perlu diterapkan dalam diri anak anda:
Berkongsi
Kesanggupan untuk berkongsi makanan atau permainan adalah antara cara terbaik membantu si kecil untuk mempunyai dan kekal berkawan. Berdasarkan kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan dalam Psychological Science, kanak-kanak seawal usia 2 tahun akan menunjukkan keinginan untuk berkongsi dengan individu lain hanya apabila sumber yang mereka miliki banyak.
Kanak-kanak pada usia 3 hingga 6 tahun akan lebih mementingkan diri daripada berkongsi apabila sumber yang dimiliki sedikit. Pada usia 7 atau 8 tahun, kebanyakan kanak-kanak lebih prihatin dan bersedia berkongsi.
Secara keseluruhan, kajian menunjukkan kanak-kanak yang berkeyakinan diri lebih mudah berkongsi. Tindakan tersebut juga membuatkan mereka berasa lebih baik tentang diri mereka. Jadi ajarkan anak anda berkongsi untuk tingkatkan rasa yakin dalam diri mereka
Bekerjasama
Ia melibatkan kerjasama bagi mencapai matlamat. Kanak-kanak yang bekerjasama akan lebih mematuhi permintaan individu lain. Mereka juga akan menyumbang, mengambil bahagian dan membantu.
Pada usia 3 ½ tahun, kanak-kanak boleh mula bekerjasama dengan rakan sebaya bagi matlamat yang sama. Ia mungkin sekadar melibatkan kerjasama untuk membina menara mainan bersama-sama.
Ada kanak-kanak mungkin akan mengambil posisi sebagai pemimpin, sementara yang lain akan lebih selesa sebagai pengikut. Apa pun, bekerjsama adalah 1 peluang untuk anak-anak belajar tentang diri mereka.
Mendengar
Bukan sekadar duduk diam semata-mata, tetapi ia melibatkan proses penyerapan maklumat yang disampaikan seseorang. Mendengar adalah 1 komponen penting dalam komunikasi sihat.
Ini merupakan antara kemahiran sosial kanak-kanak yang perlu ditekankan dalam kehidupan si kecil. Ia dapat membantu anak untuk lebih berjaya di sekolah dengan kemampuan mendengar apa yang disampaikan guru.
Mengikuti arahan
Kanak-kanak yang sukar mengikuti arahan adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah kemudian hari. Disebabkan itu, adalah penting untuk si kecil mempunyai keupayaan menerima dan mengikuti arahan. Jika anak melakukan kesilapan daripada arahan yang diberikan, ia adalah normal.
Ini kerana kanak-kanak sememangnya mudah terganggu dan lupa apa yang harus mereka lakukan. Anggap kesilapan tersebut sebagai cara mempertajamkan kemahiran mereka.
Hak privasi
Kanak-kanak mungkin sukar memahami apa itu hak privasi tetapi itu tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati mereka. Atas sebab itu adalah penting untuk mengajar anak menghormati hak privasi individu. Sebagai contoh, anda boleh mengajar si kecil untuk mengetuk pintu yang tertutup sebelum membukanya.
Komunikasi mata
Hubungan mata ketika berkomunikasi adalah 1 skil sosial kanak-kanak yang perlu dipupuk. Anak anda mungkin malu, tetapi terangkan kepada mereka pentingnya untuk membuat hubungan mata ketika berkomunikasi. Ia mungkin sukar, tetapi anda boleh memberikan galakkan dan pujian kepada anak jika mereka berjaya membuat hubungan mata apabila bercakap dengan seseorang.
Mempunyai adab
Ucapan terima kasih, maaf dan tolong merupakan antara adab yang paling penting dalam kehidupan seseorang, khususnya si kecil. Ia membantu si kecil mendapatkan pujian yang sewajarnya apabila mereka berjaya melakukannya tanpa sebarang paksaan. Sudah tentu ia memerlukan kesabaran. Tetapi percayalah ia merupakan perkembangan sosial anak paling utama yang perlu sentiasa diterapkan dalam kehidupan.
Sentiasa mengingatkan si kecil
Ia adalah normal untuk si manja terlupa apa yang telah anda ajarkan kepada mereka. Usah marah, sebaliknya tegurlah dengan cara yang baik dan berhemah. Sentiasa mengingatkan mereka tentang kepentingan skil sosial dalam kehidupan mereka.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!