Bosan dengan agar-agar biasa, apa kata kita cari kelainan dengan menyediakan agar-agar roti batik ini pula untuk hidangan berbuka. Anak-anak pasti sukakan warna cantiknya.

Paling menarik, hendak membuatnya pun tidaklah sesukar mana. Hanya perlu asingkan beberapa adunan agar-agar bewarna sahaja. Mudah. Jom cuba resipi perkongsian Pn Siti Hajar ini. Sedap!

Cantik Warna-Warni, Puding Roti Batik Semudah ABC, Sukatan Pun Mudah!


Menu wajib untuk jualan di gerai-gerai pada bulan puasa. Tiap-tiap tahun saya jual RM2 sebekas sebab antar kat gerai. Bila tolak upah tuan kedai saya dapat RM1.40. Alhamdulillah.

Puding Roti Batik
Resepi (ni resepi untuk agar-agar tali yang 30gm. Kalau yang sikit tengok ada di plastik sukatan air. So gula kena anggar-anggar berapa, yang warna-warna pulak tu boleh letak untuk 3 kali buat agar-agar yang letak susu dan roti tu.
Kalau tak mau membazir beli agar-agar pack kecik untuk warna-warna, so gula pun kena agak-agak la berapa)

Agar-agar tali cap moon 30gm (2 pack)
Gula
Esen vanila
Pewarna
Roti 3-4 keping
Susu cair 1 tin
Telur 2 bijik
Gula batu

IKLAN

Cantik Warna-Warni, Puding Roti Batik Semudah ABC, Sukatan Pun Mudah!

Masakkan agar-agar 1 pack dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut.

Bila dah larut masukkan gula 2 cawan dan gula batu beberapa biji.

Bila dah betul-betul larut, masukkan dalam bekas-bekas dan letak warna ikut suka hati.

IKLAN

Masakkan agar-agar 1 pack lagi dengan air 1.9 liter sampai betul-betul larut. Bila dah larut masukkan gula 3 cawan dan gula batu bebarapa biji.

Cantik Warna-Warni, Puding Roti Batik Semudah ABC, Sukatan Pun Mudah!

Bila dah betul-betul larut, tuangkan campuran roti telur dan susu cair yang sudah di blend.

Masukkan esen vanila, garam sdikit dan biar mendidih. Letak dalam bekas-bekas.

IKLAN

Bila suam-suam, potong agar-agar warna tadi, masukkan dalam bekas agar-agar yang ada susu tadi.

Biarkan keras.

Resipi menarik: Siakap Stim Lemon, Air Tangan Kak Liza, Terlajak Sedap, Nikmatnya Lain Macam

Selalu Beli Tak Cukup, Buat Sendiri Ayam Goreng IKEA Ni, Lembut & Berjus, Sedapnya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI