Kek atau muffin yang siap berurat nampak cantik. Rupanya ada cara yang mengekalkan urat yang cantik dan lebih rasa pisangnya ketika makan. Macam mana nak buat?
Perkongsian dan resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Makcik Ratu ini anda kena cuba. Cantik berurat dan sedap!
Dah jumpa balik resepi muffin pisang yang mummy suka buat sejak dulu lagi, resepi dari Chef Number Wan!
Bahan-bahan:
1 cawan atau 1 1/2 cawan pisang yg telah dilenyek
1/2 cawan butter
1/2 cawan brown sugar
1 biji telur A
1 sdt esen vanila
1 sdk baking soda
2 sdb air panas campur keduanya
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan coklat cip
Ads
Mix butter dan brown sugar sampai gula hancur dan sedikit kembang.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Mix sehingga tercampur rata.
Masukkan campur dulu 2 bahan, baking soda dan air panas. Gaul rata.
Kemudian masukkan pula tepung dan pisang kemudian kaub baliknya kesemuanya.
Ads
Masukkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 adunan dan tabur coklat cip lagi.
Sebelum bakar pastikan oven dipanaskan dulu 180 C dan bakar 25 minit.
Pisang yang sesuai-pisang berangan atau emas. Dilenyek bukan diblender supaya muffin atau kek pisang nampak berurat.
Susu ibu merudum dan ibu sudah mencuba pelbagai cara dengan memastikan pelekapan betul, mengawal stres dan ambil sajian berkhasiat. Tidak salah untuk mencuba makanan penggalak susu.
Semula jadi dan bukan makanan yang diproses, rasanya juga sedap. Tapi mama jangan terlalu obses dengan penggalak susu. Ambil dalam kuantiti sederhana dalam jangka masa yang tidak terlalu lama. Paling penting kena kerapkan menyusu secara terus, kawal stres dan amal pemakanan seimbang. Keberkesanan berbeza, terletak pada keserasiannya bagi setiap individu.
#1: LONGAN KERING
Longan kering juga boleh memperbanyakkan susu. Hanya rebus dan minum airnya. Tambahkan gula perang jika perlu. Kalau mama suka, boleh tambahkan kurma cina dan biji selasih, dah macam lai chi kang pulak rasanya, sedap!
#2: BETIK
Betik yang manis dan berlemak ini juga dikatakan boleh menambahkan susu ibu. Ambil sebagai snek atau pencuci mulut. Antara amalan orang dulu-dulu memakan betik muda atau ditumis air untuk menambah susu ibu.
#3: PEGAGA
Mama boleh ambil pegaga sebagai ulam dan boleh juga dijadikan jus. Ia sedap dan rangup, boleh dijadikan kerabu juga, lazatnya!
#4: KURMA
Buah ini ada kemanisan semula jadi! Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.
#5: OATMIL
Pada saat susu merudum, mama cuba makan oatmil atau tambahkannya dalam minuman. Makanan yang kaya dengan khasiat ini boleh memberikan kesan menambah susu bagi sesetengah ibu.
#6: JINTAN
Untuk mendapat kerberkesananya, anda perlu menggunakan jintan manis dan jintan putih ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.
#7: JANTUNG PISANG
Jantung pisang juga dikatakan boleh menambahkan susu. Boleh dibuat kerabu atau ulaman.
#8: HALIA
Halia boleh diambil sebagai ulam atau teh. Boleh juga dicampurkan sebagai rencah masakan yang diambil ibu.
#9: BAWANG PUTIH
Bawang putih bukan sahaja baik untuk mencegah jangkitan kuman, tetapi boleh menambah susu ibu. Mudah sahaja caranya, hanya tambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan!
#10: BADAM
Badam, sedap dan berkhasiat. Antara kekacang yang boleh menambah penghasilan susu ibu. Boleh dijadikan susu, ditambah ke dalam smoothies atau dijadikan kudapan.
#11: BARLI
Enaknya minuman barli musim panas ini. Selain menyejukkan badan, ia turut merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahu pun sejuk.
#12: HABBATUS SAUDA
Habbatus sauda adalah makanan sunah yang berupaya menambahkan susu ibu. Kunyah mentah atau telan bersama air suam.
RESIPI ‘MILK BOOSTER’!
Mommy wajib try ok..!
Assalamualaikum. Sepanjang berpantang ni, fokus Ayue memang perbanyakkan susu badan je sebab Ayue memang dah nekad nak susukan baby Ayue sampai umur dia 2 tahun kalau diizinkan. InsyaAllah. Tapi masalahnya susu Ayue tidak lah semeriah sesetengah ibu diluar sana sampai berbotol-botol dapat sekali pump.
Rezeki susu untuk baby Ayue cukup untuk dia saja. Syukur sebab masih ada.Cumakalau boleh Ayue nak usahakan sampai Ayue boleh buat stok susu (EBM) supaya senang kemudian hari. Maklum lah, Ayue kan banyak kerja luar. Jadi kalau ada stok EBM, mudahlah Ayue nak pastikan baby Ayue sentiasa ada bekalan susu.
Ayue memang suka cuba yang semulajadi dulu berbanding pelbagai produk yang ada dipasaran. Yela, nak natural ni lah lagi bagus kan. Tapi bergantung juga pada badan seseorang. Ada orang mudah saja cari milk booster nya. Ada juga yang susah. Tapi takpa, ni Ayue nak senaraikan resepi-resepi milk booster semulajadi yang Ayue dah cuba okay.
Milk booster 1
Bahab-bahan;
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Untuk milk booster 1, rasanya sedap sangat. Macam air laichee kang gitu. Ada yang tak letak buah goji. Tapi Ayue suka letak. Hehe. Selalu Ayue buat untuk bekalan sehari saja. Air pun ikut suka Ayue nak letak banyak mana. Terpulang ok?
Milk booster 2
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Buah Betik muda – Sebiji Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Potong betik. Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Moga bermanfaat!
Kredit : Ayue Idris
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Selain nasi, roti dan aneka mi, pizza antara makanan yang cukup disukai anak-anak kecil kita. Bentuk dan rupanya yang berbeza ditambah dengan aneka sayuran di atasnya membuatkan kanak-kanak mudah tertarik dengan pizza. Namun menyediakan pizza terasa agak mencabar untuk ibu yang tidak biasa membuatkan.
Tak perlu bersusah payah untuk sediakan pizza sempurna buat anak kecil kita. Cukup hanya taburan sayur, adunan tepung, keju, susu dan mentega sudah cukup buat anak makan bertambah. Resipi perkongsian ibu ini, Ct Hafizah memang ringkas. Jom cuba.
Petang ni Ammar & family makan Pizza cheese je. Ummi cubit jugak tadi geram bau cheese dan bawang putih butter tu menusuk-menusuk hidung suruh makan jangan diet. Memang betul la makanan anak ni sedap walaupun tanpa garam gula semua. Kita yang olah resepi. Jadi ummi share resepi pizza cheese ni.
Pizza Cheese
250gram tepung Faiza
5gram yis
40ml unsalted butter *dicairkan
130ml susu fresh milk
1 biji telur
2 sdb madu (pengunaan madu untuk 1yr & above sahaja)
Cheese beqa
Bahan untuk sapuan atas:
2 biji bawang putih ditumbuk
2 sudu unsalted butter defrost sendiri
Daun bawang
(Semua disatukan)
Tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Biarkan dalam 2 jam sehingga doh naik kembang.
Dah kembang ambik doh letak atas pan leper tekan-tekan sehingga penuh semua pan. Lorekkan dengan pisau atasnya sapukan bahan yang dah disatukan tadi.
Taburkan black paper & cheese beqa. Biarkan sekejap dalam 20 minit sehingga doh naik sedikit. Bakar pada suhu 190 selama 20 minit mengikut kesesuaian oven sehingga kekuningan. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau menu air asam mungkin biasa kita makan bersama nasi daging orang utara namun kali ini lain pula bila ditambahkan dengan sup daging. Memang ‘rare’.
Resipi perkongsian superdaddy, Khairul Abdullah ini memang lain dari yang lain. Nampak sedap. Jom cuba!
Nohh aihhh, Ayaq Asam Sup Daging. Hampa kena cuba ni. Mudah yakmat dan sedap wehhh. Satgi balik opis singgah kedai beli naa.
Bahan-bahan nak kena ada:
1 tin sup daging/tulang Adabi.
1 biji tomato dihiris nipis.
1 biji bawang besar dihiris nipis.
1 biji limau nipis diperah.
1 sudu kecil pes asam jawa.
1 ketul belacan.
1 sudu kerisik.
3 tangkai daun ketumbar dipotong.
3-5 biji cili padi dipotong.
2 sudu sos ikan.
1 sudu kecil gula (optional).
1 sudu kecil garam.
1. Masukkan semua bahan kecuali sup ke dalam bekas dan ramas atau gaulkan. Biar belacan hancur elok dan sebati.
2. Masukkan setengah tin sup dan semua daging/tulang dan gaul sebati.
3. Siap.
Baki sup dalam tin tu kau panaskan dan bolehlah dihirup buat ghaso-ghaso. Eh kalau nak makan ramai, guna 2 tin yer. Satu tin tu tak mencukupi.
10 resipi sahur simple kaya protein untuk anak tadika berpuasa. Menu lengkap 10 hari pertama Ramadan supaya anak kekal bertenaga dan ceria sepanjang latihan puasa.