Musim sekarang ini, jangan anggap biasa aje bila anak kecil selesema. Namun jika anak dijangkiti penyakit Influenza A, ibu bapa perlu berwaspada kerana ia boleh mengakibatkan kematian!
Walaupun ramai orang pulih darinya tanpa komplikasi, virus ini boleh menyebabkan komplikasi serius seperti pneumonia, serangan jantung, dan kematian terutamanya dalam kalangan warga emas, kanak-kanak, serta individu yang lemah sistem imun.
Dalam kes tertentu, jangkitan Influenza A boleh sampai ke otak dan menyebabkan radang (encephalitis)!
Kanak-kanak dan warga emas paling berisiko mengalami gejala sawan, kekeliruan, atau kehilangan kesedaran. Oleh itu, penting untuk ibu bapa tahu cara melindungi anak daripada virus ini.
Situasi Terkini Penularan Influenza A di Malaysia
Menurut laporan berita harian terkini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mengesahkan 19 kes dipercayai penularan jangkitan Influenza A di lima sekolah di negeri itu. Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin, berkata berdasarkan data dari awal bulan ini hingga semalam, situasi masih terkawal. Walaupun begitu, ibu bapa disarankan untuk lebih peka dan mengambil langkah pencegahan segera.
Gejala Influenza A Yang Perlu Dikenal Pasti
Antara gejala biasa ialah demam tinggi, batuk kering, sakit tekak, hilang selera makan, dan keletihan melampau. Jika tidak dikawal, virus ini boleh merebak cepat dan menyerang paru-paru. Elakkan anak daripada keluar rumah tanpa sebab penting, pastikan mereka memakai pelitup muka di tempat awam, banyakkan minum air, dan cukupkan waktu rehat.
Apa Itu Virus Influenza?
Virus influenza tergolong dalam famili Orthomyxoviridae. Ia menyerang saluran pernafasan (hidung, tekak, dan paru-paru) dan menyebabkan simptom seperti demam panas, batuk teruk, sakit sendi, keletihan melampau dan sesak nafas.
Ads
Jenis-Jenis Virus Influenza
Influenza A – paling ganas, boleh menyebabkan pandemik (contoh: H1N1).
Influenza B – lebih stabil tapi tetap bahaya, terutamanya pada kanak-kanak.
Influenza C – ringan dan jarang sebabkan wabak.
Influenza D – tidak menjangkiti manusia (biasanya pada haiwan).
Virus jenis A dan B inilah yang dimasukkan ke dalam vaksin setiap tahun untuk perlindungan yang optimum.
Apa Itu Vaksin Influenza?
Vaksin influenza adalah vaksin yang direka untuk melindungi kita daripada jangkitan virus influenza. Setiap tahun, virus influenza boleh bermutasi, jadi vaksin perlu diambil setiap tahun untuk melindungi diri daripada varian baru. Ia membantu mencegah penyakit serius seperti radang paru-paru, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi.
Ini vaksin paling popular sekarang
Jenis Vaksin Influenza di Malaysia
Tidak dinafikan dengan peningkatan kes, vaksin-vaksin ini telah menjadi ‘barang laris’ atau popular pada masa kini. Bayangkan beberapa hospital sesak dengan pesakit. Berikut nama vaksin yang ibu ayah kena tahu.
Vaksin membantu sistem imun melawan virus dengan lebih berkesan. Walaupun anda masih boleh dijangkiti, simptom akan menjadi lebih ringan dan pemulihan lebih cepat.
Ads
2. Mencegah Penyebaran Kepada Orang Lain
Apabila anda divaksin, risiko menjangkiti orang lain termasuk kanak-kanak dan warga emas berkurang. Ini membantu mengurangkan penyebaran penyakit di komuniti.
3. Mengurangkan Risiko Komplikasi Serius
Tidak divaksin bermakna risiko komplikasi seperti pneumonia meningkat. Vaksin influenza mengurangkan kemungkinan jangkitan menjadi teruk.
4. Meningkatkan Imuniti Komuniti
Ads
Apabila ramai mendapat vaksin, imuniti kolektif meningkat dan wabak lebih mudah dikawal.
Siapa Yang Perlu Mendapatkan Vaksin Influenza?
Kanak-kanak: Terutama yang berumur 6 bulan hingga 5 tahun.
Warga emas: Berumur 65 tahun ke atas.
Pesakit penyakit kronik: Seperti diabetes, jantung, asma, atau paru-paru.
Wanita hamil: Terutamanya pada trimester kedua dan ketiga.
Pekerja kesihatan: Berisiko tinggi kerana terdedah kepada pesakit.
Bilakah Waktu Terbaik Untuk Mendapatkan Vaksin Influenza?
Musim influenza di Malaysia biasanya berlaku antara Oktober hingga Disember. Jadi, sebaiknya vaksin diambil sebelum musim puncak untuk memberi masa sistem imun membina perlindungan yang kukuh terhadap Influenza A.
Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Vaksin Influenza?
Vaksin boleh didapati di hospital kerajaan, klinik kesihatan, klinik swasta, dan beberapa farmasi terpilih. Pastikan anda memilih fasiliti bertauliah untuk mendapatkan vaksin yang diluluskan oleh KKM.
Influenza A bukan sekadar selesema biasa. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius jika tidak dicegah awal. Lindungi anak dan keluarga anda dengan vaksinasi tahunan, amalkan kebersihan diri, serta elakkan tempat sesak ketika wabak menular. Kesedaran dan pencegahan awal adalah kunci untuk kekal sihat sepanjang musim.
Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.
Tanda dan Gejala
Bayi biasanya akan menangis apabila :
Lapar dan dahaga.
Mengantuk atau letih.
Kesejukan atau basah.
Minta didukung.
Perlu ditukarkan lampin.
Dalam kesakitan atau tidak selesa.
Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :
Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.
Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi.
Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa.
Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.
Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:
Kembung perut.
Penyakit.
Rawatan
Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.
Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian.
Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.
Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu.
Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda sementara. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.
Kembung Perut
Menangis akibat kembung perut didefinisikan sebagai tangisan berlebihan selama tiga jam atau lebih (dalam sehari) dan biasanya akan hilang dalam tempoh 3 bulan pertama usia bayi. Sekiranya bayi anda menangis sambil mengangkat kakinya ke atas dan banyak mengeluarkan angin ini menunjukkan bayi anda mengalami kembung perut.
Cara menanganinya :
Pegang bayi anda duduk menegak semasa penyusuan dan sedawakan bayi selepas penyusuan. Dukung bayi anda berjalan-jalan dengan kedudukan bayi tegak di bahu anda atau goyang bayi anda dengan lembut boleh melegakannya.
Jika menangis berterusan, dapatkan rawatan segera.
Penyakit
Sila ambil perhatian apabila bayi menangis berterusan ini adalah satu petanda penyakit yang teruk.
Sekiranya bayi anda masih menangis berterusan meskipun semua cara di atas telah diambil untuk memujuk atau ada petanda selain disebutkan di atas, jangan ragu terus mendapatkan rawatan di hospital.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Haziq Husni temani isteri ketika bersalin. Sokongan padu dan kata-kata positif diucapkan buat isteri buat semua peminat sebak.
Menempuhi detik genting kelahiran, dia telah menemani isterinya sehingga ditolak ke dewan pembedahan. Berikut ialah ucapan Haziq yang membuat ramai peminat tersentuh.
Haziq & Ayunda Putri telah memiliki seorang cahaya mata lelaki, Heidi Nufael. Netizen kebanyakannya tersentuh dengan ucapan dan ciuman kasih sayang yang diberikan Haziq kepada Putri. Sweet sangat-sangat!
Ramai ibu merungut anak minum susu ibu berat badan anak naik sikit-sikit. Ada tu langsung tak naik dan statik macam tu je. Sampai satu tahap tengok anak orang lain yang bersemangat badannya rasa cemburu.
Mulalah dalam hati tertanya-tanya, adakah susu ibu tak mampu beri zat yang cukup untuk anak. Nak tahu macam mana nak naikkan berat badan anak bagi ibu yang menyusukan bayi ikut tip dari Kaunselor Laktasi, Noorfazila Binti Abdul Rahman.
Buat yang bertanya macam mana cara saya naikkan berat badan anak saya iaitu Dzaakir ialah dengan cara asingkan foremilk dan hindmilk?
1. Buat secara single pumping. 2. Mula-mula pam side kanan guna BOTOL 1 3. Awal-awal kita pam kan akan nampak macam cair tu lah foremilk..saya buat single pumping sebab lagi senang nak control. 4. Bila nampak susu mula pekat berhenti pam. 5. Tukar botol baru (BOTOL 2) dan sambung balik pam sampai rasa breast kosong.
Untuk side kiri pula 1. Awal-awal pam guna BOTOL 1 yang berisi foremilk (susu yang cair tadi) 2. Sama juga macam tadi teruskan pam sampai agak-agak nampak mula pekat stop kan tukar BOTOL 2 yang berisi hindmilk (yang pekat) tu pula. 3. Teruskan pam sampai rasa breast kosong.
Bekalkan anak dengan susu yang berisi hindmilk (BOTOL 2) sewaktu di pengasuh sementara waktu ni kalau bekalan tak cukup baru supply yang (BOTOL 1) tadi. Setiap kali pam buatlah macam tu.
Waktu ini setiap malam kena set alarm 2 jam sekali kejut anak menyusu kalau dia tak bangun ibu kena bangun untuk pam dan susu perahan sepanjang waktu malam tu bekalkan juga pada pengasuh kerana kandungan lemak dalam susu ibu lebih tinggi waktu malam.
Selain dari itu, elakkan tunggu breast penuh baru nak pam kalau anda benar-benar nak bantu naikkan berat anak Pam ikut jadual untuk elakkan foremilk jadi banyak.
Untuk anak yang berusia lebih dari 6 bulan dan dah mula makan, pastikan anak makan makanan utama (Makan tengahari, petang dan malam / Pagi, tengahari dan petang) dengan menu yang lengkap bukan hanya bagi makan buah sahaja tapi pelbagaikan dengan sumber protien selain sayur-sayuran.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.