Homemade chicken powder mungkin sudah biasa bagi semua ibu dalam menambah rasa dalam menu bayi kita. Namun serbuk ayam yang satu ini lain daripada yang lain. Penambahan batang seleri yang dimasak sekali dan kemudiannya dikisar halus buat anak sihat. Bukan menambah rasa sahaja bahkan khasiatnya pun baik untuk anak kita.
Resipi ringkas tetapi sihat dan berkhasiat yang dikongsikan oleh Puan Ana Maria menerusi grup Happy Baby Foods Malaysia ini mama wajib cuba. Potong batang saleri kecil dan tumiskan hingga lembut. Jom cuba!
Homemade chicken powder Umi style. Selalu orang buat guna isi ayam semata kan. Saja umi try tumis dengan unsalted butter dan campur dengan celery. Serius bau wangi ja serbuk ayam ni.
Ads
2 ketul dada ayam
1/2 batang celery
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit unsalted butter
Tumis bawang dengan unsalted butter sampai lembut.
Cuti sekolah yang panjang ditambah pula dengan musim panas ini, apa kata kita buatkan anak dengan aiskrim malaysia di rumah. Barulah anak seronok sepanjang bercuti.
Perisa apa? Lain dari yang lain, aiskrim Malaysia dengan filling cream cheese ini mama kena cuba. Memang terlajak sedap resipi perkongsian Nurul Zainuddin ini.
Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Memang saya minat berniaga tapi saya ni tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah.
Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha. Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ni antara aiskrim saya yang hot selling.
Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula
Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)
2 sudu susu pekat
Piping bag
Plastik untuk aiskrim jangan lupa
Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.
Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.
Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu.
Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang memgikut saiz plastik yang korang guna. Banyak tau. Hehe
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk anak kecil yang berusia bawah usia 2 tahun, sebaiknya biarlah ibu yang menyediakan homemade food untuk mereka. Bukan sahaja lebih diyakini, ibu juga akan menjadi teruja untuk mencuba pelbagai resipi baharu.
Biarpun sudah banyak resipi Chicken Feet Stock (CFS) yang boleh dijadikan rujukan, mungkin para ibu boleh mencuba versi Tasha Manshahar pula. Selesa menyediakan makanan untuk anaknya sendiri, Tasha berkongsi resipi mudah menyediakan stok ini.
Selain banyak khasiat, cfs ni juga digunakan sebagai perasa dalam makanan anak. Lebih kurg mcm chicken stock kita guna utk masak makanan org dewasa tu, tapi ni semua 100% natural ingredients WITHOUT salt/msg/sugar. Banyak menu makanan anak boleh masak guna cfs ni tau. Atas sebab itulah, si mommy gigih ya buat cfs haritu 🤪
Bahan-bahan: Kaki ayam dalam (8 – 10 ketul) Leher ayam (8 – 10 ketul) Bawang putih (4 – 5 ulas) Bawang merah/holand (1 biji besar) Carrot (1 batang) Celery (1 batang) Tomato (2 biji) – tapi sebab tomato tak cukup, i letak lemon slice jugak Sup bunjut
Cara-caranya: Masukkan semua bahan dalam periuk (i guna periuk tanah), isi air, reneh dgn api perlahan dalam 4 – 5 jam sampai kuah dia warna brownish and semua bahan layu dan hancur. Tutup api, biarkan sejuk dulu. Tapis ambil air dia sahaja masukkan dalam ice tray. Kemudian, bekukan. Boleh ambil satu cube bila nak masak.
Saiz heart shape ice tray i ni agak besar, so mungkin i boleh belah dua nanti. Ikutlah kreativiti kita. Yg makan nanti anak kita, bukan anak dia, so why boderrrr. Tibeh kan defensive 😂 Slide utk tengok proses secara ringkas. #muammarmakan
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.