Kebenaran merentas negeri seakan satu semangat baru untuk seluruh ahli keluarga menyambut sambutan Aidil Fitri yang masih berbaki. Kunjungan pulang ke kampung pastinya hambar tanpa juadah yang turut di bawa bersama.
Kek antara juadah yang cukup enak disediakan untuk sekeluarga. Bosan dengan kek marble, kek coklat atau aneka kek lain, apa kata kita cuba sediakan Castellah Cake pula untuk keluarga.
Kek ringkas tetapi sedap dan gebu yang dikongsikan oleh Ida Osman ini nampak cukup mudah disediakan. Warnanya pun cukup hebat untuk menarik perhatian anak-anak kita. Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh beliau.
Castella Cake
Bahan-bahan:
160gm tepung kek
Secubit garam
100gm minyak
150gm susu dutchlady
5 bj kuning telur B
6 bj putih telur B
130gm gula caster
1/4 st cream of tartar
Ayak tepung, satukan dengan garam. Minyak di panaskan (jangan terlalu panas) tutup api dan masukkan tepung. Kacau laju hingga tepung mnjadi likat. Jika perlu hidupkan api perlahan sahaja hingga tepung likat.
Masukkan tepung ke dalam mngkuk lain. Tuang susu perlahan-lahan sambil memutar hingga adunan sebati. Masukkan pula kuning telur. Putar rata.
Dalam mngkuk lain, putar pula putih telur dengan cream tastar sambil tuang gula caster. Putar hingga menjadi meringue soft peak.
Kaup balik meringue ke dalam adunan tepung tadi. Adun hingga adunan benar-benar rata. *Kalau suka ketika ini bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk di letak pewarna. * atau boleh sahaja dibakar terus.
Bakar kaedah steam bath suhu 170 selama 30 minit. Turunkan suhu 150 dan terus bakar 60 min. Terakhir keluarkan loyang kek dari loyang steambath tadi dan terus bakar kek suhu 110 kira-kira 15 minit.
** Suhu oven yang dinyatakn di atas adalah sekadar untuk rujukan. Sila bakar ikut kesesuaian oven masing-masing ye. ** cream of tartar boleh digantikan dengan jus lemon. ** steambath ~ loyang kek diletakkn di dalam loyang lain yang berisi air panas.
Tercari-cari resipi kek terbaik untuk hari raya nanti? Cuba ubah kelainan dengan Kek Ogura Unikorn yang pastinya buat anak-anak teruja hendak makan. Menariknya kek yang satu ini bukan hanya cantik malah diperbuat daripada bahan-bahan istimewa antaranya penambahan santan yang membuatkan kek lebih lembut dan berlemak rasanya.
Resipi ringkas tetapi sedap yang dihasilkan oleh Noriza Jaja ini mama wajib cuba. Barulah anak-anak teruja di pagi raya. Senang, mudah dan sedap! Jom cuba.
Siapa suka unikorn? Ramai kan. Hari ni akak buat kek ogura bertemakan unikorn. First time buat tak berapa kemas dan cantik tapi akak share juga la ye.
KEK OGURA UNIKORN
BAHAN A:
5 kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1/4 sudu garam halus
70 gram minyak jagung
95 gram santan pekat kotak
70 gram tepung kek (diayak)
BAHAN B:
5 putih telur
70 gram gula kastor
1/4 sudu jus lemon @cuka masakan
Pukul ringan telur kuning dan sebiji telur. Masuk minyak jagung, santan dan garam. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan kacau. Kemudian tapiskan adunan. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga berbuih dan masuk jus lemon dan gula kastor sikit-sikit hingga habis. Pukul hinggga jadi soft peak (kembang gebu bertanduk).
Masuk adunan meringue putih telur sikit-sikit ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan whisk hingga adunan jadi sebati.
Bahagi adunan kepada 4 bahagian dan masuk warna unikorn iaitu biru turquoise, kuning lemon, pink dan ungu.
Lapik loyang 7″@8″ dengan baking paper. Tak perlu lenser dengan butter.
Letak setiap adunan warna secara rawak bertindan-tindan hingga habis. Hentak loyang unttk keluarkan buih udara.
Bakar guna kaedah waterbath suhu 160°c selama 1 jam atau hingga masak ikut oven masing-masing ye. Keluarkan loyang waterbath dan bakar lagi kek dalam 10 minit untuk keringkan bawah dan tepi kek.
Lepas kek masak stay dalam oven sekejap. Renggangkn pintu oven skit lepas tu keluarkan dari oven dan keluarkan kek. Tunggu sejuk dan potong.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Resipi Tat Cadburry Kulit Rapuh Inti Coklat Tak Cukup Makan Sebiji Dua!
Cuba Biskut Raya Unicorn Pula
Tak cukup dengan kek raya, apa kata kita buatkan anak yang cukup gemar dengan siri kartun My Little Pony ini dengan biskut unicorn pula. Barulah meriah dan gembira di pagi raya. Jom cuba resipi biskut ni pula.
Tak Payah Pakai Mixer, Kacau Dengan Senduk Pun Jadi, Comelnya Samperit Cheese Unicorn Ni!
Jika dulu ibu menunggu waktu hujung minggu untuk menyiapkan kek dan biskut untuk anak, kini tidak lagi. Tempoh PKP yang panjang ini membolehkan ibu mencuba segala jenis resipi yang sebelum ini tersimpan kemas.
Tak perlu tunggu menjelang raya, biskut samperit comel ini boleh mama cuba sepanjang tempoh PKP ini dengan tenang. Anak-anak boleh jadi pembantu setia. Jom cuba resipi comel yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulayka ini.
Salam semua, terima kasih semua yang kata samperit ibu comei. Sebagai tanda terima kasih hari ni ibu share lagi sekali resepi berserta cara buat samperit ni ye.
Ni bahan-bahannya…
400gm tepung jagung (sepeket)
1 ketul butter
50gm Cream cheese
4 sudu besar tepung custard
1/2 tin susu pekat
1 tutup esen vanilla
Choc chip
Ni kejadian lepas letak butter, cream cheese, esen vanilla dan susu. Tak payah pakai mixer, kacau je dengan senduk. Kacau manja-manja je. JANGAN KACAU SAMPAI KEMBANG.
Dah agak-agak sebati, masukkan tepung custard. Banyak macam tu tau, 4 sudu makan.
Dah jadi doh yang lembut, licin dan tak lekat kat tangan macam kat gambar tu. Bahagikan 3 bahagian, 2 kecil dan 1 besar.
1 bahagian kecil letak warna biru atau warna apa-apa yang korang suka. 1 bahagian lagi letak warna merah atau warna apa-apa yang korang suka juga.
Lepas tu korang cubit-cubit doh tu dan uli macam kat atas tu. Ibu syorkan korang gunakan warna-warna lembut dan kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.
Lepas tu satukan doh yang korang cubit tadi tu then uli dia jadi macam dalam gambar tu. Dah tu, korang ambil sikit.
Letak dalam acuan macam kat atas tu, lepas tu tekan la. Jangan letak penuh acuaan, buat sikit-sikit dulu. Masa ni korangg terap siap-siap adunan samperit ni sampai siap sebab masa ni adunan sangat senang & mudah cantik untuk di terap. Ni ibu pakai acuan tembaga bunga pecah 12.
Sementara korang nak letak choc chip atas dia, panaskan oven 10 minit. Dah siap semua, bakar suhu 170°c selama 40 minit atau sampai masak, ikut oven masing-masing. Api atas bawah ye.
Tip: Nak tau dia atau belum, korang tolak sikit dia meluncur laju. Kalau agak-agak kesat tu, belum masak lagi lah tu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek span antara sajian yang enak dinikmati ketika minum petang. Biasalah bila petang-petang anak-anak mesti hendak makan biskut, kek dan roti. Resipi kek span keladi yang dikongsikan oleh T-hah T-hah ini nampak sangat menyelerakan.
Selain warnanya yang menarik, teksturnya yang lembut dan gebu membuatkan rasa tak sabar untuk menjamah. Kalau biasanya mama selalu masak kek coklat atau kek mentega untuk anak-anak, kali ini mari cuba pula kek span keladi.
Resipi Kek Span Keladi, Lembut, Gebu
CARA MEMBUAT KEK SPAN KELADI
BAHAN MERINGUE:
6 biji putih telur A @ B
3/4 cawan gula kastor (kalau gula pasir guna 1/2 cawan sahaja)
1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti 1 sudu besar jus lemon)
BAHAN KEK:
6 biji kuning telur A @ B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu teh yam emulco (perisa keladi)
1 cawan tepung naik sendiri
Pewarna ungu dan putih
Menu Minum Petang Anak-anak
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat Meringue, pastikan bekas adunan bersih dari air @ minyak. Mula-mula pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul lagi dengan medium speed.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat sambil pukul dengan high speed hingga stiff peak (bertanduk). Bila diterbalikkan bekas adunan tak jatuh. Ketepikan.
3. Untuk kek, satukan kuning telur, santan, minyak, yam emulco atau perisa keladi. Pukul lagi dengan medium speed dalam 3-4 minit hingga kembang.
4. Masukkan tepung dan pukul sekejap saja dalam 1 minit.
5. Masukkan meringue sedikit demi sedikit secara 3 peringkat sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di campur dengan pewarna unggu & satu lagi di campur dengan pewarna putih. Kalau tak ada, boleh di biarkan kosong saja atau boleh nak warnakan dengan warna lain.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 150°c selama 10 minit guna api bawah.
8. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin & alas dengan baking paper di bawah & tepi loyang.
9. Sudukan adunan putih sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah loyang.
10. Kemudian sudukan pula adunan ungu di atasnya. Jangan di kacau.
11. Ulang lagi langkah yang sama hingga habis. Di akhirnya, sudukan 3 sudu, kemudian 2 sudu & atas sekali 1 sudu.
12. Tutup bahagian atas dengan adunan unggu. Kemudian, campur sedikit lagi pewarna ungu supaya lebih terang.
13. Tompok-tompokkan dengan sudu, ambil lidi kecil, tarik di tengah tompok tu menjadi bentuk love/daun.
14. Hentakkan sedikit loyang supaya tiada rongga udara/lubang setelah dibakar nanti.
15. Masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Isi air panas hingga 1/4 dari loyang kek. Teknik ni ialah “water bath”.
16. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam di rak tengah menggunakan api bawah dulu.
17. Kemudian, 5 minit lagi bakar api atas sahaja di rak paling bawah hingga sedikit keperangan di atasnya.
18. Bila cucuk dengan lidi ia bersih bermakna kek sudah masak.
19. Sebaik keluar dari ketuhar, terus terbalikkan kek ke atas jaring dan terbalikkan semula ke atas.
Ada waktunya, ibu mulalah kehabisan idea untuk memasak di rumah. Bosan asyik ulang menu yang sama saban minggu, apa kata pada hari cuti ini kita sediakan menu special tetapi paling mudah hendak di sediakan. Malah bahan yang digunakan juga teramatlah ringkas. Hanya gunakan tiga bahan utama sahaja dan pastinya bahan utamanya iaitu bawang putih yang cukup tinggi khasiat pada badan kita.
Menu jimat ini merupakan resipi dari Bangkok yang menjadi menu tradisi Myra Chanqkey. Cara hendak menyediakannya juga tidaklah mengambil masa yang agak lama. Malah mudah dan senang. Anda wajib mencubanya!
Dulu Arwah Mak selalu masak ni. Resipi dari arwah nenek asal Bangkok. Sedap nasi bertambah-tambah, lauk ni pun cukup. Bahan pun mudah cepat & sedap.
Daging Bawang Putih
1 labu Bawang putih* 15 biji Cili Padi* (boleh dikurangkan untuk anak) 1 biji Cili Merah*
Blend Semua*
Daging 350g
2 sb minyak masak. Tumiskan bahan blend.
Kemudian masuk daging.
Tambah Air sikit biar daging empuk bersama garam, gula dan serbuk perasa.
Biar sampai air kering.
Siap.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Buat julung-julung kalinya, Pa&Ma membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur yang diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).