Jadikanlah ia satu tabiat yang manis—setiap kali suami mahu melangkah keluar bekerja, isteri ‘claim’ dulu ciuman di dahi atau kening. Nampak kecil, tapi sebenarnya besar maknanya.
Ciuman hangat sebelum keluar rumah mampu beri semangat kepada suami, dan pada masa yang sama, mengalirkan bahagia ke dalam jiwa si isteri. Rasa cinta dan rindu pun terikat erat, buat isteri tak sabar nak tunggu suami pulang ke pangkuan.
Lebih indah lagi, bila budaya ini turut diamalkan bersama anak-anak. Ciuman kasih dari ibu dan ayah akan menjadikan anak-anak lebih positif, penyayang, dan menghormati ibu bapa mereka. Inilah kasih sayang yang tak perlu kata-kata panjang — cukup dengan sentuhan lembut yang menyentuh hati.
Ads
Mencium Itu Ibadah, Bukan Sekadar Gaya Hidup
Tahukah anda, mencium anak adalah ibadah yang tinggi nilainya? Setiap kali mencium anak, Allah balas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat itu pula adalah 500 tahap berbeza! Bahkan, siapa yang pulang ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya akan mendapat rahmat dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Dengan membiasakan diri mencium anak sendiri, perasaan kasih akan terpahat dalam jiwa. Ia mencegah perbuatan kasar atau penderaan terhadap anak, kerana hormon cinta dan kasih yang terhasil melalui sentuhan ini menyatu dalam minda dan hati ibu bapa.
Ads
Sentuhan Kasih yang Menggugurkan Dosa
Bila isteri bersalam dan mencium tangan suami, bukan sekadar tanda hormat—bahkan gugurlah dosa-dosa kecil isteri itu. Besarnya restu seorang suami dalam rumah tangga, dan indahnya pahala yang dikutip hanya dengan kucupan penuh kasih.
Suami juga akan mendapat ganjaran jika mencium dahi isteri—bukan sekadar menggembirakan hati si isteri, tapi juga melunakkan jiwa suami sendiri.
Malah, tidur berbantalkan lengan suami atau dalam pelukannya itu, adalah kehangatan emosi yang ramai terlepas pandang. Ia bukan hanya mengikat cinta, tetapi juga mengukuhkan kepercayaan antara dua hati.
Ciuman Suami, Penawar Jiwa Isteri
Untuk para suami pula, mencium isteri adalah satu bentuk ibadah yang diberkati. Ciuman itu bukan hanya simbol cinta, tapi juga penenang jiwa untuk isteri yang penat, risau, atau sedang sedih. Ia mampu menukar hari suram menjadi ceria, dan dari air mata menjadi senyuman.
Ads
Inilah sunnah Rasulullah SAW yang wajar diikuti, yang menjadikan rumah tangga sebagai tempat paling selesa dan membahagiakan.
Tak Rugi Sayang, Rugi Kalau Malu
Jadikan amalan mencium pasangan dan anak-anak sebagai budaya yang bermula sejak awal perkahwinan. Bila dah terbiasa dari awal, taklah kekok bila anak-anak sudah membesar nanti. Sedih sebenarnya bila ada yang sudah berkahwin, tapi masih segan untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan dan anak sendiri.
Ingat ya… Cium anak, dapat pahala. Cium suami, gugur dosa. Cium isteri, bahagia selamanya. Tapi… janganlah bercium di tempat awam, simpan manis tu untuk tatapan eksklusif keluarga sahaja!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaquan Adha kongsi nama anak ke 7, comel Muhammad Aisy Al Raees, hidung mancung. Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan anak ke tujuh pada 2 Ogos lalu. Bayi lelaki pasangan itu dilahirkan dengan berat 2.3 kilogram.
Zaquan Adha Kongsi Nama Anak Ke 7, Comel Muhammad Aisy Al Raees, Hidung Mancung
Menerusi satu perkongsian video di laman Instagramnya, Zaquan berkongsi wajah anak ke tujuh serta memaklukmkan nama anak ke tujuhnya itu. Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha, nama jadi pilihan. Setiap nama anak lelaki dipangkalnya ada nama ‘Muhammad Aisy.’
Dalam video tersebut memaparkan wajah Muhammad Aisy Al Raees baring di dalam buaian rotan yang merupakan warisan turun temurun.
Hantaran Zaquan dihujani komen-komen di kalangan warga maya. Ramai yang geram dengan kecomelan bayi ke tujuh pasangan bahagia itu.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga dengan Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam yang berusia setahun.
Keletah comel anak-anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza sering mendapat perhatian ramai. Kedua-dua beradik itu selalu mencuit hati peminat dengan aksi bersahaja dan comel. Baru-baru ini, Tokti ada memuatnaik sebuah video di akaun media sosialnya yang menunjukkan Aafiyah dan Afwa menjadi chef.
Di dalam video tersebut, Tokti memberitahu dia mempunyai dua orang chef dan bertanya tentang masakan mereka. Aafiyah kemudian memberitahu yang mereka berdua menyediakan roti bakar utuk ibu mereka.
Paling comel, Afwa hanya mengikut apa yang disebut kakaknya. Bagi menghargai usaha anak-anaknya, Tokti kemudiannya memuji roti bakar tersebut nampak sedap dan mengucapkan terima kasih kepada Aafiyah dan Afwa.
Sebenarnya sangat bagus apabila kanak-kanak bermain pretend play seperti ini kerana ia dapat merangsang daya imaginasi serta memantapkan skil bersosial mereka. Biarpun nampak remeh, tetapi galakan dari ibu ayah yang mendorong kreativiti anak ini sangat membantu perkembangan emosi mereka.
Pada ibu ayah mungkin pujian ringkas nampak remeh tetapi sebenarnya membei impak yang besar kepada anak-anak. Mereka akan lebih bersemangat dan sentiasa positif untuk terus menjadi kreatif pada masa akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersemut habis ucapan hari lahir Almy Nadia buat suami tercinta. Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz lahir pada 22 Oktober 1979.
Bersemut Habis Ucapan Hari Lahir Almy Nadia Buat Suami Tercinta
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh isterinya, Datin Almy Nadia, ucapan hari lahir oleh Almy itu menarik perhatian warga maya. Padat, romantik dan ‘bersemut.’
Berikut perkongsian Almy Nadia di laman Instagramnya.
Today is your day sayang.
Selamat hari jadi sayang @fizzfairuzofficial ,mama sentiasa doa untuk sayang.. semoga sayang panjang umur,sentiasa murah rezeki..
Sayang no 1 in my heart(ckp omputih wei). Mama sentiasa doa apa saja yang sayang nak dimakbulkan ok… mama dan anak-anak. 5A(Arianna/Aurora/Ayra/Aisyah/Alisya) love you so much tau…. Maaf mama tak dapat kasi hadiah sebab mama tak work work..
Mama kasi hadiah anak baru laa yerk alisya…thank you love sebab dah buat yang terbaik untuk mama dan anak-anak, sentiasa dahulukan mama dan anak-anak dalam apa segala hal, sentiasa ada dengan mama dan anak-anak.
Fizz Fairuz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 26 April 2014. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.
Pasangan ini dikurniakan lima anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3 dan Nur Alisya yang dilahirkan pada 18 September lalu. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.