Ads

Hanya Upload Gambar Asal Kepada ChatGPT! Hasil Memang Cantik, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Prompt!

Isi Kandungan

Sejak kebelakangan ini, media sosial Threads dibanjiri perkongsian gambar keluarga yang dihasilkan semula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Hanya dengan memuat naik sekeping gambar asal dan memasukkan arahan atau prompt tertentu ke dalam ChatGPT, pengguna boleh menghasilkan pelbagai versi foto yang kelihatan lebih kreatif, kemas dan seolah-olah dirakam di studio profesional.

Trend ini membuatkan ramai mula berasa FOMO kerana hanya menggunakan satu gambar asal, pelbagai konsep baharu boleh dihasilkan tanpa perlu menjalani sesi fotografi tambahan.

Sebagaimana perkongsian wanita ini, dia berkongsi beberapa ayat prompt yang membuatkan menjadi ikutan ramai. Memang hasil cantik!

Hanya Upload Gambar Asal Kepada ChatGPT! Hasil Memang Cantik, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Prompt!

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Trend ChatGPT Ubah Foto Keluarga Jadi Viral

Apa yang menarik, pengguna tidak semestinya perlu menyediakan banyak gambar daripada sudut berbeza. Berdasarkan perkongsian yang tular, hanya satu foto keluarga digunakan sebelum diolah kepada beberapa konsep baharu menggunakan ChatGPT.

Antara hasil yang dikongsikan termasuk potret ala studio, gambar hitam putih, susunan keluarga yang lebih kreatif serta kolaj bayi yang kelihatan seperti sesi fotografi profesional.

Bermula Dengan Gambar Keluarga Berlatar Belakang Kayu

Hanya Upload Gambar Asal Kepada ChatGPT! Hasil Memang Cantik, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Prompt!

Dalam gambar asal, pasangan suami isteri bergambar bersama empat orang anak mereka. Si ibu duduk di bahagian hadapan bersama tiga anak perempuan, manakala si ayah berdiri di belakang sambil mendukung bayi lelaki mereka.

Kesemua ahli keluarga mengenakan pakaian tradisional dalam rona merah jambu dan hijau lembut. Tiga anak perempuan memakai busana bercorak bunga yang sepadan, manakala bayi lelaki pula mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu.

Foto tersebut dirakam di dalam sebuah ruangan berlatar belakang dinding kayu. Walaupun gambar asal sudah kelihatan cantik dan tersusun, hasil suntingan AI memberikan suasana serta gaya yang cukup berbeza.

Trending artikel: Bantuan MamaKerja Kini RM10 Juta! Lagi 5000 Ibu Bekerja Terima Insentif RM1,000

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Wajah Bayi Dijadikan Kolaj Comel

Salah satu hasil yang paling mencuri perhatian ialah kolaj khas bayi lelaki keluarga berkenaan.

Ads

Wajah dan pakaian bayi itu dikekalkan hampir menyerupai gambar asal, namun latar belakangnya ditukar kepada warna krim yang lebih bersih dan minimalis. Bayi tersebut kemudian dipaparkan dalam pelbagai ekspresi dan gaya berbeza.

Ada gaya bayi sedang meniarap, duduk sambil tersenyum, mengenyitkan mata, melompat dan memegang minuman. Hasilnya kelihatan seperti sesi fotografi bayi profesional di studio.

Namun begitu, aksi seperti memegang minuman atau melakukan pergerakan tertentu merupakan elemen janaan AI dan bukannya situasi sebenar ketika gambar asal dirakam.

Potret Hitam Putih Dengan Susunan Lebih Kreatif

Hanya Upload Gambar Asal Kepada ChatGPT! Hasil Memang Cantik, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Prompt!

Foto keluarga itu turut diubah menjadi potret hitam putih berkonsepkan studio.

Dalam versi ini, semua ahli keluarga disusun secara menegak. Si ayah berada di bahagian paling atas, diikuti ibu, tiga anak perempuan dan bayi lelaki di bahagian hadapan.

Ini ayat prompt:

Using the attached images as reference, create a dramatic black-and-white studio portrait of a playful family of five stacked vertically in a creative pose. The father stands at the back/top, resting his hands gently on the mother’s head, making a funny puckered-lip expression and winking.The mother is centered beneath him, also winking and making a playful kiss face, with her hands resting on the child’s head.The young child sits in front at a table, mimicking the same cute puckered expression.

Mereka digayakan dengan ekspresi wajah yang hampir sama seperti mengenyitkan mata dan memuncungkan bibir. Setiap ahli keluarga turut meletakkan tangan di atas kepala individu di hadapan mereka sehingga menghasilkan komposisi yang santai, lucu dan mesra.

Latar belakang putih bersama tona hitam putih menjadikan gambar tersebut kelihatan klasik dan elegan seperti hasil photoshoot studio.

Ads

Gambar Keluarga Jadi Lebih Rapat Dan Minimalis

Hanya Upload Gambar Asal Kepada ChatGPT! Hasil Memang Cantik, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Prompt!

Selain itu, AI turut menghasilkan potret jarak dekat berlatar belakang putih.

Dalam versi ini, wajah ibu dan ayah hanya kelihatan separuh di bahagian kiri dan kanan gambar, manakala keempat-empat anak berada di tengah sebagai fokus utama.

Cara nak prompt:

Create a minimalist studio portrait featuring 6 people. The man and the woman positioned side by side with only half of each face visible. The man is on the left and the woman is on the right, both perfectly aligned with shoulders at the same height. Preserve their exact facial features, expressions, and hairstyle. Use a clean pure white background with soft professional studio lighting, high-end beauty retouching, natural skin tones, and ultra-sharp details.

Walaupun pakaian serta wajah setiap ahli keluarga masih menyerupai gambar asal, kedudukan mereka diubah supaya lebih rapat dan kemas. Hasilnya memberikan suasana seperti potret editorial keluarga yang moden dan minimalis.

Tak Perlu Ulang Photoshoot Dengan Anak-Anak

Hanya Upload Gambar Asal Kepada ChatGPT! Hasil Memang Cantik, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Prompt!

Bagi ibu bapa, mendapatkan satu gambar keluarga yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ada anak yang enggan memandang kamera, ada yang meragam dan ada juga yang sukar duduk diam.

Cara promp:

Ads

Gunakan foto referensi wajah asli. latar belakang sama seperti difoto. Pencahayaan warm, soft, clean, dengan bayangan halus. Di sekelilingnya tambahkan beberapa versi karakter chibi mini (3D cute style) dari dirinya, tetap mempertahankan ciri wajah asli. Karakter chibi memiliki berbagai pose dan ekspresi: melompat ceria melambaikan tangan duduk santai memegang minuman ekspresi lucu dan playful.

Disebabkan itu, trend ini menjadi pilihan ramai kerana mereka boleh menghasilkan beberapa konsep gambar hanya menggunakan satu foto yang sudah tersedia.

Tidak perlu mengatur semula pakaian, membawa anak ke studio atau mengulangi sesi bergambar berkali-kali. Pengguna hanya perlu memilih gambar yang jelas sebelum memberikan arahan yang lengkap kepada ChatGPT.

Warga Threads lain turut berkongsi hasil prompt yang cute-cute!

Hanya Upload Gambar Asal Kepada ChatGPT! Hasil Memang Cantik, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Prompt!

Hanya Upload Gambar Asal Kepada ChatGPT! Hasil Memang Cantik, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Prompt!

 

Prompt ChatGPT Yang Jelas Penting Untuk Hasil Lebih Menarik

Untuk mendapatkan hasil terbaik, arahan atau prompt perlu ditulis dengan jelas dan terperinci.

Nyatakan konsep gambar, susunan ahli keluarga, warna latar belakang, ekspresi wajah, pencahayaan, gaya fotografi serta pakaian yang ingin dikekalkan. Pengguna juga disarankan meminta AI mengekalkan ciri wajah asal supaya hasilnya lebih realistik.

Berikut contoh prompt yang boleh digunakan:

Hasil AI Tidak Semestinya Seratus Peratus Sama

Walaupun hasilnya sangat menarik, pengguna perlu memahami bahawa imej tersebut ialah gambar janaan AI dan bukannya foto sebenar.

Ada kemungkinan bentuk wajah, jari, tangan, corak pakaian atau kedudukan badan berubah daripada gambar asal. AI juga boleh menghasilkan ekspresi atau aksi yang sebenarnya tidak pernah berlaku ketika gambar asal dirakam.

Oleh itu, setiap hasil yang dijana perlu diperiksa dengan teliti sebelum dikongsi di media sosial, dicetak atau digunakan bagi tujuan rasmi.

Pertimbangkan Privasi Sebelum Memuat Naik Gambar Anak

Dalam keterujaan mengikuti trend ini, ibu bapa juga perlu memberi perhatian kepada aspek privasi, khususnya apabila melibatkan gambar anak-anak.

Elakkan memuat naik gambar yang memaparkan dokumen penting, alamat rumah, nama sekolah, nombor kenderaan atau maklumat lain yang boleh mengenal pasti identiti keluarga. Semak juga polisi privasi platform AI yang digunakan sebelum memuat naik sebarang gambar.

Teknologi AI sememangnya membuka peluang kepada orang ramai untuk menghasilkan potret keluarga yang kreatif tanpa perlu mengadakan sesi fotografi baharu. Namun begitu, gunakan teknologi ini secara berhemah kerana gambar asal tetap mempunyai nilai sentimental yang tidak boleh digantikan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Bahaya Menakutkan Anak Dengan Hantu

Bahaya Menakutkan Anak Dengan Hantu, Kesan Emosi Yang Ramai Ibu Bapa...

Menakutkan anak dengan hantu mungkin membuatkan anak cepat menurut, tetapi ia boleh memberi kesan buruk terhadap emosi, rasa selamat dan kepercayaan kepada ibu bapa. Ketahui kesan serta cara mendidik anak tanpa ugutan.