Tidak seperti hari biasa, musim cuti sekolah terasa lebih menguji kemahiran mak-mak di dapur. Ada saja permintaan anak-anak di sepanjang cuti sekolah ini.

Coklat lebihan di rumah terutama coklat putih, apa kata mama olah jadikan coklat rangup dengan Cornflakes. Lain macam sedapnya. Jom cuba perkongsian resipi Zeeda Hasain.


Tempoh hari saya minta adik belikan sedikit white chocolate nak buat hiasan dekat kek. Tapi dia beli satu bar yang sangat besar.

Tercari-cari resipi yang boleh habiskan white chocolate ni. Tadaa muncul pula satu resepi yang sangat mudah dekat reels. Saya guna 3 bahan sahaja.

Coklat Putih Lebih Tak Guna, Boleh Cuba Resipi Cornflakes Tiga Bahan Ni, Rangup Betul!

Bahan-bahan:
1. White Chocolate Bar/Coin
2. Satu sudu besar butter
3. Cornflakes (guna yang biasa, jangan guna honey terlampau manis nanti)

Coklat Putih Lebih Tak Guna, Boleh Cuba Resipi Cornflakes Tiga Bahan Ni, Rangup Betul!

IKLAN

Mudah sangat caranya. Cairkan white chocolate dengan butter. Boleh double boil atau masuk dalam microwave.

Coklat Putih Lebih Tak Guna, Boleh Cuba Resipi Cornflakes Tiga Bahan Ni, Rangup Betul!

Campurkan cornflakes yang telah ditumbuk atau kisar serta boleh juga ramas kasar.

Menarik: Bulat-Bulat Comel, Pancake Mini Dengan Cereal, Air Tangan Superdaddy, Cute Betul!

IKLAN

Coklat Putih Lebih Tak Guna, Boleh Cuba Resipi Cornflakes Tiga Bahan Ni, Rangup Betul!

Ratakan nipis dalam loyang. Biarkan keras seketika.

Saya rasa biar diluar sahaja pun dah ok. Kalau letak dalam peti nanti macam susah sikit nak potong cantik.

Coklat Putih Lebih Tak Guna, Boleh Cuba Resipi Cornflakes Tiga Bahan Ni, Rangup Betul!

IKLAN

Sebenarnya saya buat untuk jamuan sekolah nephew saya, tapi sebab letak dalam peti ais, tak dapat nak potong terus pagi sebelum ke sekolah sebab keras.

Last-last beli cookies di 7-eleven bawa ke sekolah katanya.

Tapi tak apa boleh makan-makan di rumah dah berjaya potong lepas letak luar jap. Menarik juga dibuat as juadah raya rasanya.

Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI