Biskut florentine campuran pelbagai jenis kekacang adalah kudapan/biskut kekacang yang sangat rangup dan sangat mudah cara membuatnya. Masa penyediaan lebih kurang 15 minit ikut kepanasan oven masing-masing.

Sebenarnya biskut florentine ni hanya memerlukan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya. Kalau beli biskut ini agak mahal. Jika anak-anak pun suka ada baiknya buat sendiri.

RESIPI MENARIK [Senangnya Nak Buat Choco Ball Ni, Tak Guna Oven Pun, Gaul, Kepal Dah Boleh Makan!]

Walaupun modal nak buat biskut ni agak besar berbanding biskut lain, tapi sangat menguntungkan bila dah siap. Cara buatnya pun senang tak perlu nak uli. Cuma gaul semua jenis kekacang dengan tepung florenta dan bakar.

Biskut Florentine Karamel Crunchy! Penuh Kekacang & Guna Teknik Gaul, Bakar Je

Perkongsian melalui FB Haslina Binti Hamid melalui MAHN boleh membantu ibu yang masih belum tahu lagi cara nak membuat biskut ni.

Resipi ni boleh menggunakan paper cup yang jenis licin di dalamnya. Barulah tak melekat bila dah masak. Setiap sukatan yang nak dimasukkan ke dalam paper cup kena sama. Contoh jika satu sudu semua kena letak satu sudu sampailah habis.

IKLAN

Biskut Florentine Karamel Crunchy! Penuh Kekacang & Guna Teknik Gaul, Bakar Je

Jika rasa renyah, boleh letakkan terus dalam tray-lambak-bakar-potong dengan pisau masa panas-panas-siap!! cepat sikit habis, cepat siap! Terpulang pada anda suka yang jenis macam mana ya.

Biskut Florentine Karamel Crunchy! Penuh Kekacang & Guna Teknik Gaul, Bakar Je

Ikutlah anda suka style mana.

Biskut Florentine Karamel Crunchy! Penuh Kekacang & Guna Teknik Gaul, Bakar Je

IKLAN

Bahan-bahan:

1 bungkus tepung florenta
200g pumpkin seed
200g sunflower seed

Biskut Florentine Karamel Crunchy! Penuh Kekacang & Guna Teknik Gaul, Bakar Je

250g badam slice
100g bijan putih
100g bijan hitam(pakai separuh je)

IKLAN

Gaul semua sekali, boleh la masuk cup @ loyang(kalau loyang kena alas baking paper eh, senang nak angkat panas-panas lepas keluar oven & terus potong sebelum ia keras).

Biskut Florentine Karamel Crunchy! Penuh Kekacang & Guna Teknik Gaul, Bakar Je

Bagi yang gunakan paper cup tunggu sejuk sikit baru tolakkan biskut tu dari bawah ke atas. Barulah simpan dalam botol ya.

Bakar suhu ikut oven masing-masing. Sis punya oven 150 selama 15minit.. alaaa.. Agak-agak dah kuning tu, dah masak la tu.

RESIPI WAJIB CUBA [Ayam Percik Kelantan Style. Pertama Kali Buat Pun Confirm Jadi!]

Kredit Resipi: Haslina Binti Hamid

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI