Bila berdepan dengan masalah anak yang tidak suka makan, mama mulalah rasa runsing. Namun mama berdepan hal yang sama bila anak terlalu suka makan, hinggakan tidak ada idea untuk bekalkan anak dengan makanan. Kalau asyik membeli makanan di luar, sudahlah lari bajet, kandungan bahannya juga tidak diketahui samada baik atau tidak buat anak kita.

Jalan paling mudah dan tidak memeningkan kepala adalah menyediakan sendiri kudap-kudapan untuk anak. Buat lebih sedikit supaya dapatlah anak makan puas-puas setiap hari. Biskut viral 3 bahan ini antara yang disarankan buat mama. Punyalah senang nak membuatnya malahan bahan pun tak susah. Susu tepung anak, tepung dan butter, dah siap!

Tak Perlu Beli Snek Anak, Mama Buat Sendiri Lagi Awesome, Biskut Viral 3 Bahan Gebu & Cair Dalam Mulut!

 

Tiga ibu-ibu ini telahpun menyiapkan biskut buat bayi-bayi mereka. Sedap!

Resipi Puan Maisara Nasir. 

First time buat biskut untuk Afeeya kudap-kudap petang ni. Resepi yang mudah dan pakai kuantiti bahan yang sedikit je. Nanti kalau tak menjadi tak rasa rugi. Tapi alhamdulillah menjadi jugak. Sedappp cair di mulut. Feeling macam makan biskut makmur gitu. Rasa lemak-lemak manis susu. So Yummy!

Boleh follow resepi di bawah. Tapi kali ni saya bakar versi dapur gas.

Resepi mudah. Confirm menjadi. 💖

3 sudu unsalted butter
1 cawan tepung jagung (saya guna cawan rice cooker)
5 sudu susu tepung (saya guna susu fernleaf full cream )

IKLAN

Caranya:
1. Masukkan 3 sudu better ke dalam bekas. Pastikan tiada ketulan atau beku ya. Defrost sepenuhnya. Lembut sendiri, bukan dicairkan atas api atau teknik double boiled.
2. Masukkan susu tepung pula dan kacau-kacau dua bahan ini sampai betul-betul sebati. Kacau dengan tangan je. Susu yang saya guna ni memang manis berlemak.
3. Kemudian barulah masukkan tepung jagung dan uli-uli sehingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh mengikut citarasa mommy-mommy. Letakkan topping jika perlu.
5. Bakar dengan suhu 150 selama 20 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
6. Boleh di bakar versi dapur gas jika tiada oven. Saya bakar selama 30 minit.

Tak Perlu Beli Snek Anak, Mama Buat Sendiri Lagi Awesome, Biskut Viral 3 Bahan Gebu & Cair Dalam Mulut!Tak Perlu Beli Snek Anak, Mama Buat Sendiri Lagi Awesome, Biskut Viral 3 Bahan Gebu & Cair Dalam Mulut!  Tak Perlu Beli Snek Anak, Mama Buat Sendiri Lagi Awesome, Biskut Viral 3 Bahan Gebu & Cair Dalam Mulut!

Ibu ni, Ayuni Sukhi juga tidak ketinggalan mencuba biskut gebu lagi cair dalam mulut ni.

Sebab Aqil asfa tak berhenti mengunyah sekarang dah ada 6 batang gigi, ibu buat balik biskut untuk kudap kudap. Masa raya buat biskut kurma cheese, kalini ibu try buat biskut 3 bahan harap Aqil Asfa suka. Shift malam ibu malam ni buat biskut time dia tidur, kalau tak dia jadi assistant tak bertauliah la.

IKLAN

Tak Perlu Beli Snek Anak, Mama Buat Sendiri Lagi Awesome, Biskut Viral 3 Bahan Gebu & Cair Dalam Mulut!Tak Perlu Beli Snek Anak, Mama Buat Sendiri Lagi Awesome, Biskut Viral 3 Bahan Gebu & Cair Dalam Mulut!

Olahan ibu yang satu ini nampak menarik, Noor Aini Mohd Nazir menambahkan kurma dalam resipinya. Bukan hanya anak suka, mak mentua pun turut suka katanya. Wow.

Saya baru dapat siapkan biskut untuk Muhammad. Bukan sekadar anak saya je makan mak mertua saya pun makan. Dia minta saya buat biskut tanpa gula so saya gantikan dengan kurma. Resepi ni memang gebu dan cair di mulut.

1 unsalted butter 277g
3 cawan tepung gandum
3 sudu tepung jagung
Puri kurma

Cara saya rendam 5 biji kurma lenyek dalam tapis amik pati sahaja

Tak Perlu Beli Snek Anak, Mama Buat Sendiri Lagi Awesome, Biskut Viral 3 Bahan Gebu & Cair Dalam Mulut! Tak Perlu Beli Snek Anak, Mama Buat Sendiri Lagi Awesome, Biskut Viral 3 Bahan Gebu & Cair Dalam Mulut!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI