Sebulan dah usia Wan Khaleeda. Rasa macam baru lagi Fizo Omar berkongsi berita gembira yang isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 25 Jun lalu. Sebelum ini, Fizo pernah berkongsi yang anak sulungnya, Wan Maryam tak sabar tunggu adik baby keluar.
Kini setelah usia Wan Khaleeda lebih sebulan, jelas terpancar di wajah Maryam betapa gembiranya menjadi kakak setelah lima tahun tunggu.
Menurut Fizo dengan kelahiran anak Wan Khaleeda sekurang-kurangnya Maryam dah ada kawan untuk bermain bersama.
Meskipun jarang berkongsi berkenaan kedua – dua anaknya, Maryam yang kini berusia 5 tahun dan Wan Khaleeda, namun setiap perkongsian berkenaan mereka sentiasa dinantikan oleh peminat.
Terbaharu, video Maryam mengagah Khaleeda mencurii tumpuan ramai yang dikongsi oleh Fizo sendiri.
Pandai kakak agah adik
Ads
Menerusi video tersebut, Maryam mengagah sambil menari di hadapan adiknya yang sedang dipegang oleh Fizo.
Dengan menulis kapsyen, “Nasib baik ada sister Yam..” dan adik pula diam je sambil perhatikan kakaknya betul-betul nampak bonding antara dua beradik ini.
Rata–rata warganet terhibur melihat gelagat Maryam yang menghiburkan adiknya selain memuji kasih sayang yang ditunjukkan oleh Maryam.
Ads
Sebelum ini, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Disaat kita berbuka dengan pelbagai juadah, kuih-muih, pelbagai jenis air dan pelbagai jenis lauk-pauk, wanita ini bersama anak-anaknya hanyalah berbuka dengan telur hancur goreng untuk mengisi kekosongan perut.
Begitulah hari-hari yang dilalui Marsyila Zakaria bersama tujuh anaknya sepanjang Ramadan ini tiada beza dengan hari yang lain sejak hampir setahun lalu.
Bagi wanita berusia 35 tahun itu, dia dan anak-anak tiada lagi perasaan teruja untuk menyambut bulan mulia ini apatah lagi Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Pernah Berkongsi Nasi Berlaukkan Garam
Sejak suami ditahan di Pusat Pemulihan pada Ogos tahun lalu selama dua tahun, mereka pernah berkongsi nasi berlaukkan garam selama tiga hari kerana tiada wang membeli makanan.
Namun kerana tidak sanggup lagi melihat nasib anak-anak, Marsyila menebal muka mengetuk pintu rumah jiran untuk meminta telur yang digorengnya hancur-hancur bagi menukar selera mereka.
Bagi dirinya, biar seorang ibu tidak makan namun jangan sampai anak-anak kebuluran.
Hanya Bekerja Mencuci Pakaian
Marsyila memberitahu dia hanya bekerja mencuci pakaian di rumahnya yang dihantar orang ramai dengan bayaran RM5 sebakul. Katanya baju itu dicuci menggunakan tangan dan sabun basuh sendiri.
Sekiranya tidak menerima baju hari tersebut, dia akan keluar dengan berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk mencari rumah-rumah yang ingin dibersihkan.
Jelasnya, bayaran yang dikenakan hanya RM30 untuk membersih rumah dan pakaian sekali.
Anak-Anak Kecil Dijaga Anak Yang Paling Tua
Tambahnya sayu, sekiranya masih tiada lagi rezeki untuk hari itu, dia akan mencari restoran untuk meminta kerja mencuci pinggan dengan bayaran RM10.
Sepanjang dia keluar mencari kerja, anak-anak yang masih kecil akan dijaga abang mereka yang berusia 13 tahun dan kini sudah dua bulan tidak pergi ke sekolah.
“Saya bukan jenis meminta dan saya bersyukur kerana kadang-kadang ada jiran yang hulur bantuan.
“Saya akan mencari kerja dahulu dengan kudrat yang ada namun pernah sampai satu ketika memang kami terputus bekalan makanan.
Tidak Sanggup Lagi Ketuk Rumah Jiran
“Saya beri anak-anak makan nasi berlaukkan garam selama tiga hari dan pernah jadikan garam sebagai sup sehingga saya tidak sanggup lagi dan pergi ketuk rumah jiran untuk minta telur yang goreng hancur-hancur untuk digaul dengan nasi dan sedikit garam untuk ubah selera mereka,” katanya sambil mengalir air mata.
Marsyila yang ditemui MalaysiaGazette di PPR Tun Razak Bandar Tasik Selatan di sini hari ini, mempunyai anak berusia antara setahun hingga 15 tahun.
Anak sulungnya tinggal di Asrama Asnaf Darul Takwa Sungai Besi di sini.
Dua Anak OKU
Kisah wanita itu menggambarkan antara keperitan hidup masyarakat di ibu kota yang tidak menyangka akan berdepan ujian getir kerana sebelum ini suaminya yang menyara keluarga dengan membuat kerja-kerja pendawaian elektrik dengan pendapatan mencecah RM2,000.
Ini kerana, anak ketiga dan keempatnya dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Tetapi anak ketiganya meninggal dunia enam tahun lalu.
Keluarga ini turut mendapat bantuan barangan asas daripada Baitumal bernilai RM300 seperti beras, susu pekat, minyak dan tepung, selain bantuan ubatan untuk anak OKU sebanyak RM350 daripada Jabatan Jabatan Kebajikan Malaysia.
Alhamdulillah Anak Jenis Faham Dan Tak Minta Makanan Sedap
Marsyila berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menyediakan makan dan minum yang sedap dan mewah, namun cukuplah untuk mengisi perut anak-anak.
Katanya, makanan seperti ayam sudah lama tidak dibeli kerana harganya yang mahal kecuali pemberian jiran-jiran.
“Alhamdulillah, anak-anak saya jenis faham dan tidak meminta makan yang sedap. Pernah susu anak habis, saya bancuh susu pekat untuk diberikan kepada meraka.
Anak Masih Menyusu & Memakai Lampin Pakai Buang
“Sebenarnya, kos perbelanjaan saya mencecah RM1,500 sebulan kerana lima anak masih minum susu dan memakai lampin pakai buang serta kos anak OKU yang tinggi.
“Dia tidak boleh lapar dan jika tidak, dia akan mengamuk,” katanya sayu.
Marsyila turut berkongsi kisah sedih tiga hari sebelum Ramadan lalu apabila pengsan ketika keluar mencari rezeki untuk anak-anak.
Ketika itu, katanya dia keluar agak lewat pukul 9 malam kerana sudah seharian mencari rumah untuk dibersihkan namun pulang hampa.
“Lepas anak-anak diberi makan, saya keluar lagi pada waktu malam. Namun dalam perjalanan saya pengsan dan hanya sedar sudah berada di hospital. Terus saya lari keluar kerana ingatkan anak-anak di rumah.
“Sampai di rumah, anak-anak menangis bila nampak saya, terutamanya yang bongsu kerana akan menyusu badan sebelum tidur malam,” katanya yang mengalami tekanan darah rendah ketika itu.
Masih Ada Yang Bersimpati
Marsyila terharu meskipun hidup dalam serba kekurangan dan kepayahan, masih ada orang yang bersimpati dengan dia dan anak-anaknya.
Menurut beliau, kelengkapan di rumahnya seperti sofa dan televisyen terpakai adalah pemberian orang ramai.
Sementara itu, atas dasar simpati, Pertubuhan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpr dan Pertubuhan Kebajikan pembangunan Insahniah Muafakat Penduduk telah hadir melawat Marsyila dan anak-anak serta memberi bantuan pakaian.
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga ini, boleh menghubungi talian 011-60684586 atau menghulur wang di nombor akaun Bank Islam – 14256020003529 atas nama Marsyila Zakaria. – MalaysiaGazette
Bila masuk Ramadan, hati ibu ayah pasti berbunga bila anak mula belajar berpuasa. Walaupun belum wajib, semangat mereka yang kecil itu sangat berharga. Namun kita juga tahu, cabaran sebenar bukan sekadar lapar dan dahaga. Emosi anak yang berubah-ubah waktu puasa kadang buat ibu ayah sendiri rasa tercabar.
Sebenarnya, selain sokongan fizikal seperti makanan sahur yang berkhasiat, doa seorang ibu adalah booster paling kuat untuk anak.
Antara doa yang boleh diamalkan setiap kali selepas solat atau ketika anak sedang tidur:
Doa agar anak kuat dan sabar:
Ramai ibu mengamalkan bacaan Surah Al-Kausar ketika sahur sebagai ikhtiar supaya anak tidak terlalu cepat rasa dahaga.
Surah Al-Kausar:
Cara amalan yang boleh dibuat:
Beri anak minum dengan niat memohon Allah kurangkan rasa dahaga dan beri kekuatan.
Selain itu, ibu juga boleh usap kepala anak sambil membaca surah ini dan berdoa dalam hati. Amalan ini adalah ikhtiar dan tanda pergantungan kita kepada Allah. Kekuatan sebenar tetap datang daripada-Nya.
Jangan lupa juga ajar anak minum air secukupnya ketika sahur dan elakkan makanan terlalu masin supaya mereka tidak cepat haus.
Anak yang berpuasa buat kali pertama selalunya mudah jadi:
Ini normal kerana badan mereka sedang menyesuaikan diri.
Jika anak nampak letih, jangan paksa mereka aktif seperti hari biasa. Aktiviti ringan seperti mewarna, membaca buku cerita atau menonton rancangan santai lebih sesuai.
Bila anak mula berkata, “Mama, lapar,” jangan terus marah atau menyuruh diam. Cuba peluk dan cakap lembut:
“Lapar tu tanda abang kuat. Lagi sikit je nak berbuka. Jom kita kira jam sama-sama.”
Alih perhatian mereka dengan aktiviti seperti tolong susun kurma atau pilih menu berbuka.
Jika anak masih kecil dan benar-benar tidak larat, tidak salah untuk beri mereka berbuka awal. Puasa adalah proses latihan. Yang penting mereka rasa seronok, bukan trauma.
Kadang bukan anak yang terlalu emosional, tetapi kita yang penat. Bila suara mula meninggi, cuba tarik nafas dan istighfar. Anak belajar sabar daripada cara kita bersabar.
Walaupun mereka hanya berjaya puasa separuh hari, tetap puji usaha mereka.
“Hebatnya kakak hari ni tahan sampai pukul 3. Mama bangga sangat.”
Pujian akan buat mereka lebih bersemangat esok hari.
Puasa zaman kanak-kanak adalah kenangan yang akan mereka ingat sampai dewasa. Cara kita melayan mereka hari ini akan membentuk memori Ramadan dalam hati mereka.
Peluk mereka lebih kerap. Doakan mereka lebih lama. Bisikkan kata-kata positif di telinga mereka sebelum tidur.
Kerana doa ibu bukan sekadar kata-kata. Ia adalah kekuatan yang Allah letakkan penuh keberkatan.
Semoga anak-anak kita membesar bukan sahaja kuat menahan lapar dan dahaga, tetapi juga kuat iman dan sabarnya. Aamiin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dalam kejadian dekat Sungai Siput, Perak semalam (25 Julai).
Meninggal dalam perjalanan ke hospital
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.
“Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul,” katanya.
Polis tahan ibu bantu siasatan
Mior Faridalathrash berkata, susulan kejadian itu, ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu.
“Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini,” katanya.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.