Lama tak dengar khabar penyanyi Sheila Abdull. Bagaimanapun menerusi perkongsian di instagramnya, Sheila, 32, telah selamat melahirkan anak kedua seberat 3.8 kilogram (kg) menerusi kaedah pembedahn pada 1 November lalu di sebuah pusat perubatan di Johor.
Memetik laporan Metro, Sheila ketika dihubungi berkata, keadaannya dan bayi perempuan itu berada dalam keadaan baik.
Sheila dan suaminya yang juga bekas anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir berhasrat untuk menamakan anak kedua mereka sempena nama bunga klasik.
“Memandangkan kakak (anak pertama) yang kini berusia tiga tahun dinamakan Chempaka Alaya, jadi kami nak namakan bayi ini Dahlia Aluna.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 8 November, tapi bayi baru 39 minggu dah 3.8 kg. Jadi tak nak tunggu tarikh itu takut dia semakin membesar. Jadi, kami pilih 1 November untuk menjalani pembedahan,” katanya.
Ads
Penyanyi lagu Mungkinkah itu berkata, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga terlebih dulu.
Setelah sekian lama tidak terbang jauh disebabkan pandemik, akhirnya penyanyi nombor satu negara berpeluang membawa dua anaknya bercuti ke Dubai.
Malah kata Dato’ Siti Nurhaliza ia merupakan pengalaman pertama kali bagi anak keduanya, Muhammad Afwa melalui penerbangan yang jauh.
Paling mendebarkan kata Siti, ia juga pengalaman pertama bagi dirinya menguruskan dua anaknya di dalam penerbangan sementelah Datuk K yang tiba-tiba mempunyai urusan lain di saat-saat akhir.
Pun begitu kata Siti, dia bersyukur kerana dua anaknya berkelakuan amat baik sepanjang penerbangan ke Dubai.
“Semalam ibu first time bawa Afwa bercuti jauh. Ayah pula ada urgent matters last minit, terpaksa join lambat pula.
“Walaupun kakak-kakak ikut, dalam flight nanti ibu kena sorang juga handle Afwa dan Aafiyah sebab lain seat. Ibu tawakal,” tulis Siti berkongsi.
Biar pun dibantu oleh pembantu-pembantunya namun disebabkan berlainan tempat duduk, ibu cantik manis ini terpaksa menguruskan sendiri anaknya sepanjang penerbangan yang panjang itu.
Namun kata Siti, dia lega bila mana Aafiyah dan Afwa amat behave sepanjang penerbangan itu.
“Alhamdulillah, Aafiyah behave tak kacau ibu, tapi dia dengan Afwa bergurau excited sampai jerit-jerit dalam flight.
“Bila dah penat main, inilah yang paling ibu nantikan, tapi tetaplah kena peluk anak bujang ni kuat-kuat sebab dia tido buas. Nasib baik Mummyshai ada sekali, banyak tolong ibu layan Aafiyah,” tulis Siti lagi.
Banyak koleksi gambar-gambar Dato’ Siti yang dikongsikan di Instagram tidak terkecuali ketika membawa Aafiyah dan Afwa berjalan-jalan.
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa. Menjaga kulit bayi agak rumit kerana ia agak sensitif. Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit.
Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu kaedah untuk merawat anak yang mempunyai kulit sensitif. Kalau tersalah kaedah rawatan mungkin boleh menyebabkan kulit anak lebih teruk.
Ruam Panas
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian-bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada peluh, seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit.
Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut ke persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan memastikan bayi berpakaian kain kapas yang longgar.
Kepala Berkerak
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seboroik yang disebabkan oleh minyak yang berlebihan dan muncul sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung, atau dibelakang telinga, keadaan ini selalu terjadi kepada bayi yang mempunyai ekzema.
Dapatkan rawatan atau dapatkan syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sesekali mengikis atau menanggalkannya sendiri.
Ekzema
Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala, tetapi ia boleh merebak ke lengan, kaki dan dada atau bahagian tubuh yang lain.
Selepas tahun pertama kanak-kanak, ia mungkin muncul di bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. Kuli bayi akan kering dan kemerah-merahan.
Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.
Ruam Lampin
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembab yang mengandungi bahan kimia yang keterlaluan.
Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebak! Hanya itu sahaja yang dapat digambarkan saat melihat video baby Mysha Alhayaa’ Irdina binti Amir Fatihi yang tular menerusi aplikasi Tiktok apabila dia menangis setelah mendengar suara ibu dan abah buat pertama kali selepas 7 bulan lahir.
Menurut Encik Amir, baby Mysha mempunyai masalah pendengaran sejak lahir dan beberapa masalah kesihatan lain. Pada awal usia kandungan semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja, namun segalanya berubah selepas usia kandungan isterinya mencecah 35 minggu.
Tambahnya lagi, selepas anak syurga ini lahir pelbagai usaha dilakukan untuk menjaga zuriat tercinta sebaik mungkin. Namun takdir tidak menyebelahi keluarga ini apabila puteri kesayangan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pertengahan tahun ini.
Ikuti kisah yang banyak memberikan inspirasi buat ibu bapa lain yang dikongsi oleh Encik Amir ini.
Mysha Alhayaa’ Irdina merupakan penantian kami selepas 7 tahun menunggu. Namun pada usia kandungan 35minggu arwah lahir secara Emergency Czer kerana masalah perkembangan bayi tidak sama dengan usia kandungan (IUGR). Anak saya perlu dirawat di wad ‘special care nursery’ (SCN) selama 30 hari.
Bayi pramatang sangat sinonim dan terdedah dengan pelbagai komplikasi. Oleh yang demikian, doktor menasihati kami untuk menjalankan banyak ujian klinikal. Doktor mengesahkan anak saya menghidapi kondisi ‘Laryngomalacia’. Irdina perlu menggunakan tiub pemakanan (feeding tube) sehingga ke satu masa yang ditetapkan. Agak bahaya untuk dia minum susu melalui botol susu kerana risiko tersedak susu dan memasuki saluran pernafasan. Ini kira pertama kali saya menjaga anak yang memerlukan tube pemakanan.
info: (Larymgomalacia adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi. Dan kebiasaannya masalah ini akan menjadi semakin baik mengikut perkembangan bayi)
Alhamdullilah kami suami isteri mempunyai ilmu dalam bidang kesihatan. Kami juga meluangkan masa membaca info-info kesihatan. Kesedaran ini penting dalam membantu proses pemulihan Irdina. Saya merasakan penglibatan ibu bapa dalam proses penyembuhan atau pemulihan anak-anak berkeperluan khas ini sangat digalakkan. Ibu bapa jangan pernah mengalah, InsyaALLAH akan ditunjukkan jalan penyelesaiannya.
Sayangnya Irdina juga gagal dalam ujian pendengaran. Semasa ujian saringan audiometer, pesakit perlu ditidurkan dan dengan menggunakan alat khas Audiometer untuk memeriksa tahap kehilangan pendengaran. Dan pegawai audiologi mengesahkan Irdina mempunyai masalah “Severe Sensory Neural Hearing Loss”. InsyaALLAH, kami percaya dengan intervansi yang sesuai Irdina mampu mendengar dan bertutur.
Namun sebagai bapa, saya percaya usaha tanpa lelah pasti membuahkan hasil. Pelbagai usaha diteruskan sehinggalah dia mampu untuk berinteraksi. Rangsangan audio-visual-sensori sangat penting di dalam memastikan perkembangan fizikal, sesori dan kognitif. Di antara intervensi yang kami lakukan adalah terapi fizikal dan carakerja secara berkala setiap 2minggu. Irdina juga menjalani terapi air (hydrotherapy) agar dapat memberi ransangan kepada sensori dan otot agar dia dapat berjalan. Kami juga melakukan aktiviti bersama seperti “shadow play”, “star gazing” dan “story telling” sebelum tidur.
Agak sukar pada mulanya urusan perubatan dan pemulihan Irdina disebabkan PKP. Untuk dapatkan alat pendengaran itu sahaja, saya terpaksa menunggu 4 bulan. Alat bantuan pendengaran membantu dia boleh mendengar beberapa tahap bunyi. Jika ingin melihatnya bertutur, Irdina perlu menjalani implan koklea.
Pastinya detik teristimewa bila dia mampu mengekspresikan dirinya buat pertama kali. Saya kongikan momen itu di tiktok hanya untuk berkongsi rasa dengan semua.
Saya percaya ia adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Saya membuat keputusan untuk berhenti kerja atas banyak faktor selain sifat perkerjaan saya yang memerlukan saya bekerja di luar kawasan. Pengorbanan meninggalkan kerjaya pastinya demi memastikan Irdina memiliki kehidupan yang lebih berkualiti.
Banyak masa dihabiskan bersamanya, dibantu oleh isteri dan anak sulung. Bagai diberi kekuatan untuk berjuang bersama-sama apabila saya memandang wajah comel Irdina. Saya tak jemu dalam memenuhi tuntuan temujanji anak malah lebih bersemangat bila melihat perubahannya. Saya terapkan dalam hati, sekecil-kecil manapun perkembagan Irdina, ia tetap perkembangan, patut dirai dan disyukuri.
Nasihat pegawai audiologi, kami guna-pakai. Irdina perlu memakai alat itu sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk merangsang saraf pendengarannya. Jangan pernah mengalah walau anak tidak memberi respon apabila kita bercakap dengannya. Alhamdulillah bila terbiasa dengan menggunaan alat pendengaran dia mudah menunjukkan respon pada terapi.
Saya sangat bahagia bila mengenang momen Irdina bersama abangnya membaca buku cerita. Alhamdulliah dia juga boleh mengekpresikan emosinya dengan lebih baik.
Setiap orang ada ujiannya. Redha itu penting supaya tahap emosi kita dalam keadaan baik. Kita juga perlu bijak dalam menyalurkan tekanan bila menjaga anak-anak bekeperluan khas. Setiap orang mungkin lain caranya, dan saya suka meluangkan banyak masa dgn anak-anak dan isteri untuk kekal positif seperti berjalan-jalan di pantai. Sepanjang 2 tahun ini, saya berjumpa dengan ramai ibu bapa yang hebat-hebat. Saya memahami perjuangan mereka.
Banyak lagi perancangan untuknya seperti implan koklea. Sesungguhnya, hanya Allah sebaik-baik perancang. Tanggal 17 Jun 2022, Irdina pulang ke Negeri Abadi pada Jumaat hari yang mulia dalam dakapan saya asbab jangkitan kuman.
Semoga pengorbanan kecil saya ini dipandang Allah. Saya pasti merinduinya, segala-galanya tentang dia. Semangatnya akan selalu bersama saya. Bermainlah wahai anakku, sehingga bertemu kembali di Syurga Allah.….