“Comelnya Twins, Putih Melepak,” Ainan Tasneem Kongsi Wajah Anak, Kini Dah Berusia 1 Bulan!

Share

Selamat melahirkan bayi kembar sepasangnya pada 20 Disember lalu, kini penyanyi Ainan Tasneem Redzuan tampil mendedahkah wajah kedua anaknya itu selepas mereka kini berusia sebulan.

Malah terdahulu, selepas beberapa minggu dilahirkan, Ainan juga mengumumkan nama mereka yang cukup sedap dan indah. Kedua-dua bayi kembar sepasang ini diberikan nama Faqeh Nael dan Faeqa Naela yang juga disertakan dengan makna yang cukup indah.

Menerusi instagramnya, Ainan tampil berkongsi sebuah video pendek yang keduanya sedang nyenyak tidur.

“Assalamualaikum semua!

“Alhamdulillah kami dah sebulan lahir kat dunia ni. Ummi kata ramai yang DM minta ummi share pengalaman bersalinkan kami haritu.

” Tunggu ya, nanti ummi akan share kat semua,” tulisnya di kapsyen.

 

Malah melalui dua entri berlainan, Ainan juga turut berkongsi beberapa keping gambar kembarnya yang comel. Tidak kurang juga sebuah video pendek menunjukkan anaknya yang sedang tersenyum.

“Walaupun sorang kepala lonjong sorang kepala bulat, janji dengan ummi korang akan jadi best friend till Jannah okay?

“Suka duka diharungi bersama. Ecehh,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Ainan di instagram memuji akan kecomelan Faqeh dan Faeqa yang sentiasa menjadi peneman setiap ibunya.

“Ya Allah seronoknya anak kembar. Membesar dengan sihat baby.”

Assalamualaikum Faqeh & Faeqa 😍 Congratulations Ainan! We hope mummy and twins are healthy and happy.”

“Comelnya twins.. putih melepak.”

Semoga Faqeh Nael dan Faeqa Naela terus membesar menjadi anak yang soleh solehah malah berbakti kepada ummi dan abuyanya.

Terdahulu, Ainan mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin pada 7 Januari 2017 dan kini mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ainan Salsabiela, 2 tahun, Faqeh Nael dan Faeqa Naela yang kini berusia satu bulan.

Artikel berkaitan: Faqeh Nael & Faeqa Naela Pilihan Nama Kembar Ainan Tasneem, Nama Sedap, Maksud Pun Bagus, Peminat Puji

Tahniah Ainan Tasneem! Selamat Lahirkan Kembar Sepasang, Suami Titip Doa Ucapan Terima Kasih Atas Pengorbanan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @ainantasneem92

IKLAN