Cucur antara yang menjadi hidangan menu minum petang. Sama ada cucur pisang, jagung, bilis, labu dan sebagainya terpulang pada citarasa masing-masing. Malah kuih ini juga antara menu ekspres yang paling cepat nak disediakan berbanding kuih lain.

Jika ada tepung dan beberapa bahan sampingan lain, gaul dalam satu bekas, terus boleh goreng dan hidangkan. Jadi kali ini apa kata cuba pula buat Cucur Ayam Crispy idea daripada Cik Dayang Zuhaila.

Cucur Ayam Crispy ni hanya guna 5 bahan utama sahaja. Senang, cepat, mudah, sedap sebab terasa isi ayamnya.

Resepi ni Cik Dayang bagi step by step kat gambar ye. Kalau rajin boleh terus buat. Kalau tak berapa nak rajin share dulu nanti-nanti pun boleh buat.

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap! Bahan-bahan:
1 ketul isi dada ayam
1 senduk nasi
1/2 batang carrot
2 tangkai daun sup
1 biji bawang merah

Cara-cara:

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap!

Kisar isi ayam dan juga nasi sehingga lumat.

IKLAN

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap!

Kemudian masukkan carrot, daun sup dan juga bawang. Gaul rata sehingga sebati.

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap!

Seterusnya masukkan 2-3sudu besar tepung gandum, lada sulah dan perasakan dengam garam, gula mengikut citarasa masing-masing.

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap!

IKLAN

Boleh letakkan lada sulah mengikut citarasa masing-masing.

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap!

Jemputkan mengikut saiz kesukaan. Guna sudu boleh, tangan boleh. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap!

Kalau nak buat frozen, goreng api slow saja. Bukan half cook. Cuma jangan garing. Simpan freezer. Nanti nak makan goreng semua bagi garing atau boleh guna air fryer saja.

IKLAN

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap!

Cucur ayam ranggup dah siap!

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap!

Teksturnya ranggup di luar, lembut dalamnya. Nak makan macam tu je pun dah sedap. Kalau suka makan dengan pencicah pun terpulang pada selera anak dan ahli keluarga yang lain.

Kredit: Cik Dayang Zuhaila

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Cucur Ayam Crispy Hanya 5 Bahan. Dalamnya Lembut, Makan Panas-Panas Sedap!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI