Selepas selamat melahirkan anak keempatnya pada hujung September lalu, penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia kini sudah ‘tutup kilang’.
Akui Adira, dia sudah pun melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’. Semuanya demi kesihatan dirinya selepas melalui empat kali proses bersalin secara pembedahan caesarean.
Pun begitu kata Adira, dia amat bersyukur dikurniakan dua pasang cahaya mata yang menjadi pelengkap hidupnya dan suami.
“Cukuplah dengan empat orang anak. Saya sudah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’.
“Bukan kerana saya jenis yang ‘subur’ atau bagaimana. Cuma saya sudah empat kali bersalin secara pembedahan caesarean.
“Jadi mungkin akan ada risiko kalau saya hamil lagi. Semuanya atas sebab tertentu dan nasihat doktor,” katanya berkongsi.
Adira dan suami, awal-awal lagi sudah bersetuju untuk mengikat peranakan kerana itu yang terbaik dari berdepan pelbagai risiko.
Ads
Dalam pada itu katanya lagi, dia kini lebih fokus dalam membesarkan empat orang cahaya matanya.
“Saya memang bersetuju untuk mengikat peranakan. Begitu juga dengan suami.
“Cukuplah dua lelaki dan dua perempuan. Biarlah saya fokus dengan empat orang cahaya mata ini. Alhamdulillah, saya merasakan kehidupan saya sudah lengkap.
“Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang,” luahnya lagi.
Suka nama ringkas buat anak
Dalam pada itu, Adira juga turut menjelaskan pilihan nama ringkas buat anak keempatnya. Akuinya dia lebih gemarkan nama ringkas dan lebih senang disebut berbanding nama panjang seperti kebanyakkan orang lain.
“Saya suka nama anak yang ringkas. Mudah untuk kita ingat. Kalau di sekolah pun, orang panggil nama pendek juga. Jadi lebih baik untuk saya.
Ads
“Apa nama yang diberikan, kita pun panggil itu sahaja. Macam Ayub dia tak kan boleh dipanggil pendek lagi kan? Nama tiga anak saya yang lain pun ringkas juga iaitu Anggrek, Asan, dan Anggun,” katanya lagi.
Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015. Pasangan ini kini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Personaliti media sosial, Farah Lee dilihat mempunyai cara tersendiri mendidik dan mengajar anaknya walaupun tanggungkjawab itu digalasnya bersendirian tanpa kehadiran seorang suami.
Apa yang boleh dipuji, Farah berjaya membuktikan ibu tunggal tetap kuat dan mampu mendidik anak dengan baik dan caranya itu boleh jadi contoh kepada ibu bapa lain.
Melalui Facebooknya, Farah berkongsi mengenai aktiviti anak perempuan tunggalnya hasil perkahwinan dengan Ally Iskandar, Maream Esabel.
Farah memberitahu setakat ini Maream masih lagi bebas dengan gajet dan sebab itulah kalau ke mana-mana dia seperti ‘ulat buku.’
“Maream masih bebas gajet jadi tu pasal dia sentiasa bawa beg walau ke mana sahaja dia pergi. Sebab dalam tu ada buku nota, buku cerita, alat tulis dan sebagainya.
“Bagaimanapun, sesekali Maream ada juga pinjam telefon saya dan saya okay je untuk beri dia guna sebab saya tahu dia tak selalu dapat dan sekarang pun tetap juga kena pelajari teknologi semasa,” kongsinya.
Tambah Farah lagi, dia bukan tak mahu dedahkan Maream dengan gajet tetapi ia masih terlalu awal untuk Maream.
“Saya hanya fikir masih terlalu awal untuk membiarkan dia mempunyai gajet sendiri sehingga dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk (mumayyiz) dan tahu bagaimana untuk menghormati orang sekeliling,”ujarnya.
Oleh itu, Farah menasihatkan sebagai ibu jika kita bergelut untuk meminimumkan masa skrin anak-anak, bersabarlah. Cuba perlahan-lahan meminimakan dan lama-lama anak akan faham
Ingat saya seorang ibu tunggal yang bekerjaya namun saya berjaya melakukannya, jadi saya pasti anda juga boleh 💪🏼
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Datuk Awie dan isterinya, Sharifah Ladyana yang bakal menimang cahaya mata ketujuhnya pada Julai ini.
Kongsi Datuk Awie menerusi satu temubual, dia meluahkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan menerusi pembedahan pada 7 Julai ini.
Tambah teruja kata Awie, dia dan isteri sudah pun mempunyai nama buat buah hati yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya itu. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku!
“Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah,” katanya teruja.
Menurutnya bapa kepada enam cahaya mata ini lagi, dia bakal berada di Kelantan dan mahu kembali segera untuk bersama isterinya sebelum tarikh bersalin kelak.
“Mengikut jadual, saya ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi pada malam itu juga saya perlu pulang ke ibu kota sebelum isteri masuk ke bilik pembedahan.
“Ini adalah antara pengorbanan saya sebagai anak seni. Antara sebab beginilah kenapa saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anak. Namun jerih perih kehidupan inilah saya lalui demi mereka.
“Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka dikurniakan seorang anak pada tahun. 2020.
Sepasang suami isteri dari Sabah terpaksa hidup dalam keadaan daif bersama sembilan orang anaknya di sebuah pondok usang tanpa dinding sejak 18 tahun lalu.
Tular di laman media sosial baru-baru ini malah orang ramai terkejut melihat keadaan pasangan ini bersama anak-anaknya yang hidup serba daif.
Kesusahan yang dialami oleh pasangan yang dikenali sebagai Aidil dan Vernnah didedahkan oleh aktivis kebajikan, Adrian Edy yang menziarahi mereka pada 31 Oktober lalu.
Menurut Adrian di laman Instagramnya, tambah menyedihkan pondok yang dihuni 11 isi sekeluarga itu tidak mempunyai bekalan elektrik serta air di mana mereka akan pergi ke sungai berhampiran rumah untuk membersihkan badan.
Pendapatan bulanan pasangan ini tidak menentu memandangkan Aidil bekerja sendiri dengan membantu membersihkan kebun penduduk setempat.
“Sudah 18 tahun mereka tinggal di situ, sejak kak Vernnah kahwin dan melahirkan anak pertama mereka, mereka sudah pun tinggal di situ, rumah mereka tiada elektrik, tiada bekalan air, ibarat sebuah pondok kecil sahaja.
“Mereka mandi di sungai berdekatan rumah, suami kak Vernnah, abang Aidil kerja sendiri bantu bantu bersihkan kebun orang, itupun tidak tentu juga, kalau ada orang panggil kerja, adalah pendapatan untuk beli makanan.” katanya berkongsi.
Aktivis kebajikan ini juga turut membantu dengan membelikan lampu solar, kipas solar,tilam dan bantal serta bekalan makanan buat mereka.
“Syukur kita bantu pasangkan lampu solar, kipas solar, berikan tilam, bantal dan beri bekalan makanan buat mereka, kalau mereka mahu keluar ke kedai beli barang makanan memang jauh.
“Rasa sedih sangat bila nampak rumah mereka kosong sahaja, hanya ada baju baju, tilam dan bantal memang tiada, mereka tidur di atas papan sahaja setiap hari, belajar pun kadang tidak dapat belajar kalau malam sebab tiada lampu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pasangan suami isteri tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adrian yang sanggup datang memberikan pertolongan walaupun kediaman mereka jauh daripada orang ramai.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.