Daging mongolia antara menu yang sangat mudah disediakan. Bagi mama papa yang nak masak makanan berasaskan daging boleh cuba resipi daging mongolia yang dikongsi oleh Khairul Abdullah ini.
Balik tadi tengok ada daging dalam peti.
Okeh cun, kita masak Daging Mongolia. Sedap kau. Daging rangup dicampur pula rasa masin manis sos dia tu. Fuhhh bertambah. Macam biasa kejap lagi korang mintak resepi, so aku bagi siap-siap.
Nah resepi Daging Mongolia ala Superdaddy Khairul Abdullah.
Bahan untuk projek ini:
250gm daging.
½ cawan tepung jagung
¼ cawan minyak masak
½ cawan air.
7 ulas bawang putih,hiris nipis
2 inci halia, dimayang halus
5 sudu kicap tak kisah lah cair ke pekat ke
1 setengah sudu gula melaka, brown sugar pun boleh. White sugar pun oklah.
3 pokok daun bawang, dipotong 2 inci
Sedikit garam.
Ads
Cara melaksanakan projek ini:
1. Potong daging nipis-nipis, lawan urat tau. Lagi nipis lagi bagus. TIPS, masukkan dalam freezer bagi keras sikit so senang hiris nipis.Lepas tu gaulkan sedikit garam biar sekejap.
Ads
Lepas tu sadurkan daging dengan tepung jagung. TIPS, jangan campak terus semua dalam tepung atau campak tepung dalam daging. Kena ambik daging sekeping dua dan balik-balikkan atas tepung biar rata. Buat sampai habis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak degan api sederhana dan goreng daging. Sebaiknya goreng sikit-sikit, kalau campak semua sekali nanti melekat dan tak cun. Goreng sampai garing keperangan tu. Angkat dan rasa satu rangup tak. Kalau rangup ok cun. Goreng sampai habis.
3. Dalam kuali yang sama dengan baki minyak tadi tumis bawang putih dan halia dalam 15-20 saat gitu dan masukkan air, gula melaka dan kicap. Gaul rata sampai didih dan masukkan sesudu tepung jagung lagi untuk bagi kuah pekat. Rasa dulu, tambah apa yang kurang.
4. Dah menggelegak, masukkan balik daging yang digoreng tadi bersama daun bawang (tambah cili atau lada hitam kalau nak pedas) dan kacau cepat-cepat. Agak semua dah rata terus angkat dan masukkan ke dalam bekas paling cun dan hias lawa-lawa.
Ads
Siap dan hidang segera.
Senang wehh, tak sampai 30 minit masak benda alah ni. Dah hias lawa tadi terus hidang dan makan. Jangan tunggu lama nanti rangup tu hilang.
Raya dah dekat dah ni, kalau masih tak tahu nak masak menu apa masa raya nanti, boleh cuba buat ayam masak merah santan ni. Nak hidang dengan nasi tomato boleh, nasi minyak pun boleh! dua dua sedap. Yang menariknya resipi dari adikfoods ni, ditambah serbuk kurma dengan santan untuk memberi rasa yang lebih sedap. pedas sedikit manis, wangi dari kedua bahan ini. Mesti rasa dia lebih kick kan? Bak kata adikfoods “Memang sedap kome😁 Moh le buat!”
Sumber: Adikfoods
Bahan-bahan:
▪️Bahan Tumisan
2 biji bawang besar – mayang
2 in halia – hiris halus
5 ulas bawang putih – mayang
4 sekawan
2 helai daun pandan
▪️Bahan Kisar
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 in halia
2 batang serai
▪️Bahan lain
1 ekor ayam
1 paket kecil serbuk rempah kurma
1 cwn cili kisar ( adjust)
½ cwn tomato puree
1 cwb sos cili
1 paket 200g Santan Kelapa Ayda
Air secukupnya
1 kiub ayam
1 sdb gula perang
Garam secukup rasa
2 biji bawang besar – potong bulat
5 biji cili hijau besar – belah dua
Daun sup
Goreng ayam dengan kunyit dan garam separuh masak dan angkat.
Tumis bawang besar dengan halia sehingga layu, masukan bawang putih dan 4 sekawan.
Tumis daun padan sehingga layu dan wangi, masukkan bawang besar dengan halia masukan bawang putih dan serai yang telah dikisar tumis sehingga keperangan.
Masukkan cili kisar, ½ cawan tomato puree, 1 cawan besar sos cili, serbuk kurma dan air, kacau sehingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan santan, kiub pati ayam, gula perang, garam secukup rasa, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau rata. Tambah air sedikit dan gaul rata. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi.
Masukkan bawang besar, cabai hijau dan kacang peas (pilihan)
Tabur daun sup gaul rata.
Dah siap dah lauk ayam masak merah bersantan kita. Tak sampai 20 minit pun kalau kita nak buat. Sedap sampai tetamu ratah lauk je nanti! Rasa lebih kurang ala-ala ayam masak merah di kenduri sebab ada santan.
Pastinya ramai teringin nak buat kuih lapis tapi yang jadi kekangannya, takut tak menjadi dan tersilap sukatan. Namun bagi anda yang ingin mencuba buat kuih lapis versi mudah, ada resipinya.
Perkongsian resipi dari Putra Zamliza ini boleh anda cuba buat. Ringkas dan cukup mudah cara membuatnya. Tak perlu nak banyak sukatan tetapi hanya gaul dan blender bagi sebati sahaja. Cepat dan jimat masa.
Nak mengukusnya pun mudah juga kerana tak ambil masa yang lama pun. Kalau nak tahu sedap atau tak mesti cuba buat dulu. Semestinya puas hati.
Ini perkongsian resipinya:
Lama dah tak melapis untuk rakyat dalam rumah kecil saya ni. Hari ini terajin laa sikit. Dah tak tahu nak buat apa dengan roti Gardenia boleh laa kita buat kuih lapis..
Kuih Lapis Roti
– 7 keping roti Gardenia
– 1 1/2 cawan tepung beras
– 1 cawan gula putih
– 1 cawan air
– 200ml santan
– Pewarna ikut suka
Cara membuatnya:
– Blend semua bagi sebati. Bahagi sama banyak dalam mangkuk dan letakkan pewarna. Setiap lapisan kukus selama 5 minit.
– Lapisan yang terakhir kukus 10 minit kemudian buka tudung periuk dan kukus dalam 5 minit sebab nak bagi lapisan atas tu kering.
– Akhir sekali selesai semua, dah boleh tutup api. Selamat mencuba.
**Bekas acuan terpulang pada anda, ikut pilihan sendiri
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan berasaskan sambal antara yang menjadi kegemaran orang Malaysia. Tak kisah sambal itu dimasak sekali dengan lauk atau dijadikan pencicah ia boleh buatkan sesiapa saja makan bertambah.
Sebab itu, kebanyakan ibu-ibu lebih suka buat stok sambal siap-siap dan diletakkan dalam peti. Bila nak makan boleh terus dihidangkan. Kali ini koleksi sambal power Cikgu Afy patut anda cuba. Orang kata tak akan menyesal sama sekali!
Banyak lagi yang akan cikgu pecahkan rahsia sambal sedap lain kali nanti. Ada lima sambal kesemuanya. Resepi ada dekat gambar di bawah.
Sambal belacan menyengat
Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Betul-betul sedap!
2. Sambal kicap mabeless
Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
3. Sambal ayam penyet mengosek
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
4. Air asam ketagih
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
Yang pasti memang ketagih sungguh.
5. Sambal jantan power
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat
Perghh baca nama pun tak nak kalah ya. Aha Begitulah tentang rasanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini. Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja. Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah. Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini pula stok dah ada depan mata. Sedar-sedar dah licin tinggal botol je. Kan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.