Menjadi ibu adalah saat yang paling manis buat ibu ayah. Apatah lagi jika sudah lama menantikan cahaya mata. Anzalna Nasir walau pun tanpa pembantu rasa puas dapat menjaga sendiri buah hatinya, Mohamad Eidrees.
Hari berlalu bagaikan tidak dirasakan apabila bersama si kecil dan suami tercinta. Anzalna dalam kemaskini Instagram berkongsi sempena genapnya dua bulan permata hatinya itu.
NO HELPER NO PROBLEM
Rupanya bayi lelakinya itu setakat ini adalah bayi yang mudah dijaga. Ini yang menyebabkan Anzalna tidak kisah tidak mempunyai pembantu.
“Happy 2 months old my love @mohamadeidrees.
“Alhamdulillah setakat ni senang sangat jaga Eidrees.
“No helper, no problem! I love being a mum!
Mohamad Eidrees yang dilahirkan pada 31 Mei 2019 sungguh comel. Satu-satunya cucu lelaki dalam keluarga Anzalna, sudah Eidrees menjadi kesayangan ramai.
Ads
COMELNYA EIDREES
Ramai yang memuji kecomelan Eidrees dan mendoakan si kecil ini membesar dengan sihat.
Ads
“Comelnya “thelashfairy.co
“muka daddyyy sangat .” nicezno
Ads
“Comelnye produce more plis .” eryn.nb81
“Alhamdulillah Semoga membesar dgn sihat ye .” babygadget_umaira
Membesarkan anak-anak memang bukan satu tugas yang mudah. ibu dan ayah menjadi cermin untuk anak-anak dalam mengukir keperibadian mereka.
Malah sifat yang ada pada ibu bapa juga jika menjadi toksik dalam kehidupan anak-anak boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan diri malah lebih teruk perkembangan mereka juga boleh terbantut.
Ini 3 sifat toksik yang mungkin ibu ayah sering kali buat tanpa sedar, yang mana boleh menyebabkan anak hilang keyakinan dan juga boleh menyumbang kepada risiko perkembangan anak terbantut. Ikuti perkongsian oleh Dr Redza Zainol:
3 sifat toksik ni kalau mak ayah buat setiap hari, anak akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut.
1) Stonewalling
Anak cuba nak berbual tentang sesuatu perkara, tapi kita jauhkan diri kita dengan cara:
Contoh:
“Papa suka makan apa?”
Kita jawab, “Entah. Pape je laaa.”
Bila perangai macam ni berulang, anak rasa lagi baik cakap dengan dinding. Sekurang-kurangnya cakap dengan dinding, taklah rasa sakit hati.
2) Tak ada sebarang reaksi pada wajah dan abaikan anak. (Expressionless & being ignored)
Contoh:
Balik rumah je, anak semangat nak cerita tentang benda baru yang dia belajar dari buku. Kita pun buat-buat dengar sampai habis. Tapi sampai ke sudah tak bagi apa-apa respon.
Yang buat anak jadi keliru ialah air muka mak ayah tak ada reaksi langsung, pastu diam je.
Yang sebenarnya kita tak fokus pun pada cerita anak.
Sambil dengar, sambil tu tengok cerita Korea. Katanya nak luang masa dengan anak, tapi tangan duk pegang telefon ralit balas mesej wasap.
Maksud beri perhatian pada anak ialah kita 100% fokus pada anak waktu tu. Kita adalah betul-betul “present” di hadapan si kecil kita tu.
3) Gaslighting.
Maksudnya kita meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.
Contohnya:
Anak balik dari asrama, dia mengadu ada budak lain asyik pegang-pegang dia.
Tapi kita jawab, ”Biasalah tu. Tak ada apalah.”
Atau anak balik dari rumah pengasuh kata itu dan ini.
Kita pun kata anak kita cakap yang bukan-bukan.
Si kecil kita pun jadi keliru dengan apa yang berlaku dan hilang rasa percaya pada diri sendiri. Dia akan fikir semua pendapat dia memang tak penting.
Bila 3 sifat mak ayah ni diulang setiap hari:
Bila anak ni besar dan berkeluarga, mereka mungkin akan buat perkara yang sama pada anak sendiri.
Jangan tidakkan apa yang anak kita rasa. Acknowledge apa yang mereka rasa dengan cara pandang, dengar dan peluk mereka.
Tolong bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Moga ada yang dapat manfaat.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Ramai ibu bapa meminta agar membenarkan anak-anak untuk ke sekolah setelah sekian lama menjalani PDPR. Pihak kerajaan telah membenarkan sekolah beroperasi seperti biasa pada 1 mac 2021 lalu dengan mematuhi segala Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Namun masih ada segelintir ibu bapa sendiri yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan malah berebut-rebut untuk mengambil anak masing-masing. Hal ini dikongsi oleh pelakon jelita, Faezah Elai menerusi postingnya di laman Instagram.
“Anak orang start sekolah hari isnin,anak cheq baru hari ni pi sekolah.. Harap-harap mak pak yang nak pi amik anak balik sekolah ikut lah SOP jangan dok pi kequmun depan gate tu na.. kesian anak kami.. sekolah elok dah ikut SOP,mak pak pon ikut lah sama.. dont be so stomach blind (buta peghot) tolak habih anak orang lain,sebab kalut nak amik anak hang..”
Faezah Elai meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa yang pentingkan diri sehingga melanggar SOP yang telah ditetapkan walaupun guru-guru telah meminta supaya ibu bapa mematuhi SOP dan bersabar.
“Dalam dok kata.. lani celah mana anak cheq nak lalu.. sebab tu berat nak hantaq pi school.. cheq sanggup berdiri dalam hujan supaya tak block jalan budak-budak nak keluaq.. haihh!!!! Ni kalau lah ada sorang dalam ramai-ramai ni ada covid,mampoih semua kena!!”
“Nak jerit suruh tepi satgi depa kata berlagak pulak,compom kena sound,tak mau ramai hantaq anak pi private school lah!!
Cikgu dah baguih dah ikut SOP.. adoii.. kesian cikgu dok menjerit..”
Rata-rata warganet meluahkan pendapat maisng-masing berkenaan situasi ini.
Saya sebagai seorang guru, kadang-kadang letih
Tunggu minggu depan 8mac, time tu lagi pack
Jerit kat mak pak macam segan pulak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, Seremban, petang (22 Februari).
Kepala bayi tersangkut kain buaian
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kanak-kanak terbabit ditidurkan di dalam bilik oleh pengasuh.
“Kanak-kanak itu diberikan susu sebelum ditidurkan kira-kira jam 12.30 tengah hari. Pengasuh berkenaan keluar dari bilik itu jam 2 petang untuk melakukan tugas lain.
“Pengasuh masuk semula ke bilik sejam kemudian dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pengasuh terus mengambil kanak-kanak itu daripada buaian dan melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi kanak-kanak itu gagal bernafas semula dan pengasuh terus membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan.
“Kanak-kanak itu sempat dirawat doktor, namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang,” katanya.
Nanda berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badannya berada di dalam buaian.
“Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, untuk bedah siasat bagi siasatan lanjut,” katanya.
Anak tak pernah tidur dalam buaian
Sementara itu, bapa kepada Nour Rania Asyifaa, Yuseri Yusoff berkata anak bongsunya itu, sebelum ini tidak pernah tidur dalam buaian. Malah ketika hari kejadian anaknya berada dalam keadaan baik sebelum dihantar ke pengasuh
“Sebelum ini, anak saya tidak pernah tidur dalam buaian tapi ketika kejadian pengasuh letakkan dalam buaian kerana dia susah hendak tidur.
“Saya terkejut apabila isteri hubungi memaklumkan pengasuh beritahu anak sudah tidak bernafas dan mereka hantar ke Klinik Kesihatan Sendayan pada pukul 3.45 petang, selepas setengah jam doktor beri bantuan pernafasan anak sudah ‘tiada’,” katanya.
Dua kali diuji kehilangan anak
Kejadian itu menjadi ujian berganda kepada pasangan berkenaan apabila pernah kehilangan anak kedua mereka ketika masih bayi pada 2020.
Yuseri berkata, dia menghantar anaknya ke pusat jagaan berkenaan sejak setahun lalu malah anak sulung berusia tujuh tahun juga pernah dihantar ke pusat jagaan sama sebelum ini.
“Saya terima kejadian ini kerana perkara sudah berlaku, yang selebihnya saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Pihak pusat jagaan ada meminta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini dan difahamkan pihak polis ada merakamkan percakapan ibu bapa lain yang menghantar anak ke pusat jagaan itu,” katanya.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!