Masakan yang berasaskan ayam memang menjadi kegemaran sekeluarga. Tambah pula anak-anak memang gemarkan ayam. Lebih senang disediakan jika resipinya simple sahaja.
Ikuti perkongsian resipi ayam masak daun kari ini, memang membangkitan selera dengan aroma daun kari dan kuahnya yang pekat. Selamat mencuba!
Resipi ayam masak daun kari
Bahan-bahan: Ayam setengah ekor (goreng dengan serbuk kunyit ketepikan)
Sebatang serai(ketuk-ketuk)
Bawang kecik 4 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia satu inci(semua di atas tumbuk ya)
3sudu besar cili kering
Sebiji tomato(blend)
Pati ayam knorr seketul
Sedikit sos cili life
Sedikit air asam jawa
Sedikit santan
Sedikit garam dgn gula
Hiasan:
Cilipadi 6 biji
Bawang besar setengah biji
Sedikit daun bawang
Sedikit daun kari (boleh lebih lagi sedap)
Cara penyediaan:
Tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk dengan serai bagi kekuningan…kemudian masukkan ayam yang telah di goreng, masukkan sos cili, santan, air asam, cili kering dengan tomato.. Masak sampai pecah minyak kemudian masukkan garam, gula dengan pati ayam knorr..kemudian tunggu sampai kuah betul-betul pekat masukkan hiasan ..Cili padi, bawang besar, daun kari dengan daun bawang.
Tutup api dah siap
Sumber : Siti Fatimah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam cara sudah mama cuba untuk pastinya anak kita makan sayur. Ada yang kreatif sembunyikan dalam nasi, buat bebola sayur, goreng rangup dan sebagainya. Salah satu cara adalah sediakan dengan bergedil yang selalu kita makan. Sedar tak sedar anak dah makan habis.
Resipi yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya Yacob buat anaknya ini nampak menarik. Bukan buat saja-saja tapi banyak sangat khasiatnya. Selain baik untuk otak, ia juga baik untuk kalsium dan zat besi. Jom cuba!
BERGEDEL BROKOLI MAKANAN JEJARI ANAK 1 TAHUN KE ATAS
Kalau cerita dengan saya ni semua haruslah serba mudah. Terutama sekali apabila Cik Bunga sudah pun berusia 1 tahun 2 bulan sekarang. Maka mudahlah urusan menyediakan makanan untul seisi keluarga.
Masak satu jenis semua boleh makan.
Bergedel Brokoli ini adalah favourite seisi keluarga. Bila hujung minggu maka wajib lah saya sediakan, buat banyak supaya semua boleh makan.
Saya banyak masukkan sayuran hijau seperti brokoli dan batang seleri di dalam masakan baik makanan jejari mahupun makanan utama mereka.
Ini kerana sayur-sayuran ini memiliki kandungan zat besi dan kalsium yang tinggi. Maka tidak perlu bergantung lagi dengan susu kerana sumber makanan alami sudah mencukupi untuk mereka!
BERGEDEL BROKOLI
Bahan-bahannya:
Tepung gandum
Telur
Serbuk ikan bilis
Daun bawang
Brokoli
Keju parmesan
Cara-caranya adalah:
1. Gaul sebati semua bahan di atas dan bentukkan sesuai saiz dan bentuk keinginan ibu-ibu.
2. Goreng di dalam minyak yang panas.
3. Siap dah. Sedap kalau ‘deep’ dalam Mushroom Cheese atau Cheese spread.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan dengan kek coklat, apa kata kita cuba pula kek berasaskan gula perang ini. Kek Span Marble Pucci yang comel ini boleh mama cuba untuk variasikan rasa kek buat anak-anak. Paling menarik rasanya cukup enak dan gebu. Nak buat pun senang kerana menggunakan sukatan cawan.
Kek perkongsian Puan Farisha Sofea ini memang cantik, penggunaan warna yang lembut, sesuai untuk disajikan kepada anak-anak sepanjang PKP ini. Paling senang kerana menggunakan sukatan cawan sahaja. Jom cuba!
Bahan Bahan :
Bahan A :
4 biji telur gred B
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu penuh krim
1 sb ovallette
1 sk esen vanilla
Bahan B ( diayak ) :
3/4 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 sk serbuk penaik
Bahan C :
1/4 cawan minyak jagung
Bahan Lain :
Pewarna pilihan
Satukan ke semua Bahan A. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan pukul sehingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan Bahan C dan kaup balik sehingga sebati. Asingkan sedikit adunan untuk diletakkan pewarna.
Tuangkan adunan asal ke dalam loyang 7″ yang telah digris (saya masukkan serbuk koko dalam adunan).
Kemudian masukkan pula adunan berwarna secara bertompok tompok mengikut kreativiti masing masing dan lorekkan adunan tersebut.
Sementara itu panaskan oven, hentakkan sedikit loyang untuk membuang buih gelembung. Bakar pada suhu 170°C selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
Setelah masak , sisipkan keliling loyang dan terlangkupkan. Kemudian terlangkupkan semula dan biarkan sehingga sejuk sebelum dipotong .
Siap sedia dihidang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.