Menanti lama kehadiran cahaya mata dan gagal selepas mencuba rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada penghujung tahun lalu tidak mematahkan semangat pelakon Aprena Manrose untuk memiliki zuriat.
Walaupun pada awalnya dia merasa kecewa namun dia akur dengan ketentuan Allah malah tidak patah semangat untuk mencuba lagi.
“Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF pada hujung tahun lalu.
Ads
“Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa rasa down juga la.
“Tapi baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa lah, saya berehat sekejap untuk kerja balik.
Ads
“Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, saya akan buat semula,” katanya lagi.
Terdahulu, Aprena mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.
Ingin berkongsi rasa bahagia mempunyai zuriat sendiri, pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar yang sedang menanti saat bergelar ibu dan ayah meluahkan hasrat untuk membantu pasangan yang sudah lama ingin memiliki zuriat.
Niat murni pasangan ini dimaklumkan melalui akaun Instagram Irwansyah baru-baru ini apabila penyanyi lagu Pencinta Wanita itu berkongsi dengan pengikutnya tentang program ‘Bayi Tabung Bersama Syahki’. Ia juga adalah hasil usahasama pasangan ini dengan klinik Morula Jakarta & Bandung.
Menerusi program tersebut, dua pasangan terpilih akan ditaja untuk menjalani rawatan kesuburan iaitu In-Vitro Fertilization atau IVF.
Menurut Zaskia pula kepada Fimela dalam satu sidang media virtual pada Rabu yang lalu, dia dan suaminya mahu berkongsi rasa bahagia memiliki cahaya mata sendiri.
“Kami tidak mahu bahagia sendiri, semoga bayi tabung bersama Syahki ini, kami dapat membantu cita-cita calon ibu dan bapa mendapatkan anak secara IVF dan ia percuma,”
Memetik laporan Fimela, Irwansyah dan Zaskia turut berasa bersyukur apabila diberi rezeki dari segi kewangan untuk menjalani rawatan IVF tersebut.
Mencari satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Bandung, pasangan ini cukup memahami jika ada ibu dan bapa yang mengidamkan cahaya mata tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan IVF yang berkos tinggi.
Program ini turut menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi antaranya pasangan mestilah tidak melebihi 33 tahun, belum memiliki zuriat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Keinginan kami untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan dengan membantu pasangan memperoleh anak. Kami berharap program ini memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar berkeinginan mempunyai zuriat,” ujar Irwansyah.
September lalu, penantian cahaya mata pasangan ini selama 10 tahun berakhir apabila Zaskia disahkan hamil selepas menjalani rawatan IVF. Usia kandungannya kini memasuki bulan kelima.
Sekadar info, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
Sewaktu hamil, pemakanan ibu sangatlah penting. Waktu inilah ibu harus menjaga untuk ambil makanan yang sihat, dan lebih berkhasiat. Terutamanya keperluan nutrisi seperti protein, kalsium, zat besi dan folate akan bertambah dari sebelum hamil.
Berat badan ibu yang hamil diharapkan untuk bertambah secara sikit sikit, tapi konsisten, sepanjang kehamilan. Jumlah peningkatan berat badan yang diharapkan ibu hamil adalah dalam 5 – 18kg tergantung berat sebelum hamil.
Saya selalu nasihatkan pesakit saya untuk pastikan pemakanan seharian adalah cukup dan sihat, walaupun ibu tidak selera makan atau dalam fasa alahan (morning sickness). Trimester pertama kehamilan adalah sangat penting, kerana pada fasa itulah pembentukan organ bayi sedang berlangsung.
Pada ibu yang mengalami alahan (morning sickness) yang teruk pada trimester pertama kehamilan, makanan yang seimbang dan sihat nampak sangat susah. Namun itulah perjuangan si ibu, bermula dari si anak masih sebesar biji kacang. Semoga segala pengorbanan dan perjuangan ibu sekalian diberkati.
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang ini bukanlah untuk si bayi sahaja, tapi untuk ibu juga. Apabila ibu mengambil nutrisi yang mencukupi untuk keduanya, badan akan dapat memberi nutrisi kepada bayi tanpa menjejaskan keperluan si ibu.
Hujung-hujungnya, proses kelahiran bayi akan menjadi lebih mudah insya-Allah, dan mengelakkan ibu mendapat masalah di kemudian hari disebabkan kekurangan nutrisi semasa hamil, contohnya osteoporosis (disebabkan kekurangan kalsium).
Makanan apa yang penting untuk ibu hamil:
Protein
Protein memberi efek pada tumbesaran bayi secara langsung, termasuklah otak. Ia juga memainkan peranan untuk membentuk tisu pada payudara dan rahim, di mana bayi akan terus membesar. Selain itu protein juga penting dalam meningkatkan jumlah darah.
Kalsium akan membantu badan mengawal cairan dalam badan, juga membantu dalam pembentukan tulang dan gigi bayi.
Contoh makanan sumber kalsium
moringa, makanan tenusu (susu, yogurt, keju), tofu, telur, almonds, kubis, salmon, kale, broccoli, bok choy
Zat besi (iron)
Diambil bersamaan dengan sumber garam mineral lain seperti sodium, potassium, dan air, zat besi akan membantu meningkatkan jumlah darah dan mengelakkan anemia.
Folate memainkan peranan penting untuk perkembangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Folate yang mencukupi akan mengurangkan masalah kongenital yang major seperti masalah pembentukan neural tube, termasuk spina bifida. Digalakkan mengambil makanan bersumber folate / supplement folic acid walaupun sebelum hamil.
Contoh makanan sumber folate
bayam, lettuce, kubis, yeast flakes, buah buahan citrus, kekacang, celery, carrot, bunga kubis
Vitamin C
Buah dan sayur yang tinggi vitamin C akan membantu dalam penyembuhan luka, pembentukan tulang dan gigi, juga proses metabolik.
Contoh makanan sumber vitamin C
baobab, pelbagai buah buahan, roselle, sayuran hijau, tomato
Lemak / Essential Fatty Acids
Lemak sebenarnya penting untuk ibu mengandung. Bayi akan membentuk lemak, susu ibu sendiri mempunyai 55% lemak. Lemak yang dimaksudkan di sini adalah lemak sihat seperti dalam minyak kelapa dara, minyak zaitun, buah avocado. Ibu hamil juga harus mendapatkan vitamin larut lemak (A,D,E,K), DHA, dan EPA yang secukupnya. Semua ini adalah penting untuk perkembangan bayi.
Cadangan makanan
chia seeds (omega-3, omega-6), cod liver oil, fish oil
Probiotic / prebiotic
Makanan untuk kesihatan usus ni sangat penting untuk ibu hamil, juga untuk bayi di dalam kandungan. Saya tak pernah lupa untuk ingatkan pesakit saya untuk ambil yang ini.
Sumber: Dr. Aimi Jaafar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika hamil, salah satu perkara yang menjadi kegusaran ibu hamil adalah stretch marks. Perkara ini boleh membuatkan seseorang wanita menjadi malu dan rendah diri terutamanya jika terlalu banyak regangan kulit terjadi semasa kehamilan.
Biasanya stretch marks akan terjadi pada perut, paha dan punggung. Ketika awal kehamilan mungkin tidak kelihatan tetapi semakin perut membesar ia semakin ketara dan malangnya agak sukar untuk hilang biarpun selepas melahirkan anak.
Sejak post saya tempoh hari, ramai ibu mengandung yg tanya cara utk hilang stretch marks. Ok kena belajar dahulu apa itu stretch marks, baru boleh faham kenapa rawatan-rawatan ini diberikan.
Baiklah, jom belajar. Threads!
1. Dalam bahasa perubatan, stretch marks dipanggil striae. Sebutannya “STRAI-YEY”. Striae dtg dari bahasa latin maksudnya groove (sesuatu yg melekuk ke dlm). Ia sgt common ya. Boleh berlaku dalam 50 – 90% wanita mengandung.
2. Kenapa stretch marks terbentuk? Ia disebabkan oleh luka bawah kulit kerana saiz badan yg bertambah secara mendadak (rapid growth) ataupun kerana keregangan kulit yg melampau (over-stretching). Kalau tengok bawah microscope, umpama kulit itu terkoyak di lapisan tengah2 tu.
3. So stretch marks nampak mcm mana? Tanda awal sekali adalah kawasan kulit menipis. Bagi mereka yg berkulit cerah, mungkin kulit kelihatan merah jambu muda (light pink). Kadang-kadang, boleh jadi gatal.
Kemudian, akan kelihatan garisan-garisan merah atau purple yg membengkak (straie rubrae). Lama-kelamaan, garisan akan menjadi cerah (warna putih/warna kulit) & nipis. Ini dipanggil striae albae. Rubrea = red. Albae = white. Easy right?
4. Selain wanita mengandung, siapa lagi boleh dpt stretch marks? Ramai sebenarnya. Remaja yang meningkat usia & mengalami growth spurts (selalu kelihatan di punggung, paha). Golongan bina badan (bahu), obese/berat badan berlebihan. Penggunaan steroid pun boleh jadi penyebabnya.
5. Ok sekarang mcmana nk rawat ni. Jujurnya, setakat ini, berdasarkan kajian, masih belum ada 1 rawatan yg terbukti 100% berkesan menghilangkan stretch marks. Don’t worry, there are treatments u can try. If it works for you, alhamdulillah!
Ok here goes ;
i. Penggunaan pelembab. Guna sekerap mungkin. Seeloknya sebelum keregangan kulit berlaku. Contohnya untuk ibu-ibu, sebaik tahu sahaja mengandung, digalakkan memakai pelembab selalu.
Kajian-kajian kecil ada menunjukkan andungan pelembab yg maybe menolong stretch marks adalah ascorbic acid, hyaluronic acid, vitamin E , almond oil & cocoa butter.
ii. Penggunaan topical vitamin A iaitu tretinoin. Ada kajian menunjukkan tretinoin 0.05% boleh menolong stretch marks dalam 47% pesakit. Tretinoin bagus dari segi pertumbuhan kulit baharu…
Namun perlu ditekankan di sini, penggunaan tretinoin/vitamin A bagi ibu mengandung tidak dibenarkan sama sekali kerana ada potensi kelahiran bayi cacat. So kalau anda ada stretch marks disebabkan oleh hal selain mengandung, bolehlah cuba ya.
iii. Sekarang, banyak yg berbicara tentang rawatan laser utk stretch marks. Setakat ini kebolehan laser tampak lebih bagus berbanding rawatan sapu pelembab semata-mata. Contoh laser yg boleh digunakan adalah carbon dioxide (CO2), Er:YAG, Nd:YAG, pulsed dye & excimer laser.
iv. Rawatan-rawatan lain yg boleh dicuba termasuklah chemical peeling (penggunaan asid ringan pada kulit) seperti trichloroacetic acid, retinoic acid & gycolic acid. Microneedling pun boleh cuba. Malah, ada yg menggunakan teknik phototherapy. Lain orang, lain keberkesanannya.
6. Ok itu sedikit sebanyak pencerahan ttg stretch marks. Ia tidak berbahaya. Kami merawat lebih kepada rawatan kosmetik bagi meningkatkan keyakinan diri ibu-ibu yg kita sayang ni.
7. So, jika anda ada stretch marks dan tidak tahu mana rawatan hendak cuba, datang jumpa dengan doktor dahulu. In sha Allah, kita go through the best treatment option for you k?
That’s all for today, babai!
Ref : A Narrative Review of Current Striae Treatments (2022)