Penyanyi dan pengacara versatil, Elly Mazlein yang kini sedang menunggu hari melahirkan anak keduanya dilihat sudah pun membuat persiapan akhir menyambut bayinya.
Malah menerusi perkongsian Elly di program Meletop baru-baru ini, Elly sudah pun mengumumkan percutiannya khusus untuk menyambut kelahiran bayi lelaki yang bakal diberikan nama Haider oleh Elly dan suami.
Teruja menantikan kelahiran kedua itu, Elly dilihat sudah membuat persiapan akhirnya. Malah menerusi Insta Storynya, personaliti versatil ini sudah pun menyiapkan barang keperluan diri dan bayi untuk di bawa ke hospital.
” Sentiasa siap-siap awal dan letak dalam kereta. Baby kekadang suka keluar awal. Dalam beg ni dah siap kelengkapan bayi untuk bagi pada nurse.
” Satu plastik dah siap letak pampers, barut, baju stocking, towel, minyak, barang mandian dan lain-lain.
“Kak Lina siap buat 3 plastik untuk 3 hari, senang tak kelam kabut nanti,” jelasnya.
Tidak hanya untuk baby Haider, bahkan Elly turut mempersiapkan sebuah beg besar untuk dirinya sendiri sepanjang berada di hospital kelak.
Ads
” Dalam beg besar pulak, barang keperluan Kak Linalah dan standby juga barang baby, worry ada yang tak cukup.
“Biar bawa banyak dari tak cukup. Huru hara dikk. Biyo orang kata macam nak pindah dok sepital. Asalkan tak menggelabah tombol pintu barang tak cukup. Time tu Kepomm boleh jadi singa Lion King dik,” tulisnya lagi.
Dah mula contraction awal, baby Haider buat kejutan
Melalui beberapa perkongsian Elly di Instagram, baby Haider sudah pun membuat kejutan awal dan menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan.
Pun begitu Elly sudah pun dibenarkan untuk pulang dari hospital kerana masih belum sampai masa untuk bersalin.
“Ok dah boleh balik jap lagi. Alhamdulillah rasa contraction dah kurang lepas nurse bagi ubat & injection.
Ads
“Moga Baby Haider baik-baik aje dalam peyot mama ya. Sikit je lagi. Sabar ye, Atuk Papa Mama & kakak Manja pun tak saba nak jumpa Haider.
“InsyaAllah see u soon Permata Ke 2 mama wahai Haider,” kongsi Elly menerusi Instagramnya.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk Baby Haider dan mama Elly. Semoga dipermudahkan kelahiran kelak.
Terdahulu, Elly dan suaminya, Mohammad Azlan Che Nuh mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020. Pasangan ini sedang menantikan kelahiran zuriat pertama mereka. Elly turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Puteri Sara Sefhia menerusi perkahwinannya yang terdahulu.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2020 sememangnya mencatatkan seribu satu kenangan manis buat semua. Biar pun dilanda pandemik yang mengancam seluruh dunia, namun 2020 juga turut memberikan sinar kehidupan bagi sesetengah orang bila mana dikurniakan anak di tahun 2020 tidak kurang juga yang bakal melahirkan cahaya mata.
Lima selebriti popular ini antara yang bakal menyambut kelahiran orang baru. Ada juga dikalangan mereka yang sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa sahaja, begitu juga dengan kelahiran ‘Baby2021’. Peminat pastinya antara yang cukup teruja menantikan perkhabaran gembira daripada selebriti kesayangan mereka.
Berikut ditampilkan lima selebriti popular yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi termasuklah ‘Baby 2021’. Tahniah diucapkan buat kesemuanya. Semoga kehamilan selebriti hebat ini dipermudahkan!
Zahirah Macwilson
Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Redza kini berada di Perth, Australia untuk menyambut kelahiran bayi pertama mereka di sana. Zahirah dikatakan bakal melahirkan bayi sulungnya dalam masa terdekat atau selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan. Sepanjang berada di Perth, baik Zahirah mahupun Aiman sering berkongsi gambar mereka di sana dan melakukan pelbagai aktiviti untuk memudahkan kelahiran kelak.
Pada November lalu, Zahirah dan Aiman juga mengadakan majlis baby shower sebelum kelahiran bayinya. Tema warna lembut, kuning dan pastel menjadi pilihan mereka. Tak sabar rasanya menantikan Zahirah dan Aiman junior.
Mawar Rashid
Selain Zahirah yang menanti kelahirannya, kandungan Mawar Rashid juga sudah pun memasuki usia 8 bulan. Awal tahun depan pastinya bayi kedua Mawar bakal menyinari hidupnya dan suami, Raf Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Datuk Fazley Yaakob.
Mawar bagaimana pun masih belum membuat pengumuman mengenai jantina bayinya. Semoga dipermudahkan.
Ain Edruce
Selepas berteka teki, akhirnya Ain Edruce tampil membuat pengumuman mengenai kehamilannya yang kini sudah pun berusia empat bulan lebih. Berkongsi khabar gembira tersebut di laman YouTube miliknya, Ain mengesahkan yang dirinya kini sedang berbadan dua dan amat teruja menantikan kelahiran bayi mereka.
“Yes i’pregnant…alhamdulillah,” kata Ain menerusi satu video yang dikongsikan di Youtubenya.
Ain yang mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amirul Hafiz dijangka bakal menimang cahaya mata sulungnya sekitar April tahun hadapan.
Scha Al-Yahya
Menerusi satu video pengumuman yang dibuat oleh anak sulungnya, Lara Alana ternyata mengejutkan ramai pihak. Aksi comel dan spontan Lara ketika mengumumkan kehamilannya ibunya amat mencuit hati. Kini kandungan Scha Al-Yahya difahamkan sudah pun berusia 7 bulan. Malah Scha dijangka melahirkan bayi keduanya itu sekitar Februari 2021.
Tak sabar rasanya menantikan khabar gembira dan video Lara pertama kali bertentang mata dengan adiknya. Pasti comel!
Dato Sri Siti Nurhaliza
Selepas pelbagai spekulasi mengenai kehamilan Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi kesayangan ramai itu akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata kedua. Tok Ti tampil mengesahkan kehamilannya menerusi satu sesi di talian.
Menurut Tok Ti lagi, dia enggan mendedahkan kehamilannya kerana merasakan masih terlalu awal sehinggalah kandungannya itu kini berusia 4 bulan. Difahamkan, Tok Ti akan turut melahirkan anak keduanya pada April 2021 dan berharap semua pihak mendoakan kehamilannya berada dalam keadaan baik.
“Benar saya sedang hamil empat bulan. Alhamdulillah, saya ingin berterima kasih kepada semua kerana ramai yang mendoakan kehamilan kedua ini. Doakan semoga kehamilan ini saya diberikan kekuatan serta melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna.
“Soal jantina saya terima dengan hati terbuka, tapi lebih seronok kalau keham1ilan kali ini dapat timang anak lelaki. Apapun doakan agar semuanya berjalan dengan baik,” katanya dalam pengumuman yang dibuat baru-baru ini.
Semoga kehamilan dan proses kelahiran kesemuanya dipermudahkan Allah SWT. Peminat pastinya tidak sabar menantikan perkhabaran gembira dari mereka.
“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yang dikandung tu jadi gelap, macam kicap tu gak ! “ – ujar makcik Rosnah kepada anaknya yang baru disahkan oleh doktor hamil dalam 4 bulan.
“Ko jangan degil dengar cakap mak. Keluarga kita semua putih putih cerah-cerah. Anak kakak ko si Betty tu, tengok anak dia dah itam legam, betty degil tak nak dengar cakap mak dulu. Budak-budak sekarang ni bukan boleh ditegur sikit. Cakap kita kolot la ape lah. Padahal aku yang makan garam dulu dari korang tau” – tambah makcik Rosnah bila anak yang dileteri itu mencebikkan muka bila ditegah makan kicap.
Masalahnya, benar ke makan kicap, anak yang dikandung tu boleh jadi gelap macam kicap tu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ni minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya tu.
Dia lupa ke yang kicap tu asalnya dari kacang soya sendiri? Pening
Ok menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak beliau berkongsikan mengenai perkara ini. Adakah fakta atau auta.
Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.
Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yang tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit je sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino
So jelas sebenarnya permakanan tak mempengaruhi warna kulit bayi. Tapi sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik – iaitu warna kulit mak atau ayah bayi tu sendiri.
Penyelesaiannya mudah saja, kalau nak sangat baby putih melepak, kenalah kawin dengan mat salleh yang putih melepak.
Tahniah diucapkan buat penyanyi rap, Caprice yang berkongsi perkhabaran gembira kehamilan isterinya yang kini sudah pun lima bulan.
Bukan tidak mahu berkongsi, akui Caprice lagi dia tampil berkongsi selepas mendapat persetujuan dari isteri tercintanya, Farra Inalis.
“Alhamdulillah buat pertama kali saya ingin umumkan selepas minta izin isteri dulu, yes or no?
““Alhamdulillah, ini adalah pengumuman kali pertama yang bakal dibuat hari ini yang mana isteri saya disahkan hamil lima bulan,” katanya berkongsi.
Sering diasak dengan pertanyaan mengenai zuriat, Caprice bagaimanapun meluahkan rasa lega dan begitu teruja untuk menimang cahaya mata pertama bersama isteri.
“Selepas saya kahwin, ramai yang tanya saya kenapa tak mahu cuba dapatkan anak.
“Bukan tidak mahu mencuba tetapi sewaktu baru berkahwin dulu ada macam-macam masalah berlaku.
“Tekanan daripada perniagaan dan media sosial, jadi saya fikir bukan masanya untuk menimang cahaya mata di ketika itu.
“Jadi saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi Alhamdulillah saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,” katanya lagi.
Terdahulu, Caprice mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Farra Inalis pada November tahun lalu. Farra turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea melalui perkahwinan terdahulunya.
Mak ayah mana yang tak terkesan bila mana anak asyik bergaduh. Walau hanya hal yang kecil, jangan dibiasakan kerana pergaduhan anak waktu kecil boleh memberi kesan apabila mereka membesar.