Kasihan kanak-kanak yang kena HFMD. Tambah lagi anak kecil yang tak pandai nak beritahu rasa ketidakselesaan itu. Hanya dengan rengekan saja lah yang boleh buat ibu bapa tahu anak tak sedap badan.

Setiap negeri mencatatkan peningkatan yang mendadak kes HFMD. Menurut Dr Anisah Ali, HFMD ni tak macam chicken pox. Chicken pox rashes satu badan, anak-anak ni gatal gatal je.

HFMD, antara gejala utama dia adalah ulcer dalam mulut. Dan ulcer dia bukan sebiji saja. Banyak!

Kita kena ulcer sebutir pun dah stress. Bayangkan dalam mulut ada lebih dari 5 ulcer. Kanak kanak ni nak makan susah. Nak minum sakit. Bila taknak makan, mereka boleh jadi dehydrated. Lagi melaratkan kesihatan.

Perlu dibawa ke hospital untuk masuk air. Dah kena cucuk cucuk pulak. Sangat tak selesa untuk siapa-siapa saja yang kena HFMD ni. KESIAN lagi-lagi kalau kanak-kanak kecil yang kena.

And the worse part is, ianya mudah merebak. Jadi, kita sebagai orang dewasa ni kena ambil extra precaution. Bantu anak anak kita ELAK jangkitan ni.

Dalam Seminggu Virus HFMD Boleh Tersebar. Dr Kongsi Tolong Alert Faktor Ini!

✳️ TANDA-TANDA & GEJALA JANGKITAN :

1) Demam
2) Lemah / Keletihan
3) Hilang selera makan
4) Bintik-Bintik merah (ruam) di tapak kaki/tapak tangan/ kawasan lampin
5) Ulser dalam mulut/ keliling mulut.

Boleh juga pesakit tidak menunjukkan kesemua tanda. Cukup ada dua daripada tanda-tanda diatas kita perlu consider HFMD sebab tengah outbreak sekarang ni.

IKLAN

Lagi cepat kita sedar, lagi cepat kita boleh rawat gejala dan elak jangkitan merebak.

✳️ CARA HFMD BERJANGKIT DARI PESAKIT KE INDIVIDU LAIN :

1) Kontak rapat dengan pesakit bergejala dan berlaku sentuhan dengan lepuhan atau najis pesakit
2) Sentuhan pada permukaan yang telah dijangkiti
3) Berkongsi mainan, peralatan peribadi, alat pemakanan.
4) Tersebar melalui bersin atau batuk pesakit.

Dalam Seminggu Virus HFMD Boleh Tersebar. Dr Kongsi Tolong Alert Faktor Ini!

✳️ CARA MENGURUS PESAKIT HFMD :

Kebiasaannya pesakit HFMD ni dapat gejala ringan sahaja. Maknanya, demamnya tak tinggi sangat. Takde gejala yang teruk teruk.

TAPI, sebabkan mereka dapat ulser mulut tu. Dia akan buatkan mereka susah nak minum dan makan. Mereka akan selalu kesakitan (sakit kann ulser mulut ni!). Ini lah yang akan buat pesakit lemah dan nampak stressful sikit.

IKLAN

Jadi cara mengurus kanak kanak/pesakit HFMD ni

1) Berikan ubat untuk demam (Paracetamol syrup) dan ubat untuk ulser mulut (Aloclair spray, Oral Aid, Bonjela etc)
2) Bagi mereka rehat yang secukupnya. Lagi cukup rehatnya, lagi cepat healing-nya.
3) Galakkan mereka minum air banyak dan kerap. Elakkan mulut mereka kering. Bagi mereka minum air kegemaran supaya emosi mereka baik. emosi yang sihat membawa kepada kesihatan yang sihat juga.
4) Kerapkan basuh tangan dengan sabun.
5) Bersihkan hingus, batuk atau apa saja cairan dari hidung/mulut mereka dengan sempurna. Kalau lap guna tisu, pastikan tisu dibuang terus. Jangan
biar merata nanti orang lain pulak dapat hfmd.

Jangkitan HFMD ni adalah self-limiting. Maknanya dia akan sembuh sendiri. Dan biasanya ambil masa antara 7-10 hari. Bergantung pada ketahanan dan imuniti badan pesakit.

Dalam Seminggu Virus HFMD Boleh Tersebar. Dr Kongsi Tolong Alert Faktor Ini!

✳️ LANGKAH MENGELAK JANGKITAN HFMD
1) Kerap basuh tangan dengan sabun, jika di luar gunakan hand sanitizer
2) Elakkan bersentuhan dengan pesakit HFMD.
3) Membersihkan dan membasuh peralatan dan mainan pesakit dengan sempurna
4) Kuatkan ketahanan badan dengan nutrisi pemakanan yang lengkap. Cukupkan vitamin vitamin penting untuk badan.

Imuniti badan kita main peranan yang besar. Ada pesakit gejalanya ringan saja. Ada pesakit gejalanya lebih banyak dan mungkin jangkitannya lebih lama.

IKLAN

Ini semua faktor ketahanan badan masing masing. Badan yang tak cukup zat, kurang vitamin dan minerals akan mudah sakit dan lambat baik.

Jadi, key point dia kita kena sediakan badan dan imuniti yang kuat untuk redah segala macam ancaman jangkitan keliling kita sekarang ni.

Kalau anak kita jenis mudah sakit. Perkuatkan dia dengan pemakanan yang baik dan vitamin yang boleh melengkapkan jurang pemakanan dia.

Moga sihat sihat sahaja semua. Semoga Allah melindungi kita semua dari kemudaratan.

Kredit: Dr Anisah Ali

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Dalam Seminggu Virus HFMD Boleh Tersebar. Dr Kongsi Tolong Alert Faktor Ini!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI