Tahniah diucapkan buat pengacara dan penyampai radio, Haziq Husni yang selamat menimang cahaya mata ketiganya semalam.
Menerusi Instagramnya, Haziq memanjatnya rasa syukur yang tidak terhingga kerana dipermudahkan urusan kelahiran bayi ketiganya itu. Begitu juga dengan kesihatan isteri yang baik dan semakin sihat.
Menurut kata Haziq lagi, anak ketiganya yang merupakan seorang bayi perempuan ini lahir tepat jam 9.52 pagi semalam.
“Assalamualaikum. 25/5/2022 952am, another princess was born,”tulisnya berkongsi khabar gembira.
Kata Haziq lagi, kali ini dia amat bertuah kerana berpeluang menemani isterinya ketika berada di dewan pembedahan malah dapat memegang tangan isterinya sepanjang detik mencemaskan itu.
Ads
Titip ucapan paling sweet untuk isteri
Melalui entri yang sama itu juga, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut berterima kasih buat isteri tersayang malah membingkiskan ucapan penuh manis buat isterinya, Ayunda Putri.
“Kali kedua teman @ayundaputrii masuk OT.
Ads
“Dapat pegang tangan dia sepanjang operation. Ibu kuat. Pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak sayang. Tq so much 🤍,” tulis Haziq lagi.
Dalam pada itu, perkongsian khabar gembira dari Haziq itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan pengikut setianya.
Penyakit gila meroyan boleh menyebabkan ibu terdengar suara halus berbisik menyuruhnya membunuh si anak yang asyik menangis sahaja.
Bukan pertama kali kita dengar berita ibu kelar anak tanpa sedar selepas dengar ada suara halus berbisik di telinganya.
Seluruh negara terkejut mendengar berita tersebut dan terfikir macam mana seorang ibu sanggup mengelar anak sendiri dengan pisau sampai mati.
Ia bukan perkara mustahil. Ibu tersebut dikatakan tidak sedar semasa mengelar leher anaknya. Ibu itu sebenarnya menghadapi masalah gila meroyan.
Dr Afiq Rahim pernah menulis mengenai hal gila meroyan di kalangan wanita baru bergelar ibu. Fahami betul-betul apa simptomnya supaya rawatan awal dapat mencegah daripada berlaku perkara lebih buruk.
Apa itu Gila Meroyan aka Postpartum Psychosis?
Para ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran anak.
Ianya disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress/gangguan emosi kepada isteri.
Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada pada keadan mental & fizikal yang LEMAH.
Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan.
Sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain.
Dan kanak-kanak adalah mangsa paling mudah dicederakan.
Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.
Tanda-Tanda Ibu Gila Meroyan
Antara tanda-tandanya adalah
– bercakap seorang diri
– berhalusinasi
– berfikir hal tidak rasional
– was-was
– keliru
– gagal menjalankan tanggungjawab
– tiada minat untuk melakukan apa-apa
– acap menangis
– sering mengadu
Dan pelbagai lagi masalah.
Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas seperti kes ini dan berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi.
Anggota keluarga terutama SUAMI yang merasakan perubahan pada isteri, WAJIB merujuk perkara berkenaan segera kepada pihak kesihatan.
Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Rawatan Gila Meroyan
Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah sokongan padu kepada mereka.
Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin.
Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.
Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai kepada Tuhan. Kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.
Cara lain adalah kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.
Ingat, kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan.
Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan.
Dan wahai para suami, jangan abaikan tanggungjawab anda (ini adalah saranan umum dan tidak merujuk suami mangsa)
Isteri anda memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.
Keajaiban sel stem dari tali pusat bayi mampu mengubati. Tidak hanya sekadar ditanam selepas kelahiran, kemajuan teknologi terkini merungkai keistimewaan darah dari tali pusat yang keupayaan merawat hampir 80 jenis penyakit.
Darah dan tisu dari tali pusat daripada bayi ini kaya dengan sel stem muda dan belum rosak akibat terdedah kepada pelbagai pencemaran. Ia juga boleh berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah.
Darah tali pusat mengandungi banyak sel dan satu daripadanya adalah sel stem. Penyimpanan darah tali pusat adalah salah satu keputusan yang baik. Sekiranya ia tidak digunakan pada masa kini dan kepada anak anda, ia mungkin akan memberikan manfaat kepada ahli keluarga anda yang pada masa akan datang .
Sesetengah bank darah tali pusat menyediakan perkhidmatan penyimpanan darah tali pusat manakala ada juga yang meyediakan perkhidmatan lain termasuk menyimpan isi tali pusat atau Wharton Jelly dan darah tali pusat itu sendiri.
6 INFO MENGENAI SEL STEM & FUNGSINYA
#1. Sel stem ialah sel utama atau sel induk yang membentuk sel-sel lain, tisu dan organ tubuh manusia.
#2.Tali pusat bayi yang baru dilahirkan kaya dengan sel stem yang terbahagi kepada sel hematopoietic dan sel stem Mesenchymal.
#3. Sel stem adalah sel yang paling sempurna dan kombinasi dua sel ini mempunyai risiko penolakan yang rendah semasa pemindahan.
#4. Sel stem hematopoietic dan sel stem Mesenchymal ini mempunyai dua fungsi yang berbeza dan boleh digunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang berlainan.
#5. Sel stem hematopoietic berupaya mengubati penyakit berkaitan dengan dengan darah seperti leukemia, talasemia, limfoma dan anemia.
#6. Sel stem Mesenchymal pula boleh merawat penyakit yang berkaitan dengan otot dan saraf seperti penyakit jantung, retina mata, osteoarthritis dan kencing manis.
Justeru, anda yang bakal menyambut kelahiran bayi perlu mempertimbangkan tentang penyimpanan darah tali pusat anak kerana banyak kelebihan yang diperolehi daripadanya. Ia berupaya menyelamatkan nyawa dan mengubati bukan sahaja anak yang terbabit, tetapi adik beradik dan ahli keluarga yang lain.
Sel stem atau darah tali pusat memang seelok-eloknya disimpan untuk kegunaan anak dan adik-beradiknya. Keajaiban sel stem mempunyai banyak manfaatnya.
Mama papa ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan menyimpan darah tali pusat boleh ikuti rancangan TV Pa&MA yang mengetengahkan tajuk Kepentingan Stem Cell pada 11Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135). Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di saat perasaan berdebar dan takut menanti kehadiran orang baru, hanya doa ibu mengiringi perjalanan kehamilan. Apa yang diharapkan dari seorang ibu, biarlah anak yang dilahirkan selamat, sihat dan sempurna.
Namun sebagai ibu, ada yang bernasib baik mengandung tanpa alahan teruk, ada yang dari awal kehamilan hingga saat nak melahirkan pun masih lagi berulang alik ke hospital dan ada alahan. Tetapi semua itu dilalui dengan penuh sabar.
Kisah yang menyayat hati perkongsian Dr Redza Zainol ini mengenai besarnya pengorbanan ibu sehingga syahid ketika melahirkan anak benar-benar membuktikan hebatnya wanita bergelar ibu.
Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone.
Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”
“Caesar di Red Zone?”
Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.
Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.
Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”
Saya macam tak percaya.
Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.
Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera.
Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.
Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.
Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital.
Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.
Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.
Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.
3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.
Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.
Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.
Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.
Antara contoh layanan baik pada isteri:
✔️ Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung.
– Penyakit apa yang dihadapi.
– Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari.
– Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.
✔️ Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan.
– Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri.
– Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.
✔️ Ambil alih kerja-kerja di rumah.
– Termasuk jagakan anak-anak yang lain.
– Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.
✔️ Jadi pendengar yang baik.
– Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.
✔️ Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri.
– Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah.
– Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.
✔️ Mengurut pinggang dan kaki isteri.
✔️ Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.
Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.
Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.
Kredit: Dr Redza Zainol
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!