Kelahiran seorang bayi adalah anugerah yang tidak ternilai. Namun, di sebalik kegembiraan tersebut, terdapat tanggungjawab penting yang perlu dilaksanakan oleh si bapa, iaitu menguruskan uri bayi dengan cara yang betul dan mengikut panduan Islam.
Uri, atau plasenta, adalah organ yang menghubungkan bayi dengan ibu semasa dalam kandungan dan perlu diuruskan dengan penuh penghormatan selepas kelahiran.
Berkongsi rasa tanggungjawab, Pa&Ma memberikan panduan khususnya untuk bapa dalam menguruskan uri sebaik ibu melahirkan anaknya. Ikuti panduan yang dikongsikan oleh En Yusof, dari Tungbayee dalam menguruskan uri bayi serta langkah-langkah mudah untuk membersihkannya dengan cara yang selamat dan bersih.
Langkah-Langkah Menguruskan Uri Bayi
1. Persediaan awal
Sebelum memulakan proses mencuci uri, pastikan anda menyediakan peralatan berikut:
– Sarung tangan getah
– Besen bersih
– Garam kasar
Ads
– Asam jawa
– Asam keping
– Kain putih atau kain mudah reput
– Apron (jika perlu)
2. Mencuci uri
– Mulakan dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
– Letakkan uri ke dalam besen dan bilas dengan air bersih untuk menghilangkan darah yang melekat.
Ads
– Taburkan garam kasar dan lumurkan asam jawa ke seluruh permukaan uri. Ini membantu menghilangkan bau hanyir darah. Jika perlu, tambahkan asam keeping.
– Gosok perlahan-lahan sehingga uri bersih sepenuhnya.
3. Mengeringkan dan membungkus uri
– Setelah uri bersih, keringkan menggunakan kain bersih atau tisu.
– Bungkus uri dengan kain putih atau kain mudah reput yang telah disediakan.
– Pastikan bungkusan diikat dengan kemas untuk mengelakkan sebarang kebocoran semasa proses penanaman.
Ads
4. Menanam uri
– Gali lubang sedalam sekurang-kurangnya 1.5 kaki di kawasan yang selamat dan jauh dari gangguan haiwan liar.
– Letakkan bungkusan uri ke dalam lubang dan timbus dengan tanah sehingga padat.
– Sebagai langkah tambahan, letakkan batu besar atau penanda di atas tempat uri ditanam untuk mengelakkan ia digali oleh haiwan.
Hukum dan adab menguruskan uri
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menanam uri adalah sunat. Uri dianggap suci dan tidak boleh dibakar atau dibuang sewenang-wenangnya.
Menguruskan uri bayi adalah tanggungjawab penting yang perlu dilaksanakan oleh setiap bapa dengan penuh kesedaran dan penghormatan. Dengan mengikuti panduan yang betul, kita bukan sahaja menjaga kebersihan dan keselamatan, tetapi juga menghormati anugerah kehidupan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Untuk panduan visual yang lebih terperinci, anda boleh merujuk video Pa&Ma berikut:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Waktu mandi adalah antara bab yang paling merisaukan kebanyakan ibu bapa baharu. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Tenang, ini cara memandikan bayi langkah demi langkah, barulah confident nak mandikan si kecil nanti.
Berapa kerap perlu memandikan bayi?
Mandi 2-3x seminggu, selama 5-10 minit bagi setiap sesi secara amnya sudah cukup untuk memastikan bayi berada dalam keadaan bersih. Manakala jika si kecil gemarkan air, anda boleh memandikan mereka sekali sehari.
Elakkan daripada memandikan lebih daripada sekali kerana ia boleh mengeringkan kulit bayi baru lahir. Bagi cara memandikan bayi untuk membersihkan bahagian kemaluan si manja, anda hanya perlu menggunakan air suam dan pad kapas.
Si kecil boleh dimandikan pada bila-bila masa, tetapi idea yang terbaik adalah ketika anda dalam keadaan tenang dan tidak terganggu. Hindari daripada membawa si kecil mandi pada saat mereka lapar atau sejurus selepas menyusu.
Jika bayi berasa lebih tenang selepas mandi, anda boleh memandikan mereka pada waktu petang. Tabiat ini dipercayai membantu si kecil tidur lebih lama.
Tip persediaan
Berikut antara tip untuk menghindari risiko semasa membawa si kecil mandi:
Ketepikan telefon pintar untuk membolehkan anda fokus kepada si kecil
Letakkan segala keperluan seperti tuala, kain lap, mainan mandian, losen atau syampu, pakaian dan lampin bersih berdekatan dengan anda
Pastikan semua barangan keperluan atau peralatan elektrik jauh daripada capaian bayi
Penting untuk pastikan suhu air yang akan digunakan untuk memandikan si manja antara 37-38°C
Sebaiknya lap dan pakaikan bayi baju di lantai atau meja menukar pakaian
Cara memandikan bayi menggunakan span
Bayi baru lahir perlu dimandikan secara mandian span untuk beberapa minggu pertama usia mereka.
Ia adalah cara mudah untuk membersihkan bayi sebelum tali pusat tertanggal serta sesuai untuk mandikan bayi lelaki yang dikhatankan sebelum sembuh.
Ini cara memandikan bayi dengan span:
Pilih bilik bersuhu sederhana untuk memandikan si kecil. Kemudian tanggalkan pakaian dan lampin bayi serta balutkan mereka dengan tuala.
Baringkan si kecil atas permukaan rata seperti lantai, meja menukar pakaian atau katil dan pastikan sebelah tangan sentiasa memegang bayi agar mereka tidak jatuh.
Buka tuala pada sebelah bahagian yang ingin dimandikan.
Mulakan pada bahagian muka dan bahagian atas kepala bayi. Celupkan span bersih ke dalam air suam tanpa sabun untuk elakkan sabun daripada masuk ke dalam mata atau mulut bayi. Sapukan pada bahagian atas kepala, sekeliling mata dan telinga luar, dagu serta lipatan leher.
Seterusnya titikkan 1-2 sabun ke dalam air suam. Celupkan span ke dalam air sabun dan lapkan pada seluruh bahagian badan serta kawasan lampin.
Jika si kecil telah dikhatankan, cara memandikan bayi adalah dengan mengelakkan daripada membersihkan alat sulit mereka bagi memastikan lukanya kering, melainkan diarahkan sebaliknya oleh doktor.
Keringkan bayi terutamanya pada bahagian lipatan kulit. Pakaikan lampin bersih. Anda boleh menggunakan tuala dengan hud untuk memastikan kepala mereka sentiasa hangat.
Cara memandikan bayi menggunakan tab mandi
Sebaik sahaja tali pusat bayi sudah tertanggal dengan sendirinya, anda boleh mula memandikan si manja dengan merendamkan badannya dalam tab mandi.
Letakkan tikar anti licin pada lantai bilik air dan di dalam tab mandi.
Isi tab mandian dengan air secukupnya. Jika bayi sudah boleh duduk, isikan air hingga pada kedalaman pusat nya.
Pastikan air bersuhu sekitar 37- 38°C sebelum meletakkan bayi ke dalam tab mandian.
Masukkan bayi ke dalam tab secara perlahan-lahan dan pastikan sebelah tangan anda sentiasa ada bersama mereka.
Bagi memandikan bayi dalam tab mandi besar, anda perlu berlutut atau duduk di atas bangku rendah supaya tidak menyakitkan bahagian belakang.
Rambut bayi hanya akan disyampu pada langkah terakhir, hanya 1-2x seminggu. Untuk melakukannya, bayi akan dibaringkan secara menelentang dan rambut dibilas secara perlahan-lahan.
Gunakan kain lap lembut untuk membersihkan muka, leher dan badan bayi. Bahagian alat kelamin dan bawah dilakukan selepas itu.
Perlahan-lahan, angkat bayi keluar daripada tab mandian dan balut mereka dengan tuala kering lembut bagi memastikan mereka kekal hangat.
Sebaiknya kekalkan penggunaan sabun, syampu dan mandian buih pada tahap minimum – jika terlebih, ia boleh merengsakan kulit dan menyebabkan ruam lampin. Pembersih lembut bukan sabun adalah alternatif yang baik.
Jika bayi kelihatan takut untuk mandi dan menangis, anda boleh mandi bersama mereka. Lebih mudah sekiranya ada individu lain yang dapat membantu memegang bayi semasa anda masuk dan keluar daripada bilik air.
Risiko untuk bayi lemas dalam tempoh beberapa saat adalah tinggi walaupun dalam air yang sangat cetek.Jadi jangan pernah membiarkan bayi sendirian di dalam bilik air walaupun anda menggunakan kerusi mandi atau apa juga alasan.
Kanak-kanak kecil lain bukanlah individu yang terbaik untuk membantu mengawasi bayi, maka sekiranya perlu meninggalkan bilik air walaupun seketika, bawa si kecil bersama anda!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik manis yang kini sudah pun bergelar ibu, Atikah Suhaime sudah pun dibenarkan pulang ke rumah selepas melahirkan anak sulungnya.
Menerusi perkongsian videonya di Tik Tok, Atikah dilihat cukup gembira memangku buah hati tersayang, Lyla Mulan Teh untuk dibawa pulang ke rumah.
Lebih hebat lagi kepulangan Atikah dan puterinya, Lyla Mulan turut disambut dua buah kereta mewah berwarna keemasan yang membuatkan wargamaya kagum dan teruja.
“Alhamdullilah dah boleh balik. Terima kasih semua doakan yang baik-baik,” tulisnya.
Melalui video itu, Atikah dilihat dibawa oleh jururawat ke bahagian lobby kereta malah memangku Lyla Mulan untuk diletakkan di dalam carseat.
Wajahnya ceria malah sempat melemparkan senyuman manis sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.
Bahkan kata Atikah lagi, dia kini bersedia untuk berpantang malah turut meminta rakan media social mendoakannya agar kembali kurus seperti sebelum hamil.
“Masa untuk berpantang! Doakan Tika cepat kurus pulak,” tulisnya menerusi kapsyen.
Terdahulu, Atikah Suhaime selamat melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama, Lyla Mulan Teh beberapa hari lalu di sebuah pusat perubatan di Damansara.
Ezzaty Abdullah selamat bersalin anak ketiga, dapat baby boy. Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos berkongsi berita gembira menimang cahaya mata ketiga. Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini selamat melahirkan bayi lelaki jam 11.29 pagi pada 26 September.
Ezzaty Abdullah Selamat Bersalin Anak Ketiga, Dapat Baby Boy
Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Ezzaty berkongsi gembira dan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu.
ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH, DENGAN MENGAMBIL BERKAT BULAN KELAHIRAN RASULULLAH, PADA 21 RABIUL AWAL 1446H BERSAMAAN 26 SEPTEMBER 2024, PADA JAM 1129 PAGI, BABY BOY KAMI TELAH SELAMAT DILAHIRKAN. BABY DAN SAYA DALAM KEADAAN SIHAT. TERIMA KASIH KEPADA YANG MENDOAKAN KAMI- TULIS EZZATY DI RUANGAN KAPSYEN.
Bayi yang baru lahir mungkin tampak sihat dan tidak menunjukkan sebarang masalah. Walaupun bayi kelihatan sihat, hakikatnya organ dalaman mereka, terutama sistem penghadaman, masih...