“Datang Haid Tak Berhenti” Tak Sedar Hamil, Uqasha Senrose Pernah Dua Kali Keguguran!

Share

Dalam diam rupanya pelakon, Uqasha Senrose mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama aktor Kamal Adli.

Berkongsi perkhabaran duka itu, akui Uqasha, ia disifatkan sebagai satu pengalaman perit dan menyedihkan buat dirinya dan suami.

Malah kongsi Uqasha lagi, keguguran kali pertama berlaku ketika dia mengalami tempoh haid yang panjang serta tidak mengetahui dirinya hamil ketika itu.

“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.

“Saya datang haid tak berhenti, mula-mula ingatkan hormon selepas kahwin dan saya biar sahaja.

“Semasa umrah bersama suami selepas kahwin saya tak dapat buat ibadah sangat. Kemudian semasa nak Pilihan Raya Umum ke-15 sekali lagi saya datang haid tak berhenti,” katanya berkongsi.

Risau dengan masalah haid yang luar biasa itu, isteri kesayangan Kamal Adli ini mendapatkan rawatan susulan dari doktor dan dari situnya keduanya baru mengetahui mengenai kehamilan sulung itu.

Menarik: Beranaklah Ramai-Ramai, Seronok Ada Anak Ni, Syukur Rezeki Anak Empat Adira Tak Risau Hilang Awet Muda!

Letak Tangan Atas Peha, Auto Macam Baba Dia, Comelnya Jebat Jayden Berceloteh, Ramai Geram!

Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik, Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Kandungan berusia dua bulan kata Uqasha tidak dapat diselamatkan.

“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).

“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada,” katanya.

Sedih dengan apa yang berlaku, Uqasha berkata dia tetap meneruskan kehidupan seperti biasa apatah lagi dia dan suami belum merancang untuk memiliki cahaya mata lagi.

“Mestilah sedih, siapa yang selepas kahwin tak nak ada anak. Bila dapat tahu mengandung masa itu tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi,” ujarnya berkongsi cerita.

Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

 

IKLAN