Dedahkan Wajah Anak Lepas Berpantang, Ramai Samakan Wajah Anak Siti Sairah Dengan Aafiyah. Dua-Dua Cute!

Share

Setelah habis tempoh berpantang, Sit Sairah akhirnya mendedahkan wajah anaknya kepada umum. Netizen menyamakan wajah anak keempat itu dengan anak saudaranya, Siti Aafiyah.

Siti Sairah yang merupakan adik kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza bersalinkan anak keempatnya pada 12 Disember 2018 lalu. Bayi comel itu dinamakan Siti Nurkhalishah Alisha dan merupakan anak pertama dari perkahwinan keduanya bersama Mohd Sharidan.

 

Sebelum ini, Sairah mempunyai 3 orang anak daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ummi Umairah, 7 tahun, Ahmad Daiyan, 6 tahun dan Ahmad Aisy, 4 tahun.

sitisairahtarudin Ramai yang cakap macam dia.. ??

Foto bayinya disamping anak saudaranya, Siti Aafiyah dimuatbaik Sairah. Para peminat memberikan pelbagai pendapat, ada yang mengatakan seiras dan ada yang mengatakan kedua-dua comelnya mengikut wajah bapa masing-masing.

Artikel berkaitan: Siti Saerah Turun 17kg Selepas 6 Minggu Bersalin. Doktor Pesan Lakukan Juga Senaman

Sumber: sitisairahtarudin

IKLAN