Kes demam denggi terus menunjukkan peningkatan apabila 1,407 kes dicatatkan pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), dari 15 hingga 21 Disember, berbanding 1,384 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa dua kematian akibat komplikasi denggi turut dilaporkan dalam tempoh tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME51 adalah sebanyak 121,082 kes berbanding 120,418 kes bagi tempoh sama pada 2023.
“Terdapat 116 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 96 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023,” katanya.
Ads
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME51 ialah 18 lokaliti berbanding 27 pada minggu sebelumnya.
Ads
Daripada 18 lokaliti dilaporkan katanya, sembilan adalah di Selangor, Negeri Sembilan (empat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (tiga) manakala masing-masing satu di Pahang dan Pulau Pinang.
Ads
Beliau berkata pergerakan masyarakat yang meningkat bersempena dengan musim cuti kini juga akan menyebabkan penyebaran jangkitan denggi menjadi mudah, justeru sangat penting untuk memastikan kawasan persekitaran bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hamil-hamil pun nak glowing, betul tak? Tapi bila tengok bahan-bahan skincare kat rumah
tiba-tiba panik. “Eh boleh ke pakai ni? Selamat ke untuk bayi?” Jangan risau mama! Kita
selesaikan semua kekeliruan ni dalam satu artikel.
Ni senarai bahan yang popular dalam produk biasa, tapi tak disarankan masa mengandung:
1. Retinoid / Retinol (Vitamin A)
Biasa jumpa dalam produk anti penuwaan. Tapi retinoid ni boleh ganggu perkembangan janin, jadi boleh berhenti dulu.
Contoh nama dalam produk: Retinol, Tretinoin, Adapalene, Retin-A
2. Salicylic Acid (dalam dos tinggi)
Bahan aktif untuk jerawat. Kalau dalam bentuk oral atau tinggi peratusan, bahaya untuk bayi.
Tapi: Salicylic acid dalam dos rendah (<2%) atau dalam pencuci wajah yang bilas cepat, masih dianggap relatif selamat.
3. Hydroquinone
Biasa digunakan untuk cerahkan kulit, hilangkan parut. Tapi ia boleh diserap ke dalam darah dengan kadar tinggi, jadi elakkan terus!
Nak cantik masa megandung atau lepas pantang boleh tengok video ni
Sekarang masuk part best bahan yang selamat dan boleh bantu mama kekal glowing
sepanjang 9 bulan ni:
1. Vitamin C (Ascorbic Acid)
Powerful antioxidant yang bantu cerahkan kulit, hilangkan jeragat dan sekatakan tona. Selamat & berkesan!
2. Hyaluronic Acid
Pelembap semula jadi sangat bagus untuk ibu yang rasa kulit makin kering masa hamil. Tak menyumbat pori dan sangat ringan!
3. Niacinamide
Bantu kurangkan kemerahan, jerawat hormon & kuatkan skin barrier. Selamat digunakan
sepanjang kehamilan!
4. Aloe Vera & Rose Water
Natural remedy untuk kulit sensitif dan iritasi. Sejuk, soothing & 100% baby-safe.
Nak kulit cantik masa hamil? Boleh sangat tapi kena tahu bahan apa yang kawan, bahan apayang lawan. Bila kita jaga kandungan skincare, kita bukan je jaga kulit sendiri tapi juga
keselamatan bayi kita. Ingat, jadi bijak ya mama! Baca label, buat research dan konsisten je dengan rutin yang selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah sebaik-baik perancang. Setiap apa yang berlaku, semuanya dengan kehendak-Nya. Begitu jugalah dengan kisah pasangan suami isteri ini yang kehilangan anak dan hanya menunggu masa untuk dilahirkan.
Bagi pasangan suami isteri ini, kegembiraan menyambut orang baru bertukar dengan linangan air mata apabila anak kedua yang dinantikan meninggal dunia dalam kandungan. Apa yang menyedihkan, pemergian anak syurga ini kurang 48 jam daripada tarikh bersalin yang dianggarkan doktor.
Melalui perkongsian, Mr Wan Cai Official yang menguruskan urusan anak syurga ini, beliau berkongsi bagaimana kuatnya seorang ibu dan ayah melalui ujian ini walaupun agak perit nak laluinya.
Sepatutnya 27 Oktober tarikh melihat dunia
Kisah kematian anak syurga yang meninggal dunia 9 bulan dalam kandungan ibunya. Mohon kemaafan kerana lewat untuk membuat perkongsian tentang kisah anak syurga yang telah diuruskan oleh kami. Untuk makluman followers MWCO.
Sepatutnya 27 Oktober 2020 adalah tarikh untuk anak syurga ini melihat dunia. Namun tarikh kelahiran itu telah Allah tetapkan sebagai tarikh untuk menguruskan pengkebumian jenazah anak syurga ini.
Ibu mana yang boleh menerima kenyataan apabila mengetahui anak yang dikandung selama 9 bulan sudah tidak lagi bernyawa? Bapa mana yang boleh menahan rasa kesedihan apabila anak yang baru dilahirkan sepatutnya dipangku untuk di azankan tetapi dipangku untuk dibawa ke tanah perkuburan?
Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata kesedihan yang dilalui oleh pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada anak syurga tersebut.
24 Oktober dah rasa, tapi belum ada bukaan
Pada 24 Oktober jam lebih kurang 02.00 pagi si suami telah membawa isterinya ke hospital. Ini kerana si isteri terasa anak di dalam kandungannya ada tanda tanda seperti hendak dilahirkan.
Tetapi doktor memaklumkan belum ada bukaan atau tanda tanda awal anak di dalam kandungan si ibu akan dilahirkan. Doktor juga memaklumkan kepada si ibu anak di dalam sihat lalu menyuruh si ibu pulang ke rumah.
25 Oktober, anak tak bergerak
Pada 25 Oktober pula ketika bangun dari tidur si ibu dapat merasakan anak di dalam kandungannya tidak bergerak. Ini bermaksud tiada langsung pergerakan bayi yang berlaku di dalam perut si ibu.
Lalu si isteri telah memaklumkan kepada suaminya. Si suami terus membawa isterinya untuk keluar bersarapan dengan harapan selepas makan anak di dalam kandungan akan bergerak dan aktif semula.
Kebiasaannya sebelum ini jika anak di dalam kandungan tidak bergerak si ibu akan terus makan atau minum. Tujuannya supaya anak di dalam kandungan akan sentiasa bergerak dan aktif. Setelah makan dan minum si ibu mendapati anak di dalam kandungannya tetap sama tidak bergerak seolah olah seperti ada yang tidak kena.
Tanpa melengahkan masa si suami terus membawa isterinya ke hospital untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anaknya itu.
Doktor sahkan bayi dah tiada
Setelah pemeriksaan dilakukan doktor telah mengesahkan bahawa anak dalam kandungan si ibu sudah lagi tidak bernyawa.
Punah harapan si suami disusuli dengan suara tangisan si isteri selepas mengetahui anak yang menunggu masa untuk dilahirkan telahpun pergi buat selama-lamanya.
Kalau diikutkan tinggal kurang daripada 48 jam untuk si ibu melahirkan anaknya mengikut pada kiraan hari yang diberi oleh pihak doktor.
26 Oktober, masukkan ubat untuk keluarkan bayi
26 Oktober 2020 ketika berada di katil wad bersalin. Si ibu perlu melahirkan anak syurganya walaupun sudah tidak lagi bernyawa. Dalam tempoh 48 jam doktor berusaha untuk membantu si ibu. Dua kali ubat dimasukkan bertujuan untuk mengeluarkan anak syurga dari kandungan secara normal.
27 Oktober, terpaksa operate, ibu dah tiada tenaga
27 Oktober tepat jam 12.00 tengahari doktor terpaksa membuat keputusan untuk mengeluarkan anak syurga yang ada di dalam kandungan menggunakan cara pembedahan.
Ini kerana risiko si ibu melahirkan secara normal tanpa tenaga selepas 48 jam dan hanya akan membahayakan nyawanya. Pada pukul 01.30 petang selepas dibedah akhirnya anak syurga tersebut telah berjaya juga dikeluarkan oleh doktor. Alhamdulillah. Allah bantu permudahkan urusan si ibu dari menghadapi kesulitan yang sedang dilalui selepas kematian anak syurganya itu.
Tunggu masa tarik ibu bapanya ke syurga!
Jenazah anak syurga ini telah kami kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang. Salam takziah untuk si ibu dan si bapa. Biarpun niat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian. Tetapi percaya dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Belum masa Allah izinkan untuk mempunyai zuriat.
Jangan ada rasa kecewa atau marah. Kerana setiap kejadian yang berlaku punya hikmah tersendiri. Salam takziah untuk ibu dan bapa kepada anak syurga tersebut. Aulian Arsy bin Mohamad Fariz nama anak syurga diberi. Menunggu masa untuk menarik ibu dan bapanya ke dalam syurga kelak nanti!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy berkongsi amalan yang sering diamalkan sebelum melahirkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf.
Elfira berkongsi perkara itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram yang diwujudkan khas buat anaknya, @muhamadrayyankhalafofficial.
Menurut Elfira selain membaca Al-Quran, dia juga tidak putus berdoa sejak hari pertama mendapat berita mengenai kehamilannya sehinggalah melahirkan Rayyan.
“Day 7. Alhamdulillah, he is such a good boy. I feel like crying, I thought it would be harder tapi tak, kadang-kadang El yang kejut dia sebab rindu.
“Rasa bersyukur sangat semuanya Allah permudahkan dari awal sampai sekarang with this lilttle munchkin. Terima Kasih Ya Allah.
“Takde rahsia atau tips yang El nak berikan. But one thing for sure, El tak pernah putus doa dari hari pertama El tahu El pregnant sampai ke hari Rayyan dilahirkan.
“Bacaan surah Maryam, Yusuf, Luqman, Al-Fatihah, 3 Qul, bacaan Al-Quran dan surah Al-Mulk yang setiap malam ayah dan mama baca dalam kereta on the way balik yang menjadi amalan dan kepercayaan.