Bahagia itu kita yang ciptakan bukan siapa-siapa. Itulah ungkapan yang sering kita dengar bila berbicara tentang mencari kebahagiaan hidup. Namun, untuk merasai bahagia untuk diri sendiri bukan semudah yang diucapkan buat wanita bergelar isteri dan ibu bila ketika itu sedang berada dipersimpangan delima.
Ini dijelaskan sendiri oleh Peguam Syarie Fahmi Ramli ini yang mengatakan lazimnya demi anak ramai ibu memilih untuk terus bertahan dalam derita.
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi,
Ads
Lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
Ads
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Ads
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Satu kesukaran yang sukar untuk diungkapkan. Amat menyeksakan bila mana proses pembuangan tidak lancar seperti orang lain.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pengambilan sebiji buah naga dipercayai mampu membuatkan anda rasa lawas iaitu melancarkan proses pembuangan air besar setiap hari.
Tambahan pula, buah naga yang diambil sebagai diet harian bukan sahaja bagus untuk melegakan masalah sembelit, tetapi terdapat juga manfaat lain kepada kanak-kanak.
Mesti selalu nampak buah ini di pasar. Kenapa kena amal dragon fruit (buah naga) dalam diet harian?
Kalau ada masalah sembelit, susah membuang. Ambil sebiji nak bagi lawas. Dragonfruit buah prebiotik, membekalkan makanan pada bakteria baik dalam usus iaitu probiotik.
Kalau nak ajar anak kecil makan solid food. Boleh cuba dengan buah naga.
Dalam buah naga ada anti oksida phenol. Bagi melindungi sel dari kerosakan akibat radang. Kebalkan sistem imun anak. Ada serat prebiotik bantu lancarkan sistem pembuangan anak.
Dragon fruit tinggi vitamin A, B1, B2, B3, C, fosforus, kalsium, zat besi. Bantu menguatkan otot jantung dan pembentukan tulang.
B2 untuk proses penyembuhan dan baiki masalah selera terbantut anak. 1 biji bekalkan 8.8g kalsium untuk tulang kuat.
Padu tak padu?
* Perlu Tahu
Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawas pembuangan air besar.
Antara sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah kurang serat dalam diet. Oleh itu, pengambilan diet yang seimbang bersama dengan kandungan serat yang tinggi adalah disarankan bagi mengatasi masalah sembelit terutama bagi golongan sudah berusia.
Tip berpantang bersalin czer, Mona Allen minta warga maya kongsi pengalaman. Mona Allen selamat bersalin anak keduanya pada 4 Jun yang lalu. Seperti ibu-ibu lain yang bersalin, sudah tentulah akan melalui tempoh berpantang. Begitu juga dengan Mona Allen, dia juga turut melakukan amalan berpantang.
Tip Berpantang Bagi Wanita Bersalin Czer
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Mona beberapa hari yang lalu, Mona bertanyakan cara-cara pantang, cara penjagaan, cara pemakanan, apa yang boleh, apa yang tidak bagi ibu-ibu yang bersalin secara caesarean.
Hantaran Mona dilaman Instagramnya mendapat banyak respon di kalangan warga maya. Ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing termasuk juga rakan-rakan artis.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya:
Untuk info, Mona dan suaminya, Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022. Manakala anak kedua mereka juga lelaki yang diberi nama Persia Pekin, dilahirkan pada 4 Jun lalu.
Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu menarik perhatian ramai peminat di media social apabila memberi kata-kata ucapan manis sempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang, pelakon Sari Yanti.
Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, menerusi siaran segmen pagi Sinar FM baru-baru ini memberi ucapan manis buat isterinya.
“Saya hendak ambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Sariyanti binti Mohamad Nazari.
“Orang yang sangat menyenangkan dan menenangkan. Kadang kala nampak kita sebagai ketua keluarga tetapi dalam hal itu saya banyak merujuk dan belajar daripadanya.
“Saya doakan yang baik-baik sempena ulang tahun kelahiran. Dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurnia kesihatan yang baik.
“Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat-NYA, mudah-mudahan mendapat reda-NYA.
“Moga keluarga kita mendapat kebahagiaan, keharmonian dalam rumah tangga kita. Happy birthday to you.
“Saya sangat bertuahlah, Alhamdulillah ALLAH jodohkan saya dengan Sari.”
“Ia satu anugerah dan hadiah yang sangat bermakna.”
Dalam pada itu, Sari Yanti membalas ucapan diruangan komen dengan menitipkan doa sempena kelahirannya.
“Amin ya rabbal a’lamin. Jazakallahhu khyar suamiku. Jazakumullah khyar semua atas doa yang baik baik.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen menitipkan kebahagian pasangan ini.
“Moga kekal bahagia hingga aher hayat.”
“semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga Allah … Aamiin .”
“Untungnyaa sis @sariyanti mendapat doa dari suami yang menyayangi isterinya dan menghargai isteri..”
“selamat hari lahir kakak cantik @sariyanti 💐moga akak sekeluarga sentiasa di dalam redha Allah swt sentiasa.”
Sekadar info, Jep atau sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Sari Yanti melangsungkan perkahwinan mereka pada 25 Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 6, Muhammad Khidir, 4, dan Abu Bakr, 3.
Sari juga memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 14, dan Baasit Al-Haq, 13.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.