Itulah kerinduan seorang anak buat arwah ibunya yang telah lama pergi meninggalkan mereka. Anak sulung arwah Siti Sarah dan Shuib mengundang sebak di hati orang ramai bila mana berkongsi momen indahnya bersama arwah ibunya.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya riak wajah tenang, Uwais Alqarni saat berkongsi momennya ketika bercuti bersama ibunya di Australia.
Melalui video yang dikongsikan di Instagram arwah, Uwais berkongsi cerita ketika berjalan membeli belah bersama ibunya. Ibunya ketika itu tertarik dengan bau minyak wangi yang dipakai oleh seorang pengunjung ketika berselisih di tengah jalan.
Lantas dek kerana rasa ingin tahu, arwah Sarah terus bertanyakan kepadanya minyak wangi apa yang dipakainya ketika itu dan kemudian terus membeli.
Itulah sebahagian momen indah yang dikongsikan Uwais menerusi videonya. Bahkan Uwais yang kini berusia 11 tahun turut berkongsi jenis minyak wangi kesukaan ibunya yang masih disimpannya sehingga kini dikala kerinduan.
Walau dalam wajah tenang, jelas terpancar kerinduan yang bersarang di hati.
Ads
Namun Uwais dipuji wargamaya kerana cukup kuat malah sekalipun tidak terhenti ketika bercerita momen indah itu. Memang anak yang matang dan cukup kuat.
Walaupun begitu, rata-rata wargamaya turut hiba, sebak dan sedih dengan perkongsian ringkas Uwais. Apa lagi saat Uwais menunjukkan botol minyak wangi ibunya yang masih disimpan kemas. Satu kerinduan yang tak tertanggung.
Ads
Semoga Uwais dan adik-adiknya terus kuat dan terus membesar dengan baik serta menjadi anak soleh solehah kelak.
Pandemik Covid-19 nampaknya masih lagi menular dengan hebat diseluruh dunia. Ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja dengan mudah.
Baru-baru ini, pelakon Hollywood terkenal, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson mengesahkan dirinya dan keluarga disahkan positif Covid-19 sejak beberapa minggu lalu. Dwayne mendedahkan perkara itu menerusi video pendek yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun kini dia dan keluarganya telah pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Menerusi rakaman video berdurasi durasi 11 minit 35 saat, Johnson menceritakan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus tersebut dipercayai diperoleh daripada keluarga terdekat.
Isterinya, Lauren Hashian bersama dua anak perempuan, Jasmine dan Tiana dijangkiti Covid-19 lebih kurang dua atau tiga minggu yang lalu.
Menurutnya, mereka dijangkiti daripada rakan keluarga terdekat dimana mereka pun tidak tahu bahawa diri mereka telah positif wabak maut tersebut. Johnson mengakui itu adalah saat yang sangat mencabar buat dia sekeluarga. Bagi Johnson, keutamaannya adalah untuk melindungi ahli keluarga.
“Ini sesuatu yang sangat mencabar dan sukar untuk kami lalui sebagai sebuah keluarga dan untuk saya secara peribadinya. Diuji positif Covid-19 jauh berbeza daripada kecederaan atau patah yang sudah lebih beberapa kali saya alami.”
Jelasnya, situasi dihadapinya sangat mencabar kerana ia berbeza dengan pengalamannya alami kecederaan semasa berlakon atau pun kemalangan.
Namun beliau terus bangkit melawan penyakit yang kini masih menular di seluruh dunia malah sempat memberi nasihat kepada masyarakat agar mengutamakan kebersihan dan penjagaan diri.
“Orang ramai perlu menjaga disiplin diri, memakai pelitup muka dan melindungi keluarga agar tidak menjadi salah satu korban Covid-19,” katanya.
Sumber: Oh Bulan & IG Dwayne Johnson
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Isu penagihan dadah dalam kalangan kanak-kanak semakin merisaukan apabila ada yang mula terjebak seawal usia 10 tahun, masih di bangku sekolah rendah. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, antara punca penagihan ini adalah taktik licik pengedar yang memberikan gula-gula bercampur dadah secara percuma kepada kanak-kanak.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah (JKMD) berkata, usaha membendung masalah ini tidak boleh diserahkan kepada sekolah dan guru sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama padu daripada ibu bapa dan seluruh masyarakat. Pendidikan awal tentang bahaya dadah perlu bermula seawal prasekolah agar anak-anak lebih bersedia menolak sebarang bentuk cubaan pengaruh negatif.
Ancaman Semakin Kreatif, Ibu Ayah Perlu Peka
Menurut laporan Harian Metro, Zahid turut menekankan bahawa sindiket dadah kini semakin kreatif, malah ada yang menyalahgunakan perkhidmatan penghantaran untuk mengedar. Dari luar kelihatan seperti bungkusan belian dalam talian, tetapi sebenarnya penuh dengan dadah. Inilah sebabnya ibu ayah perlu lebih peka dan prihatin terhadap tingkah laku serta pergaulan anak-anak, terutama di luar rumah.
Beliau turut berkongsi, penyalahgunaan dadah kini berada pada tahap kritikal dengan peningkatan 32.5 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya. Statistik juga menunjukkan jumlah penagih melonjak daripada 436 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2023 kepada 586 orang pada 2024.
Didik Anak Tentang Bahaya Dadah
Sebagai langkah pencegahan, ibu bapa boleh:
Sentiasa berbual dengan anak mengenai bahaya dadah dalam bahasa yang mudah mereka faham.
Pantau rakan-rakan dan aktiviti harian mereka.
Jangan sesekali membiarkan anak terlalu bebas tanpa kawalan, terutama dalam penggunaan gajet dan media sosial.
Ajar anak untuk berani berkata “tidak” kepada apa sahaja yang meragukan.
Ahmad Zahid menegaskan, perang melawan dadah memerlukan strategi menyeluruh termasuk penguatkuasaan, pemulihan serta pendidikan. Apa yang lebih penting, peranan ibu ayah sebagai benteng utama tidak boleh dipandang ringan.
Harapan Generasi Bebas Dadah
Beliau turut berkongsi pengalamannya ketika mengurangkan kadar banduan melalui program latihan kemahiran dan peluang ekonomi, membuktikan bahawa dengan kreativiti dan sokongan, masalah dadah mampu ditangani.
Bagi kita sebagai ibu bapa, mesejnya jelas – jangan tunggu hingga nasi menjadi bubur. Anak-anak adalah anugerah yang perlu dijaga sebaik mungkin. Cegah mereka daripada terjebak dengan dadah bermula dari rumah, dengan kasih sayang, perhatian dan didikan berterusan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun sedang melalui fasa penuh cabaran dalam kehidupannya, pelakon cantik Anna Jobling tetap meletakkan ibu tercinta, Ariz Arop, di tempat paling istimewa di hatinya.
Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, Anna berkongsi momen manis di InstaStory dengan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada insan yang melahirkannya.
“Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik (panggilan). Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah,” tulis Anna dengan penuh rasa kasih.
Bintang drama popular Setia Itu Mahal ini juga mengakui setiap ucapan yang diterima pada hari lahirnya amat bermakna buat dirinya.
“Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna,” luahnya.
Walau dikelilingi isu dan konflik, anak kacukan Melayu-Inggeris ini tetap berasa bertuah kerana mempunyai insan-insan yang sentiasa memberi sokongan padu.
“Saya sangat bersyukur kerana dikelilingi insan hebat. Doakan yang terbaik untuk melangkah ke fasa baharu,” kongsinya lagi.
Namun, di sebalik ucapan manis ini, hubungan antara Anna dan ibunya masih dalam kemelut selepas pendedahan mengenai perintah injunksi yang diterima pada Disember tahun lalu.
Apa pun yang berlaku, kasih seorang anak terhadap ibunya tidak akan pernah luntur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.