Antara diam dan aktif, yang mana anak baik? Persoalan ini yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan ibu bapa.
Anak yang diam lebih merisaukan daripada anak yang aktif bergerak melakukan itu ini. Mungkinkah anak diam itu sakit? Mungkinkah anak diam itu ada masalah dan perlukan bantuan yang tidak boleh diluahkan?
Kanak-kanak seharusnya aktif dan gembira bermain ke sana ke mari.
Ads
TETAPI…
Anak yang terlampau aktif bergerak tanpa tahu batasan hingga mengganggu harta benda dan orang lain juga perlu dirisaukan. Adakah dia perlukan rawatan intervensi oleh pakar ataupun adakah peraturan dan disiplin oleh ibubapa terlalu longgar dan permisif?
Ads
NAMUN…
Ada juga anak yang sifat semulajadinya pendiam atau ‘slow to warm up’. Anak ini tidak sakit, anak ini baik cuma dia mengambil masa untuk bersuara dan berkawan. Itu normal bagi sesetengah orang. Anak ini perlu diajar malu kena tempat.
Diam atau aktif yang mana lebih baik bergantung kepada sifat semulajadi anak, persekitaran, konteks, dan keadaan.
Ads
Tidak semestinya diam itu baik dan aktif itu tidak.
Tidak semestinya aktif itu baik dan diam itu tidak.
Marah anak bila buat salah, masa anak buat baik, langsung tak puji. Sebagai ibu bapa, mendidik anak adalah tanggungjawab yang memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan.
Salah satu cabaran yang sering dihadapi oleh ramai ibu bapa ialah bagaimana cara mereka menegur dan memberi panduan kepada anak-anak. Malangnya, ada ibu bapa yang cenderung untuk marah atau menghukum anak apabila mereka melakukan kesalahan, tetapi jarang memberi pujian apabila anak berbuat baik.
Sikap ini boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi dan mental anak. Sebaliknya, pujian memainkan peranan yang sangat penting dalam membina keyakinan dan harga diri anak. Apabila anak mendapat pengiktirafan atas tindakan baik mereka, mereka merasa dihargai dan dihormati.
Saya jadi geram bila tengok di tepi sinki, ada sisa nasi yang berterabur.
“Haih tengok la si Ammar basuh pinggan. Bersepah!” Kata saya pada suami.
Suami saya balas,
“Tak apa. Sekarang ni kita appreciate je usaha dia. Kita bina rutin je dulu. Bila dah jadi rutin, baru kita tegur mana yang tak perfect. Takut tegur awal-awal, dia jadi malas buat next time sebab rasa susah.”
Kata-kata suami saya tu buat saya terfikir. Betul juga, kadang-kadang kita ni terlalu cepat nak betulkan apa yang tak kena.
Sebenarnya, bila anak-anak cuba buat sesuatu, USAHA mereka tu yang paling penting.
Kalau kita tegur awal sangat, kita mungkin buat anak jadi kecewa dan tak cukup bagus.
Anak akan fikir ‘Lebih baik tak payah buat’, sebab rasa macam tak cukup bagus. Lagi-lagi anak type rigid dan logik macam Ammar.
Sebagai mak ayah, kita kena belajar raikan ketidaksempurnaan. Anak-anak tengah belajar, dan mereka perlukan ruang untuk buat silap supaya mereka boleh belajar jadi lebih baik.
Macam Ammar, walaupun nasi bersepah, saya patut fokus pada usaha dia untuk tolong basuh pinggan.
Lama-kelamaan, bila dia dah biasa dan yakin, dia akan belajar cara yang betul untuk buat dengan lebih kemas. Kami pun boleh guide dia untuk buat dengan lebih baik.
Yang penting, kita kena sabar dan hargai usaha anak-anak. Biar mereka bina rutin dan rasa tanggungjawab dulu. Kesempurnaan itu akan datang kemudian.
Bila kita tunjukkan yang kita hargai usaha mereka, mereka akan lebih bersemangat untuk mencuba lagi dan belajar lebih banyak perkara baru.
Dalam mendidik anak, adalah penting untuk mengamalkan keseimbangan antara teguran dan pujian. Jangan hanya menumpukan perhatian kepada kesilapan anak dan memarahi mereka, tetapi beri juga pengiktirafan apabila mereka melakukan sesuatu yang baik. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang, pengiktirafan, dan pujian yang seimbang akan membesar menjadi individu yang yakin diri, positif, dan berjaya.
Jadi, sebagai ibu bapa, mari kita ubah cara kita mendidik anak dengan memberi lebih banyak pujian dan mengurangkan kemarahan. Setiap usaha kecil untuk memperbaiki cara kita mendidik anak akan membawa kesan yang besar kepada perkembangan dan masa depan mereka.
Rutin harian mengaji al-Quran di dalam kereta menjadi kunci kejayaan luar biasa buat Muhammad Ahsan Mohd. Masnawi, 11 tahun, apabila dinobatkan sebagai Johan Tilawah al-Quran Lelaki Sekolah Rendah sempena Mahrajan al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Kebangsaan 2025.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kelebang, Perak ini menyifatkan sesi ‘kelas bergerak’ bersama ayahnya, yang juga seorang ustaz, sebagai antara pengalaman paling bermakna dalam hidupnya.
“Setiap pagi dalam kereta, saya akan baca al-Quran dan ayah akan betulkan tajwid dan taranum saya. Kadang-kadang kami dengar rakaman bacaan qari terkenal di Perak,” katanya.
Walaupun pada awalnya latihan dalam kereta agak mencabar kerana kesuntukan masa, Muhammad Ahsan berkata, ia menjadi rutin harian yang membantunya lebih yakin dan lancar membaca al-Quran.
“Latihan dalam kereta itu mula-mula agak mencabar sebab masa singkat, tapi bila dibuat setiap hari, saya rasa lebih yakin dan lancar,” ujarnya selepas majlis penutup MQSS yang dirasmikan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad di Politeknik Merlimau.
Anak sulung daripada dua beradik ini mula mendalami ilmu taranum sejak usia lapan tahun dan turut berguru dengan beberapa qari terkenal selain ayahnya sendiri.
Dr. Mohd. Azam menyatakan bahawa penganjuran MQSS bukan sekadar medan mencungkil bakat pelajar dalam seni bacaan al-Quran, tetapi juga sebagai platform penting untuk menyemai rasa cinta terhadap kalamullah sejak usia muda.
“Kita mahu pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mendalami ilmu agama untuk membentuk peribadi yang seimbang,” tegas beliau.
SUMBER: KOSMO!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik, pejam celik dah lebih 3 bulan kehadiran Adam Fateh Lee dalam hidup Adam Corrie dan isterinya. Rasa masih baru lagi berita kelahiran si comel Fateh ni.
Sejak masuk 3 bulan macam-macam Fateh dah dapat perkara baru yang buatkan Adam Corrie dan Fazema rasa teruja.
Melalui perkembangan yang dikongsikan oleh abah dan maknya, Fateh dah mula pandai membebel dan main air liur. Lepas ni makin berserilah rumah bila Fateh dah makin pandai.
Ada yang menyatakan selama 10 tahun abah dan mak Fateh tunggu, inilah pengalaman yang sangat dinantikan mereka.
Malah ramai juga yang memuji cara Adam Corrie yang sentiasa dekat dengan Fateh. Mana taknya sibuk penggambaran sekalipun, masa dengan Fateh sentiasa dimanfaatkan.
Rajin melayan dan bercakap dengan Fateh antara yang dipraktikkan oleh Adam Corrie sejak anaknya lahir. Ini antara rangsangan awal yang paling baik untuk perkembangan si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!