“Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau berikanlah kesembuhan dan kesihatan yang baik buat anak kecil ini agar kedua ibu bapanya dapat terus melihat senyumannya. Moga ada keajaiban untuk si comel ini terus membesar dengan sihat dan sempurna”.

Siapa pun yang menatap wajah si kecil ini, pasti akan sebak membayangkan anak-anak sendiri. Apatah lagi dalam usia ini adalah fasa anak-anak meneroka dan belajar sesuatu yang baru.

Namun takdir Allah, tiada siapa yang mampu menolaknya. Kemalangan yang berlaku melibatkan kedua ibu bapa termasuk anak comel ini tidak disangka sama sekali namun untuk beri kekuatan hanya doa dipohon dari semua orang.

Doakan Adam Riefky. Kemalangan Motosikal Bersama Ibu Bapa, Keadaannya Belum Stabil

Mohon doakan kesembuhan Riefky

Kami dengan rendah diri memohon dari semua agar doakan kesembuhan adik Muhd Adam Riefky bin Muhd Zahir agar sembuh seperti selalu.

IKLAN

Kemalangan semasa menaiki motosikal bersama ibu bapanya di depan Taman Seri Akasia, Mengkuang Bukit Mertajam.

Tiada daya dan upaya kami selain doa dari semua. Baby Iqy baru berusia 6 bulan masih kritikal dan kini berada di Hospital Pulau Pinang selepas terlibat dalam kemalangan dengan ibu bapa dia semasa menaiki motosikal.

Doakan Adam Riefky. Kemalangan Motosikal Bersama Ibu Bapa, Keadaannya Belum Stabil

Buat pembedahan buang sedikit tempurung kepala

IKLAN

Sudah dilakukan pembedahan dan doktor membuang sedikit tempurung kepala sementara sahaja disebabkan ada sedikit bengkak pada bahagian otak.

4 kali degupan jantung berhenti

Tak minta banyak cuma minta doakan anak sekecil ini dan ibu bapanya kuat untuk hadapi dugaan Allah ini. Bayangkan 4 kali degup jantung baby Iqy berhenti dan sekarang masih belum stabil.

Doakan Adam Riefky. Kemalangan Motosikal Bersama Ibu Bapa, Keadaannya Belum Stabil

IKLAN

Mintak secebis doa dari kalian semoga Allah makbulkan setiap doa kita semua. Amin, terima kasih rakyat Malaysia.

Kredit: NoorHashim Mohamad

ARTIKEL MENARIK [Demi Anak, Ibu Ditahan Curi Ubat & Makanan. Polis Datang Tak Tangkap, Tapi Bawa Makanan]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Pakar Ingatkan, Sikit-Sikit Kita ‘Complain’ Kelas Online Susah, Lama-Lama Mood Anak Down]

Doakan Adam Riefky. Kemalangan Motosikal Bersama Ibu Bapa, Keadaannya Belum Stabil(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI