Kisah Fawwaz dihempap peti ais pada Julai tahun lalu di Taman Nilai Desa Cempaka cukup menggemparkan tanah air. Namun kini setelah lebih dua bulan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), keadaannya semakin pulih dan menunggu masa untuk dibenarkan pulang.
Tetapi disebabkan keadaannya yang masih lagi demam, menurut laporan Harian Metro hasrat membawa balik Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, 6, yang sepatutnya dibenarkan keluar dari hospital itu hari ini, terpaksa ditangguhkan.
Bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar, 34, berkata, doktor memaklumkan mengenai perkara itu tengah hari tadi selepas menjalankan pemeriksaan dan mendapati anaknya masih belum sembuh daripada demam.
Fawwaz dibenarkan balik tapi bergantung pada tahap kesihatan
Menurutnya, doktor tidak memberi jaminan sehingga bila Muhammad Fawwaz ditahan di wad kerana semuanya bergantung pada tahap kesihatannya.
“Ikutkan, Fawwaz dibenarkan keluar hari ini kerana menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan ke-12 pada 23 Februari lalu.
Ads
“Namun, dia tiba-tiba demam malam tadi dan tidak surut hingga hari ini menyebabkan dia terus ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan.
“Saya ada bertanya dengan doktor sehingga bila Fawwaz akan ditahan di wad tetapi tidak diberi tarikh khusus dan jaminan kerana bergantung kepada keadaan kesihatannya,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak HKL, hari ini.
Mohd Bukhari berkata, dia akur dengan keputusan doktor dan akan mengikut nasihat diberikan demi kebaikan anaknya yang dimasukkan ke wad sejak 17 Disember lalu.
Minum susu menggunakan tiub
Berkongsi perkembangan terkini Fawwaz, Mohd Bukhari berkata, anaknya kini masih tidak boleh bertutur, berjalan dan makan tetapi dapat minum susu menggunakan tiub yang disambung pada hidung.
Ads
“Memang saya mahu melihat Fawwaz sembuh dan keluar dari hospital kerana kasihan dengannya yang sudah lama ditahan di dalam wad.
“Lagipun, saya lihat banyak perubahan pada Fawwaz antaranya tidak lagi merengek seperti dulu malah saya bersyukur kerana dia selamat menjalani pembedahan baru-baru ini,” katanya yang tidak bekerja kerana perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Muhammad Fawwaz.
Muhammad Fawwaz parah di kepala selepas dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu dalam kejadian di rumahnya di Taman Desa Cempaka, Nilai.
Sebelum dimasukkan ke HKL, Muhammad Fawwaz pernah menerima rawatan selama lima bulan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Dr. Izzar Anwari, suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera berkongsi tentang penyakit Pneumokokal di instagramnya. Penyakit Pneumokokal boleh dicegah melalui suntikan vaksin yang diambil.
Jika tidak dicegah, penyakit ini boleh membawa maut. Ramai netizen yang mula sedar akan kepentingan vaksin melalui perkongsian beliau di instagramnya.
Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Penyakit pneumokokal adalah serius dan boleh membawa MAUT.
Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (jangkitan saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan darah) , sinusitis (jangkitan sinus) dan otitis media ( jangkitan dalam telinga)
VAKSINASI adalah cara terbaik untuk MENCEGAH penyakit pneumokokal
Menyedari kepentingan vaksin pneumokokal ini, kebanyakkan negara di dunia ni dah memasukkan vaksinasi pneumokokal ni kedalam Program Imunisasi Kebangsaan mereka.Tapi Malaysia belum lagi. So, parents kena dapatkan vaksin ni sendiri di klinik/hospital private
Selain ambil semua vaksin(free) yang diwajibkan di klinik kerajaan tu, ada banyak lagi vaksin extra yang parents boleh ambil untuk anak.Tapi kena keluar duit sendiri la.Dan please ambil sekurang-kurangnya vaksin pneumokokal kalau parents nak pilih satu je extra sebab vaksin ni yang paling penting.
Di Malaysia ada 2 jenis vaksin pneumokokal iaitu Prevera13 dan Synflorix
Prevera13: Vaksin yang mahal sikit sebab dia cover 13 jenis(strain) bacteria pneumokokal
Synflorix: Vaksin ni murah sikit sebab dia cover 10 jenis bakteria pneumococcal
Dua2 vaksin ni kena ambil 4 dos total kalau first dose diberi semasa umur 6 bulan dan ke bawah. (Boleh diberi seawal umur 6minggu)
Tapi, kalau first dose diberi semasa umur lebih 6-11 bulan , cuma perlu kasi 3 dose total. Jimat sikit la.Dah besar lagi pun boleh ambil vaksin ni.Tanya doktor mengenai dos dia
Parents boleh tanya kat klinik jenis vaksin mana dia kasi. Call je klinik tanya harga
So parents yang plan nak buat anak tu, masukkanlah sekali kos nak beri vaksinasi penumokokal dalam perancangan sekali ya. N berbincangla dengan doktor dulu ya kalau ada apa2 persoalan di kalbu (jadual dos vaksin etc). Jangan join group fb antivaksin pula. InsyaAllah demi kesihatan anak yang merupakan tanggungjawab kita.
Anak dah start mengences main air liur. Habis rambut gugur. Pasal apa ae? Apa kaitan air liur anak dengan rambut kita?
Anak start main air liur sangat berkait rapat. Kalau anak tak main air liur ditakuti perkembangan anak ada masalah. Setiap bayi haruslah ikut perkembangannya.
Perasan tak semasa kita hamil, rambut akan menjadi lebat dan kurang gugur. Kalau gugur pun boleh dikira dengan jari. Ini kerana semasa kita hamil, hormon estrogen adalah tinggi dan ini akan meng”awet” rambut daripada membesar. Maksudnya tiada sebarang proses tumbesaran berlaku kepada rambut. Ia kekal seperti mana keadaannya ketika itu. Jadi rambut tidak menua dan tidak gugur.
Tapi sebaik sahaja selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang tadi dalam fasa “berehat” kini mula berguguran satu persatu. Ini selalunya berlaku menjelang 3-4 bulan selepas kelahiran baby kita. Keadaan ini selalunya akan berkurangan apabila anak berusia 6-12 bulan.
Akibatnya, ibu-ibu ramai yang berasa khuatir bila anak-anak mula menyembur, kerana kebiasaannya apabila anak kita mula pandai menyembur pada usia 3-4 bulan, kita akan rasa kepala hampir botak. “Habis la, Zayra dah mula menyembur ni Zarith. Botak la lepas ni” Biasa kan kita dengar ayat penyata seperti ini. Namun kini anda tak perlu risau lagi, kerana anda boleh cuba pelbagai tips di bawah ini.
Tips rambut kekal sihat dan cantik selepas kelahiran anak:
-Semasa proses menguruskan rambut seperti syampu dan sikat rambut, lakukan dengan penuh lemah gemalai. Syampu apabila perlu dan gunakan sikat rambut yang bergigi jarang. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan menggunakan gelang getah yang orang buat pakai bungkus tempeh tu. Pakai getah rambut yang khusus untuk rambut.
-Elakkan dari menggunakan pengering rambut serta melakukan proses yang melibatkan bahan kimia seperti mewarna atau apa-apa yang menggunakan haba seperti proses rebonding dan mengerintingkan rambut.
-Kekalkan pemakanan sihat dan amalkan pengambilan supplement selepas melahirkan anak.
-Sekiranya terlalu teruk dan disertai dengan beberapa simptom penyakit lain, boleh berjumpa dengan pakar. Mungkin ia petanda penyakit lain.
-Jadi jelas disini orang dahulukala yang mengatakan bila anak menyembur air liur tu rambut dah mula gugur tidak benar sama sekali. Cuma waktu pembesaran anak dengan kadar hormon estrogen kita yang berkurang itu waktunya hampir sama, jadi ia berlaku secara kebetulan. Apa pun, ibu-ibu jangan stress sangat. Itu adalah perkara normal yang boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang seimbang.
Sumber: ibuzarith.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan bagaimana perasaan ibu ayah ini yang hampir kehilangan anaknya. Sekelip mata sahaja mereka diuji.
Syukur alhamdulillah kerana Allah bagi peluang kedua untuk mereka sekeluarga. Ikuti pengalaman sedih dilalui oleh Puan Farah Rahim yang hampir kehilangan anak tersayang gara-gara batuk berkahak!
Assalamualaikum harini baru mama ada kekuatan untuk cerita apa yang jadi pada 17/3.
Mama abah terus bawak harraz pergi klinik. Kat sana 3 kali kena neb still same dan doc advice terus pergi hospital.
Masa otw pergi hospital, harraz merengek nafas semakin laju dan tiba-tiba harraz macam lembik dengan mulut biru, mata ke atas, Mama panggil pun dah tak respond at the same time perut semakin laju.
Sampai hospital terus tolak masuk dlm zon kritikal. Dalam tu doc cuba macam-macam neb tapi still same, nasib masa tu doc pakar ada lagi.
Mama ni dah macam luruh jantung tengok harraz macam tu. Lastly doc intubate harraz dan terpaksa bagi ubat tidur. Tapi intubate manually sebab tak ada mesin ventilator. pH darah semakin menurun dari 7.4 ke 7, doc cakap kalau turun lagi bawah 7 maybe harraz dah tak ada.
Harraz Makin Tenat
Mama rasa macam nak mati je time tu. Air mata terus mengalir macam paip. Keadaan harraz tersangat-sangat tenat.
Doc try sedaya upaya untuk selamatkan anak mama sebab intubate, doc suruh mama panggil harraz. Tak henti-henti mama panggil tapi harraz dah tak respond kat mama.
Doc suruh mama duduk luar. Kat luar tak henti-henti mama nangis dah macam tak tentu arah dah, kaki tangan semua dah macam tak pijak kat bumi.
ni msa kt HKB, time ni harraz tenat sgt2, msa ni dh intubate, doc kat belakang terpksa buat manually sbb xdak mesin ventilator, so tpksa cri hsptl dgn cepat utk harraz.
Doc cakap harraz betul-betul tenat, masa dah dekat pukul 11 malam tapi still tak stabil. Doc call semua hospital yang ada PICU, sebab kat HKB tak ada mesin ventilator (alat bantuan pernafasan).
Saluran paru-paru harraz dah terlalu sempit sangat untuk dia bernafas so terpaksa bergantung pada mesin ventilator untuk support dia. Semua hospital sampai ke utara Perlis PICU dah penuh.
Sekelip Mata Harraz Terbaring Tak Sedar Diri
Hati mama ni tak berhenti-henti berdoa. Lastly Hospital Ipoh ada katil kosong untuk harraz.
Doc terpaksa tunggu keadaan harraz stabil untuk di transfer ke PICU Hospital Ipoh. Tapi anak mama tak stabil, tersangat kritikal dan risiko untuk perjalanan yang jauh ke Ipoh. Allahuakhbar
Doc suruh mama abah pergi ke sana dulu. Betapa sedihnya mama tak boleh nak naik ambulans dengan harraz. Doc pakar terpaksa follow sampai ke sana.
Dalam pukul 3.30 pagi mama abah sampai Ipoh, tapi mama tunggu harraz tak sampai-sampai lagi.
Ya Allah betapa risaunyaa mama, tunggu punya tunggu tengok-tengok harraz sampai pukul 4 pagi, terus ditolak ke PICU, Alhamdulillah sepanjang perjalanan harraz tidur lena.
Mama tenung harraz. Dengan sekelip mata je harraz tidur tak sedar diri macam ni dengan wayar penuh 1 badan.
Betul ke harraz anak mama ni. Macam tak percaya yang ni anak mama yang terbaring macam ni.
Siang malam mama berdoa semoga harraz kuat untuk lawan. Mama tau anak mama seorang yang kuat semangat. Ramai sangat yang datang dari jauh untuk jenguk harraz.
Hebatnya seorang ibu tanggung semua Ujian Allah ni terhadap anak mama. Dua hari mama tak makan tak minum tapi mama kuat, mama kuat sebab anak mama pun kuat.
Melepasi Tahap Kritikal
Alhamdulillah leganyaa mama. Doc dah cabut bantuan pernafasan harraz. Indahnya dunia mama dapat dukung harraz, dpt tengok harraz bukak mata.
Malam ni mama dibenarkan bersama dengan harraz di wad. Harraz diam je tak banyak cakap, rengek-rengek ja.
Memang lemah sangat sampaikan nak angkat tangan pun tak larat sebab kesan ubat tidur banyak sangat kat harraz. Tapi setiap 4 jam nurse akan buat suction untuk sedut kahak harraz.
Hari ke-6 baru la nampak harraz aktif sikit. Tapi still tak mau gelak-gelak main-main dengan mama. Hari ke-7 baru harraz boleh discaj. Seronok sungguh dia dapat main.
Punca Sebenar Haraz Sakit
Actually, harraz batuk kahak since masa lepas kenduri akikah 3/2. Tapi on off jugak la sampai 2 kali kena admit. Dah sebulan lebih nafas berbunyi kahak tu.
Banyak sebab harraz batuk kahak. Tahun lepas rumah mak renovate time tu pun dah banyak sangat harraz, dan persekitaran yang tak elok dengan asap rokok.
Lepas ni biar la orang nak kata cewi anak ka apa ka, mama dah elakkan untuk bawak harraz tempat-tempat yag terbuka, tempat orang ramai.
Lepas ni dah tak boleh la kerap nak bawak harraz pi pasar malam ka, uptown ka, expo mana-mana ka, makan kat luaq, terdedah dengan segala asap-asap, bulu kucing dan habuk-habuk. Mama abah memang ada asma, dan now kena jaga anak yag dah ada asma.
Now alhamdulillah, nafas berbunyi tu terus tak ada, kahak pun dah kering. Mama abah nak jaga harraz betul-betul dan bagi sepenuh perhatian.
Segala barang perabot dalam rumah lantai semua abah cuci-cuci dengan dettol. Rumah kena sentiasa bersih tak mau ada habuk-habuk, baju mainan harraz semua dibasuh dengan dettol. Botol susu 2 hari sekali kena rebus.
Doakan harraz sihat walafiat lepas ni. Mama bawak jugak harraz jalan-jalan tapi dalam keta ja heheheh. Sekali sekala boleh la.
Segera Rawat Kalau Anak Batuk Berkahak
So jaga la anak-anak jangan terlalu dedahkn anak dengan dunia luar, tambah-tambah tempat yang ramai orang, dekat playground. Kat luar sana banyak sangat penyakit. Beringat dulu sebelum kena.
Mama abah sayang Harraz Faliq bin Hilman Izzat, semoga anak mama abah sentiasa terus sihat.
Sekarang harraz dah kena pakai inhaler coklat setiap hari. Tapi alhamdulillah, harraz nafas dah ok dah tak laju, nafas dah tak bunyi, kahak dah kering, batuk dah ok, dah terlebih aktif dia lani.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.