Tompokan berwarna kebiruan atau kelabu kehitaman ini mungkin menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa. Mana tidaknya warna seperti lebam, bimbang menyakitkan si manja!
Tanda seolah-olah lebam dan ini selalunya wujud pada bahagian punggung, belakang. Tidak terkecuali bahagian dada, betis, kaki dan tangan. Malah ada sesetengah bayi turut mendapatnya pada bahagian muka!
Menurut Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Pediatrik & Pensyarah Pediatrik Monash University, ramai ibu bapa salah faham mengenai tanda lahir ini. Ada yang bimbang ia akan menyakitkan si manja. Berikut ialah perkongsian beliau;
Ramai yang tersalah faham dengan tanda lahir ini.
MONGOLIAN SPOT
Ia dinamakan Mongolian spot.
Ads
Ia sejenis tanda lahir yang telah terjadi sejak dalam kandungan di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen berterusan berada di dalam lapisan kulit yang paling dalam menyebabkan warnanya menjadi kebiruan / kelabu kehitaman.
Ia selalunya timbul di bahagian punggung, belakang, namun boleh juga dilihat di bahagian lain tubuh. Mongolian spot ini akan beransur pudar dan hilang apabila anak meningkat umur hingga remaja.
TIADA KAITAN DENGAN MASALAH KESIHATAN
Tiada kaitan dengan sebarang masalah kesihatan seperti sesetengah tanda lahir lain seperti ‘haemangioma’ atau ‘cafe au lait spots’.
Ads
5 INFO MENGENAI MONGOLIAN SPOT
#1 Ia juga dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis atau slate gray nevi.
Ads
#2 Banyak berlaku pada bayi yang mempunyai kulit gelap berbanding berkulit cerah.
#3 Tiada bentuk tertentu dan sering terdapat di bahagian bayi seperti punggung, belakang badan, lengan, paha dan betis.
#4 Mempunyai kelebaran 2 hingga 8sm.
#5 Permukaannya nipis, tekstur licin sama seperti kulit.
Sebagai ibu, kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri. Kenapa? Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat yang cukup terutama untuk fizikal dan mental setelah penat menguruskan hal rumahtangga.
Fizikal yang penat ditambah pula dengan mental yang letih boleh membahayakan kesihatan ibu dan memberikan kesan kepada keadaan sekeliling. Isteri dan ibu perlu bertenang setiap hari, ikuti perkongsian dari Puan Umm Zainab;
Isteri dan ibu perlu bertenang, setiap hari
Ada satu kes rujukan psikiatri bagi menilai kesihatan mental seorang wanita pertengahan 30an yang menggoncang bayinya sehingga mengalami inflicted brain injury (shaken baby syndrome).
Wanita itu mendakwa mendengar suara-suara dari dalam kepalanya yang membenci diri sendiri, membenci anak-anak, membenci suami. Lama kelamaan wanita itu mulai rasa sakit kepala, teramat sangat. Dia mudah berasa marah bila mendengar suara bayi kecilnya menangis.
Hasil multiple medical screening, mengesahkan wanita itu bebas daripada sebarang penyakit atau keadaan yang boleh mengakibatkan poor judgement eg:- ketumbuhan yang menekan cerebral cortex ataupun ketumbuhan di bahagian badan lain, kanser (dan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi), penyakit melibatkan gangguan hormon seperti hyperthyroidism ataupun penyalahgunaan dadah dan alkohol. Perbuatan yang dilakukannya hanya berpunca daripada ketidakstabilan keadaan mental.
Ini bukanlah kejadian pertama ibu mencederakan anak kerana hilang pertimbangan diri. Kejadian ini sudah kerap berlaku bahkan ada yang melibatkan kematian.
1) Bagaimana hal seperti ini boleh berlaku?
Kerana para isteri, para ibu ini ada sindrom kepenatan yang berterusan (constant fatigue) sebab mereka tidak ada masa untuk make sense, come to term, merasional dan mewaraskan diri sendiri. Seperti berkerja terus menerus, dalam tidurpun masih berkerja. Walaupun jasad berehat, emosi berkerja.
Ada kisah sedih tentang ibu yang bila hendak buang air di tandas rumah, terpaksa tidak tutup pintu tandas sampai batas aurat dan kesopanan kepada anak yang sudah besar hampir mumaiyiz pun diabaikan kerana anak yang kecil menangis macam kena dera kalau ibunya masuk tandas tutup pintu. Dalam hatinya ada rasa sesal dan malu, tapi apakan daya dia perlu hidup begitu sekurang-kurangnya sehingga anak kecilnya boleh menghadapi saat getir ditinggalkan di luar tandas. Inilah yang menyumbang kepada keletihan emosi ibu walaupun jasad direhatkan.
Ada juga ibu yang berkongsi kerisauan tentang berat badan makin naik, bentuk badan berubah sebab tiada masa hendak bersenam di rumah. Suaminya pula kata, “Awak buat kerja rumah itu kira macam bersenamlah”. Memanglah berpeluh turun naik tangga ke depan ke belakang menyapu, kutip baju kotor, memasak, uruskan anak tapi hormon dopamine dia gagal mewujudkan rasa teruja, excitement untuk work out sebab minda dia sudah register itu semua sebagai rutin, akibatnya penghasilan serotonin berkurang, dan tidak dapat bertindak balas sebaiknya dengan endothropin untuk beri rasa gembira dan keseronokan berkerja (working / working out as pleasureable activities).
Dia buat kerana dia sudah lali, hafal, ibaratnya kalau pejam matapun sudah tahu di mana bakul baju kotor, bekas garam gula, setting oven. Yalah, kalau ke hulu ke hilir dengan uniform dapur, mana sempat hendak excited letak yoga mat sambil berzumba mengikut rentak irama.
Bila waktu makan pula, dia makan segala macam, tidak ada portion diet, tidak ada control intake. Makan macam kerja buruh binaan sebab banyak guna tenaga untuk kerja fizikal, dalam masa yang sama mental letih juga, badan jadi lesu. Sekali lagi, sebab hormon serotonin dia kurang dan tidak berfungsi dengan baik, selera dia tiada regularity, menyebabkan dia mudah lapar, rasa sentiasa hendak mengunyah, makan banyak pun susah kenyang.
Ada ibu yang tidak sempat minum air selepas makan, langsung terlupa. 2-3 jam kemudian baru teringat. Padahal dalam masa yang sama dia sudah susukan anak dengan susu badan sehingga kenyang. Sebab dia tidak teruja dengan aktiviti yang dijalaninya, dengan hidup.
Bila keterujaan tiada, dopamine kurang, serotonin level juga tidak memuaskan. Akibatnya fikiran bercelaru sehingga aktiviti ringkas seperti minum air pun boleh terlupa (more serotonin means more energy and clearer thinking as serotonin is a monoamine neurotransmitter that is thought to be responsible for the sense of well being and happiness). Ada yang pergi kedai makan hendak makan lauk pedas-pedas tapi end up order nasi goreng cina supaya boleh share dengan anak kecilnya. Makanlah apapun dia payah hendak teruja.
2) Apa yang kaum ibu ini perlukan untuk merasa lebih baik (feeling better, feeling good about herself), tidak terseksa sendirian walaupun dia tetap perlu menjalankan tugas seorang isteri dan ibu?
Masa bertenang. Sehari sekali paling kurang.
3) Bagaimana untuk memberi masa bertenang?
Masa bertenang tidak perlukan kos yang tinggi atau mewah, pergi bercuti atau melancong merata, upah pembantu rumah atau nanny dan caretaker. Masa bertenang adalah tempoh bersendiri. Benar, ibu-ibu zaman ini memang suka kalau suami bagi voucher spa, sauna ataupun bagi cash suruh shopping atau bagi masa suruh tengok wayang tapi kalau tidak mampu semua itu baik dari segi kewangan ataupun masa (spa paling kurang 2 jam, shopping 4-5 jam, tengok wayang 3 jam – kalau ada anak kecil menyusu badan ataupun yang clingy sebab sudah terbiasa dengan ibunya sahaja, susah untuk keluar sendirian lama-lama) berilah masa isteri, ibu bertenang 15-30 minit sehari pun jadilah.
4) Ada contoh aktiviti yang boleh dibuat untuk masa bertenang?
Ada. Antara caranya, bapa ambil semua anak, bawa naik kereta, sementara ibu bersendirian di rumah, tanam pokok bunga atau brisk walk, work out, jogging pusing taman. Bapa bawa anak pergi playground sementara ibu di rumah minum kopi secawan sambil makan pisang goreng. Ataupun biar isteri sendirian dalam bilik, membaca novel atau main mekap-mekap, cuba-cuba baju (ini personal choice saya) manakala suami bawa anak ke bahagian lain rumah, buat aktiviti bersama anak-anak tanpa ibu mereka. Boleh juga biar isteri mandi dengan tenang, dia hendak scrub ke dia nak long shower ke tanpa ada anak ketuk pintu sambil jerit-jerit macam kena picit menyeru nama ibunya.
5) Ada pantang larangkah untuk masa bertenang?
Tidaklah sehingga pantang. Tapi kalau boleh janganlah pula beri alasan anak tidak biasa berenggang dengan ibunya untuk tidak beri si ibu masa bertenang. Kalau suami sudah cakap begini, beri masa bertenang 30 saat pun naluri ibu akan merasa serba salah.
Golongan ibu-ibu ini memanglah dia nampak macam ada kuasa magik, bila anak nangis dia ambil, didukung, anakpun senyap. Jadi asal anak menangis sahaja, para bapa pun buat kesimpulan anak hendak ibunya. Sebenarnya tidak. Ibu ini dia refleks, dengar anak menangis meraung, dia akan angkat.
Anakpun bila sudah terbiasa bila menangis ibu dukung, pujuk, dia pun refleks – berhenti menangis bila ibu datang. Cuba kalau anak itu menangis jauh daripada ibu, si ibu tidak dengar anak menangis, ibu pun tidak akan refleks angkat anaknya, anak pun tidak akan refleks berhenti menangis bila diangkat ibunya, bapapun tidak akan nampak seolah cuma ibu yang memiliki super power untuk menghentikan tangisan anaknya. Sekali sekala dalam kehidupan anak itu dia akan belajar bahawa ada cara lain dan orang lain yang boleh menghentikan tangisannya selain daripada cara ibu, dukungan ibu, pelukan ibu.
6) Selalu dengar orang perjuangkan me time. Apa beza me time dengan masa bertenang?
Masa bertenang ini berbeza dengan masa untuk diri sendiri, me time. Jangan keliru masa bertenang dengan me time. Nanti orang kata isteri zaman sekarang asyik hendak tuntut me time sahaja seolah tidak ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Bukan. Me time itu kelapangan, bersifat ganjaran. Untuk memberi kerehatan. Masa bertenang pula adalah keperluan, bersifat hak. Untuk menata kewarasan. Untuk mewajarkan pertimbangan. Supaya para ibu tidak dihanyut emosi yang keletihan, yang menyuruh mencederakan anak, meninggikan suara kepada suami, atau mudah mengancam menuntut talak.
7) Pentingkah masa bertenang?
Penting. Macam hak asasi isteri. Berilah isteri hak dia berkadaran dengan usia, berkadaran dengan waktu, berkadaran dengan peredaran zaman. Walaupun sudah beranak pinak beberapa orang sekalipun. Dia perlu masa menata hati dan perasaan, menimbang baik buruk keputusan dan pekerjaan yang dikerjakan sehari-harian.
A contemplation of the day. Waktu muhasabah atau waktu dia boleh pilih sesuatu untuk dilakukan sambil berfikir dalam ketenangan. Waktu yang dia boleh buat revision tentang matlamat hidupnya, misalnya untuk sesetengah ibu suri rumah, tujuan asal dia berhenti kerja atau memilih untuk tidak berkerja untuk menjaga anak di rumah.
Bagi ibu berkerja pula, justifikasi menghantar anak ke taska atau di bawah jagaan pengasuh. Waktu untuk dia improvisasi visi hidupnya. Ataupun masa untuk dia menghayati kekesalan sebab dia tertinggi suara pada anak atau termerungut dengan tugasnya sebagai ibu.
Masa untuk dia motivate diri, kumpul semangat, cari kekuatan, reasoning kemarahan.
Para suami, sungguh tidak rugi berbuat baik kepada isteri. Isteri yang dilayan dengan baik, rumahtanggapun akan jadi baik – anak-anak terjaga baik, makan pakai keluarga dalam keadaan baik, isteri bercakap lemah lembut dengan perkataan yang baik-baik, sentiasa bermood baik, rajin menjaga bentuk badan dan kesihatan dengan baik.
Sebab kehidupannya baik, menjadikan dia isteri yang baik, membentuk anak-anak yang baik, memberi manfaat kepada suami yang baik. Menghasilkan kitaran hidup yang baik-baik. Saling melengkapi dengan kebaikan.
Berbuat baiklah. Tidak kira lelaki perempuan, suami isteri, anak ibu bapa. Jadi orang baik. Layan orang dengan baik. Terutamanya orang yang baik dengan kita. Semoga baik-baik belaka hendaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi satu kegusaran kepada para ibu yang menyusukan jika susu badan kurang. Tertanya-tanya cukupkah susu untuk anak? Bertenang ya ibu, anda boleh selesaikan masalah ini dengan mengenal pasti sebab ia berkurangan. Biasanya susu badan menjadi kurang kerana bayi tidak melekap dengan betul semasa menyusu sekaligus menyebabkan rasa sakit dan luka pada puting.
Selain itu, apabila bayi kurang menyusu terutamanya pada waktu malam juga boleh mengakibatkan penghasilan susu terganggu. Jika anda menyusu dan turut mengambil pil perancang kehamilan yang mengandungi estrogen, ia boleh menjadi salah satu sebab mengapa susu badan merosot.
Selain sebab yang disebut tadi, ada beberapa punca lain yang menyebabkan susu badan semakin berkurangan. Ibu perlu memastikan anak menyusu dengan kerap. Apabila mereka minum dengan kerap, payudara akan mengosong sekaligus stimulasi akan berlaku untuk penghasilan susu badan yang baharu.
Mengikut anggaran keperluan bayi, mereka harus minum sekurang-kurangnya lapan ke 12 kali sesi penyusuan dalam tempoh 24 jam.
Selain itu, susu boleh berkurangan kerana kesilapan bayi menyusu. Mereka mungkin mempunyai masalah untuk menghisap atau isu anatomi yang lain seperti tongue-tie. Jika ibu mencampurkan susu formula dalam sesi penyusuan bayi, lama-kelamaan susu akan berkurangan.
Bayi yang sudah biasa minum susu formula ada potensi untuk menolak susu ibu. Selain itu, penghasilan susu ibu kurang kerana mereka pernah menjalani pembedahan pada payudara atau pengambilan sesetengah ubat yang menggangu proses penghasilan susu.
‘Delayed milk production’ adalah keadaan di mana ibu memerlukan tempoh yang lebih lama dari biasa dalam fasa penghasilan susu dari fasa kolostrum ke fasa peralihan ke susu matang selepas kelahiran.Pada fasa inilah kebanyakan ibu akan mengadu bahawa mereka tiada susu, tidak cukup susu dan sebagainya.
Pada hari kedua hingga kelima kelahiran, bayi hanya memerlukan kolostrum yang sangat sedikit kerana kolostrum sangat pekat tetapi kaya dengan nutrien yang sangat berharga untuk bayi. Pada hari ketiga hingga kelima, kebanyakan ibu sudah mula mengeluarkan susu.
Kata kunci untuk meningkatkan penghasilan susu adalah dengan melakukan rangsangan secara kerap dan kosongkan payudara. Ibu juga boleh mendapatkan nasihat dan sokongan dari kaunselor penyusuan yang bertauliah kerana proses ini akan mengambil masa.
Anda juga boleh cuba teknik perahan Massage, Stroke, Shake (M-S-S), yang diperkenalkan oleh Chele Marmet, Pengarah Bersama di Lactation Institute, Encino, California.
Teknik M-S-S ini dapat merangsang prolaktin di mana dapat meningkatkan penghasilan susu dalam masa yang singkat.
Kunci utama untuk menjayakan proses menyusu badan dengan anak adalah disiplin, usaha tanpa henti, rajin serta tawakal. Tidak mustahil ibu dengan susu yang sedikit pada awalya (dengan usaha berpanjangan) akan berjaya menyusukan anaknya sehingga tempoh dua tahun atau lebih. Ibu yang dikurniakan susu meriah pula, jika tidak bersungguh-sungguh, mungkin susunya akan berkurangan.
Selepas mengumumkan bakal bergelar bapa, penyanyi Yonnyboii memaklumkan dia dan isteri, Nik Nazira Narriman akan menimang cahaya mata lelaki.
Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, mendedahkan perkara itu menerusi majlis pengumuman jantina atau gender reveal yang diadakan baru-baru ini.
Katanya lagi, isterinya bakal melahirkan cahaya mata pertama mereka sekitar Julai ini.
Yonnyboii turut berkongsi video di Instagram miliknya yang memaparkan Nazira sedang duduk di atas sofa sementara dia membuat pengiraan untuk memecahkan belon bagi mengumumkan jantina anak damit mereka.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.