Menjadi satu kegusaran kepada para ibu yang menyusukan jika susu badan kurang. Tertanya-tanya cukupkah susu untuk anak? Bertenang ya ibu, anda boleh selesaikan masalah ini dengan mengenal pasti sebab ia berkurangan. Biasanya susu badan menjadi kurang kerana bayi tidak melekap dengan betul semasa menyusu sekaligus menyebabkan rasa sakit dan luka pada puting.

Rahsia Susu ‘Meriah’, Ibu Kena Disiplin & Rajin Supply Lewat Malam Pada Anak!
Sumber foto: www.freepik.com

 

Selain itu, apabila bayi kurang menyusu terutamanya pada waktu malam juga boleh mengakibatkan penghasilan susu terganggu. Jika anda menyusu dan turut mengambil pil perancang kehamilan yang mengandungi estrogen, ia boleh menjadi salah satu sebab mengapa susu badan merosot.

Mengapa Susu Kurang?

Selain sebab yang disebut tadi, ada beberapa punca lain yang menyebabkan susu badan semakin berkurangan. Ibu perlu memastikan anak menyusu dengan kerap. Apabila mereka minum dengan kerap, payudara akan mengosong sekaligus stimulasi akan berlaku untuk penghasilan susu badan yang baharu.

 

Mengikut anggaran keperluan bayi, mereka harus minum sekurang-kurangnya lapan ke 12 kali sesi penyusuan dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, susu boleh berkurangan kerana kesilapan bayi menyusu. Mereka mungkin mempunyai masalah untuk menghisap atau isu anatomi yang lain seperti tongue-tie. Jika ibu mencampurkan susu formula dalam sesi penyusuan bayi, lama-kelamaan susu akan berkurangan.

Bayi yang sudah biasa minum susu formula ada potensi untuk menolak susu ibu. Selain itu, penghasilan susu ibu kurang kerana mereka pernah menjalani pembedahan pada payudara atau pengambilan sesetengah ubat yang menggangu proses penghasilan susu.

Baca Juga:

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah.” Ajak Buat Reviu, Rupanya Emma Suprise Suami Beritahu Hamil Anak Ke-2

“Baby B Nak Mommy Sha Je, Tak Nak Lepas.” Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga, Comelnya!

Panggil Daddy, Siap Tunjuk TV. Fatima Menangis Tengok Babak Fattah Amin Kena Pukul

Ibu Mengalami Delayed Production

‘Delayed milk production’ adalah keadaan di mana ibu memerlukan tempoh yang lebih lama dari biasa dalam fasa penghasilan susu dari fasa kolostrum ke fasa peralihan ke susu matang selepas kelahiran.Pada fasa inilah kebanyakan ibu akan mengadu bahawa mereka tiada susu, tidak cukup susu dan sebagainya.

 

IKLAN

Pada hari kedua hingga kelima kelahiran, bayi hanya memerlukan kolostrum yang sangat sedikit kerana kolostrum sangat pekat tetapi kaya dengan nutrien yang sangat berharga untuk bayi. Pada hari ketiga hingga kelima, kebanyakan ibu sudah mula mengeluarkan susu.

Banyakkan Skin to Skin Dengan Bayi

Kata kunci untuk meningkatkan penghasilan susu adalah dengan melakukan rangsangan secara kerap dan kosongkan payudara. Ibu juga boleh mendapatkan nasihat dan sokongan dari kaunselor penyusuan yang bertauliah kerana proses ini akan mengambil masa.

  • Pegang bayi anda dengan sentuhan ‘skin-to-skin’ pada payudara. Bayi hanya dipakaikan dengan lampin pakai buang, supaya ada sentuhan kulit secara terus antara ibu dan bayi. Ini akan membuatkan bayi sentiasa terjaga dan juga untuk meningkatkan pengeluaran hormon yang terlibat dalam penghasilan susu ibu.
  • Menyusu dengan kerap, setiap dua ke tiga jam – jumlah sesi penyusuan sekurang-kurangnya lapan sesi dalam masa 24 jam. Bayi anda perlu dikejutkan untuk menyusu atau perlu bangun lebih kerap untuk menyusu.
  • Pastikan lekapan bayi adalah baik dan bayi boleh menghisap serta menelan.
  • Ibu juga boleh mengepam susu selepas menyusukan bayi kerana ini akan memberi rangsangan tambahan pada payudara dan juga untuk memastikan payudara ibu mengeluarkan susu dengan efektif.
  • Semasa menyusu atau memerah, ibu boleh cuba urut payudara atau teknik ‘breast compression’ untuk membantu pengaliran keluar susu ibu.
  • Elakkan pemberian susu formula kepada bayi.
  • Elakkan juga penggunaan puting tiruan pada bayi.
  • Pastikan ibu makan makanan yang berkhasiat dan minum air secukupnya serta dapatkan rehat yang secukupnya juga.
Rahsia Susu ‘Meriah’, Ibu Kena Disiplin & Rajin Supply Lewat Malam Pada Anak!
Sumber foto: www.freepik.com

Anda juga boleh cuba teknik perahan Massage, Stroke, Shake (M-S-S), yang diperkenalkan oleh Chele Marmet, Pengarah Bersama di Lactation Institute, Encino, California.

 

  1. Lakukan double pumping selama lima ke tujuh minit dan berhenti.
  2. Perlahan-lahan lakukan stimulasi di kedua-dua belah payudara dalam gerakan membulat.
  3. Lurutkan hujung jari pada payudara bermula dari dinding dada sehingga ke puting.
  4. Urut payudara dan tunduukan sedikit badan. Kemudian goncangkan payudara perlahan-lahan.
  5. Kemudian bolehlah ulang pam selama lima ke tujuh minit semula.

Teknik M-S-S ini dapat merangsang prolaktin di mana dapat meningkatkan penghasilan susu dalam masa yang singkat.

Kunci utama untuk menjayakan proses menyusu badan dengan anak adalah disiplin, usaha tanpa henti, rajin serta tawakal. Tidak mustahil ibu dengan susu yang sedikit pada awalya (dengan usaha berpanjangan) akan berjaya menyusukan anaknya sehingga tempoh dua tahun atau lebih. Ibu yang dikurniakan susu meriah pula, jika tidak bersungguh-sungguh, mungkin susunya akan berkurangan.

IKLAN

Sumber: Majalah Pa&Ma

Jangan panik! Jom, belajar cara handle situasi cemas. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/stay-safe/

Rahsia Susu ‘Meriah’, Ibu Kena Disiplin & Rajin Supply Lewat Malam Pada Anak!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI