Penyanyi, Ainan Tasneem yang bakal melahirkan anak kembar memaklumkan bahawa kandungannya kini sudah pun memasuki usia 36 minggu.
Menurutnya, doktor memberikannya masa sehingga 37 minggu untuk bersalinkan kembar yang dikandung.
Tambahnya lagi, memandangkan kepala kedua kembarnya kini sudah berada di bawah, dia berharap dapat bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi.
“Kandungan dah nak masuk 36 minggu. Doktor bagi masa sampai 37 minggu je untuk bersalin sebab twins kan. So inshaaAllah this week or next week dapat jumpa baby twins.
“Tak sabar! Dua dua kepala dah kat bawah, hopefully sangat dapat bersalin secara naturally tanpa induce & dapat bersalin normal kalau tiada sebarang komplikasi. Mohon doa dari semua ya ,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ainan juga turut berkongsi tentang kehamilan kembarnya pada kali ini. Menurut Ainan dia mengalami sakit belakang, pinggang dan lenguh-lenguh badan walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti.
“Actually memang tak larat dah nak bawak perut sebenarnya. Sakit pinggang, sakit belakang, time tido pon lenguh-lenguh badan padahal takde buat apa-apa aktiviti pon.
“Kalau nak tukar position time tido lagi la subhanallah…. sakit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pon tak boleh lama sangat kalau tak memang gigil2-gigil kaki,” tulisnya lagi.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan segala urusan Ainan sewaktu melahirkan nanti dipermudahkan.
Dalam satu lagi postingnya yang baru dimuat naik, Ainan menzahirkan ucapan terima kasih buat pengikutnya yang menitipkan doa buat dirinya dan bayi kembar yang bakal dilahirkan nanti.
“Ainan dah baca semua komen dekat previous post. Maaf ya sebab Ainan tak dapat nak reply semua komen tapi Ainan baca semuanya.
“MashaaAllah Ainan bersyukur sangat followers Ainan semua baik baik, terharu sangat bila dapat tahu ramai yang doakan kesihatan Ainan & kandungan.
Ads
“Ada juga yang share pengalaman mengandung & bersalinkan twins. Terima kasih! Banyak yg Ainan kena belajar ni hihi,” tulisnya lagi.
Ainan juga turut mendoakan pengikut yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat sendiri agar diperkenankan doa dan diberikan peluang untuk menimang cahaya mata bila tiba saatnya.
“Ainan doakan pada sesiapa di antara followers Ainan yg sedang berusaha & sedang menantikan zuriat semoga anda juga akan mendapat berita gembira tak lama lagi. Aamiin Ya Mujib. Allah akan bagi tepat pada waktunya. Percaya pada perancangan Allah ya,”
Terdahulu Ainan dan suaminya, Mohammad Ariffudin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah pun dikurnikan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ainan Salsabiela.
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu hamil yang pertama kali hendak buat check-up kehamilan, ibu perlu tahu beberapa info penting sebelum berjumpa doktor. Perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah mengambil ujian kehamilan terlebih dahulu di rumah.
Ujian kehamilan perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu selepas anda terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Jika anda membuat ujian terlalu awal, Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Sejauh mana ketepatan ujian?
Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
Sejauh mana wanita ikut arahan
Bila berlaku implantasi
Apabila anda mengambil ujian (berapa lama selepas kehamilan anda mengambil ujian)
Sifat atau sensitiviti ujian kehamilan
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
Kumpul air kencing awal pagi dalam cawan. Rendamkan batang ujian ke dalam air kencing.
Pastikan batang ujian terus dalam aliran air kencing.
Kumpul air kencing dalam cawan. Menggunakan penitis untuk titiskan air kencing ke kayu ujian.
Langkah 2: Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
Dua baris
Berwarna
Tanda “+”
Jika menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga.
Pertama Kali Check-Up
Buku pink dan ibu mengandung berpisah tiada. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ini merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink Ibu Mengandung?
Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama saja, ibu-ibu yang sudah ada anak 2-3 orang pun boleh ‘blur’ sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak itu agak jauh, macam 3-4 tahun.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul hamil.
Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan?
Semasa para ibu nak buka buku pink tiu nanti, jururawat yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir.
Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu peka tentang bila hari pertama period setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Contoh Cara Kira Usia Kandungan:
Tarikh check UPT: 1 September 2023
Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2023
Jadi, dari hari pertama last period ibu itu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu.
Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.
Kenapa Bahaya Buka Buku Pink Lambat Sangat?
Buka buku pink lambat ini biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.
Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Jika ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran. Kalau jadi kes macam ini, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan.
Boleh Tak Nak Buka Buku Pink Awal?
Boleh dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah sebab perlu buat ujian darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama.
Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu, ada yang berkongsi pengalaman, jururawat suruh balik dulu. Selepas itu datang semula bila usia kandungan sudah 10 minggu.
Mungkin kalau kita tiada masalah, lebih baik ruang waktu itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas itu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil dan bayi.
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Buka Buku Pink
Kebiasaannya perlu bawa kad pengenalan. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi biasanya tidak perlu. Hanya perlu tunjukkan kad pengenalan sahaja. Sijil nikah pun tidak perlu tapi boleh bawa kad nikah.
Bil elektrik atau air itu sebab kalau klinik kerajaan, mereka hendak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Ada orang yang alamat rumah dalam kad pengenalan berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan itu. Bil air atau elektrik akan dijadikan sebagai penunjuk alamat semasa kita.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal di mana pun.
Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-
Ujian darah
Ujian air kencing
Seterusnya nanti, jururawat akan bertanya tentan beberapa info. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Sebagai contoh, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun ssoalan mungkin banyak dan macam-macam, semua info yang ditanya oleh jururawat ini biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Selepas itu, jururawat akan buat pemeriksaan di bahagian payudara. Selalunya nak tengok keadaan payudara sama ada berkeadaan baik atau tidak ketika masa hendak menyusu nanti. Puting timbul atau tidak. Pemeriksaan sekejap sahaja.
Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain itu. Nanti jururawat akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.
Biasanya rasa ketulan sahaja kalau baru 10-12 minggu ini sebab masih kecil.
Apa Nak Buat Dengan Buku Pink?
Ada apa dengan buku pink ini? Pentingkah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ini terutamanya ketika check-up. Jangan pula nak check-up nanti, boleh tertinggal buku pink ini.
Dalam buku pink ini terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan jururawat, ulasan doktor, keadaan bayi dan lain-lain.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ini. Mana tahu kalau berlaku apa-apa, mudah untuk ibu-ibu rujuk ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ini, check mengandung adalah 1 kali sebulan sahaja. Bagaimanapun kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali.
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, tiadalah masalah kesihatan lain pula. Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang.
Air ketuban adalah cecair jernih kekuningan yang mula dihasilkan pada hari ke-12 kehamilan. Apakah fungsi air ketuban dan apakah yang menyebabkan kurang dan terlebih air ketuban di dalam kandungan serta impaknya kepada bayi? Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Subang Jaya Medical Centre menjelaskan mengenai keadaan ini.
Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.
Air ketuban amat penting untuk bayi dalam kandungan.
Faktor menyebabkan air ketuban menjadi banyak
Keadaan ini terjadi kepada kira-kira 1% kehamilan di mana catatannya melebihi 24cm. Ia lazimnya disebabkan oleh beberapa sebab yang melibatkan keadaan ibu dan bayi.
Kesan kepada bayi dan ibu apabila air ketuban banyak
Keadaan yang tidak normal ini boleh menyebabkan kesan negatif kepada bayi dan ibu. Menurut Dr Siti Aishah, air ketuban yang banyak boleh menyebabkan dalam situasi yang berbahaya kepada ibu dan bayi.
Jumlah isipadu air ketuban diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjang tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isi padu paling banyak ialah sewaktu minggu ke-34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml. Namun, jumlah akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ayah mana yang tidak terharu saat melihat zuriat sendiri di dalam kandungan. Apa lagi saat melihat anak di dalam perut yang bergerak-gerak aktif. Sebak dan terharu, terasa hampir tidak percaya.
Detik terindah lagi mengharukan ini dilalui oleh pengguna Tik Tok, @naa_eyna yang memuat naik videonya bersama suami ketika melakukan pemeriksaan ultrasound baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian pastinya airmata gembira si ayah yang begitu sebak pertama kali melihat wajah anaknya ketika pemeriksaan itu.
“Assalamualaikum adik ♥️ mummy dengan papa tengok adik ni. Papa adik menangis. Berdekah riuh 1 klinik.
“Papa sebak terus menangis tengok scan baby hari ni,” tulisnya.
Perkongsian video itu sudah semestinya menarik perhatian ramai malah turut terharu dengan situasi itu.
Tambah mengujakan bila mana doktor begitu ‘sporting’ untuk berkongsi dari jarak dekat bayangan wajah anak pasangan ini.
“Zoom muka. Doktor cakap nak bagi bapak dia tengok.
“Terus lagi rasa nak nangis, mommy yang nak nangis terus rasa tak jadi tengok husband terlebih excited macam ni.
“Terima kasih atas nikmat ni Ya Allah. Hampa semua doakan baby sulung kami membesar dengan sihat tau. Doakan baby tak kuat menangis macam papa dia,” tulisnya.
Semoga kelahiran bayi comel pasangan ini dipermudahkan.