Bagi ibu hamil yang pertama kali hendak buat check-up kehamilan, ibu perlu tahu beberapa info penting sebelum berjumpa doktor. Perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah mengambil ujian kehamilan terlebih dahulu di rumah.
Ibu Hamil Pertama Kali Nak Buat Check-Up Kehamilan
Ujian kehamilan perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu selepas anda terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Jika anda membuat ujian terlalu awal, Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
Sejauh mana wanita ikut arahan
Bila berlaku implantasi
Apabila anda mengambil ujian (berapa lama selepas kehamilan anda mengambil ujian)
Sifat atau sensitiviti ujian kehamilan
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
Kumpul air kencing awal pagi dalam cawan. Rendamkan batang ujian ke dalam air kencing.
Pastikan batang ujian terus dalam aliran air kencing.
Kumpul air kencing dalam cawan. Menggunakan penitis untuk titiskan air kencing ke kayu ujian.
Langkah 2: Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
Dua baris
Berwarna
Tanda “+”
Jika menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Ads
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga.
Pertama Kali Check-Up
Buku pink dan ibu mengandung berpisah tiada. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ini merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink Ibu Mengandung?
Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama saja, ibu-ibu yang sudah ada anak 2-3 orang pun boleh ‘blur’ sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak itu agak jauh, macam 3-4 tahun.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul hamil.
Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan?
Semasa para ibu nak buka buku pink tiu nanti, jururawat yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir.
Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu peka tentang bila hari pertama period setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Contoh Cara Kira Usia Kandungan:
Tarikh check UPT: 1 September 2023
Ads
Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2023
Jadi, dari hari pertama last period ibu itu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu.
Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.
Kenapa Bahaya Buka Buku Pink Lambat Sangat?
Buka buku pink lambat ini biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.
Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Jika ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran. Kalau jadi kes macam ini, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan.
Boleh Tak Nak Buka Buku Pink Awal?
Boleh dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah sebab perlu buat ujian darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama.
Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu, ada yang berkongsi pengalaman, jururawat suruh balik dulu. Selepas itu datang semula bila usia kandungan sudah 10 minggu.
Mungkin kalau kita tiada masalah, lebih baik ruang waktu itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas itu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil dan bayi.
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Buka Buku Pink
Kebiasaannya perlu bawa kad pengenalan. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi biasanya tidak perlu. Hanya perlu tunjukkan kad pengenalan sahaja. Sijil nikah pun tidak perlu tapi boleh bawa kad nikah.
Ads
Bil elektrik atau air itu sebab kalau klinik kerajaan, mereka hendak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Ada orang yang alamat rumah dalam kad pengenalan berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan itu. Bil air atau elektrik akan dijadikan sebagai penunjuk alamat semasa kita.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal di mana pun.
Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-
Ujian darah
Ujian air kencing
Seterusnya nanti, jururawat akan bertanya tentan beberapa info. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Sebagai contoh, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun ssoalan mungkin banyak dan macam-macam, semua info yang ditanya oleh jururawat ini biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Selepas itu, jururawat akan buat pemeriksaan di bahagian payudara. Selalunya nak tengok keadaan payudara sama ada berkeadaan baik atau tidak ketika masa hendak menyusu nanti. Puting timbul atau tidak. Pemeriksaan sekejap sahaja.
Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain itu. Nanti jururawat akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.
Biasanya rasa ketulan sahaja kalau baru 10-12 minggu ini sebab masih kecil.
Apa Nak Buat Dengan Buku Pink?
Ada apa dengan buku pink ini? Pentingkah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ini terutamanya ketika check-up. Jangan pula nak check-up nanti, boleh tertinggal buku pink ini.
Dalam buku pink ini terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan jururawat, ulasan doktor, keadaan bayi dan lain-lain.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ini. Mana tahu kalau berlaku apa-apa, mudah untuk ibu-ibu rujuk ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ini, check mengandung adalah 1 kali sebulan sahaja. Bagaimanapun kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali.
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, tiadalah masalah kesihatan lain pula. Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang.
Ameera Zaini, pengacara CJ Wow Shop berkongsi amalan yang dilakukan ketika hamil anaknya, Mateen Hasnor yang kini sudah berusia 1 tahun 8 bulan menerusi posting di instagram beliau. Antara 13 amalanya ialah makan tembikai untuk tambah air ketuban.
Ambik satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam.
Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu2 yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu2 lain juga.
Masa awal2 pregnant dulu, Meera morning sickness yg teruk and bleeding dua kali sampai doctor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well.
Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tips. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.
1. Doctor bagi injection untuk kuatkan rahim. 2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk. 3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu 4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doctor bagi 5. Minum susu kambing 6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya 7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis 8. Banyak makan fruits — sukaaaa sangat fruits masa pregnant and now mateen pun camtu 9. Suka buah tembikai — untuk tambah air ketuban tp kalau banyak sangat takut diabetic pulak. 10. Mibum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester 11. Baca / dengar Surah Maryam Surah Yusuf & Surah Al Baqarah. 12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah — nak anak yg sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa, etc 13. Masa belum ada nama meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy dah bangun ke? Sebab itu pun satu doa kan.
Apapun kesimpulannya Every pregnancy journey is different, Meera rasa kita semua mesti akan buat yg terbaik sahaja kan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan beusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua.
Hanis Zalikha mengalami alahan mengandung atau morning sickness yang agak teruk. Makan dan muntah sehingga adakalanya memuntahkan asid perut sahaja! Hanis memberikan semangat dan 6 tips bermanfaat bagi ibu yang mengalami keaadaan yang sama.
Hanis yang kini sedang hamil anak kedua dalam posting Instagramnya berkongsi tentang keadaan yang dialaminya sekarang. Sedang berada di Jepun bersama keluarga, Hanis mengalami alahan mengandung yang teruk dan muntah-muntah.
Walau apa pun, mesti kuat semangat dan tetap makan bagi memastikan perkembangan janin yang baik. Pengalaman ini juga turut dialami semasa hamilkan Yusuf dan tip yang digunakannya berkesan kerana Yusuf telah lahir dengan badan berisi dan sihat. Berikut ialah perkongsian Keknis;
haniszalikhaBaru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya. Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde. Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.
Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat.
Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat.
Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik.
Jaga waktu makan.
Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah2 macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir. Adalah tu zat2 yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita.
Folic acid jangan miss.
Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat2 buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau.Orang yang tak lalui morning sickness kadang2 susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya2 ni semua. Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol.
Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah2 mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat2. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua ???
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang tidak tahu bahawa salah satu cara yang boleh membantu menaikkan bacaan Hb ketika hamil ialah dengan bersenam.
Kekerapan bersenam sepanjang tempoh kehamilan boleh membantu anda lebih sihat, dan cergas. Dalam masa yang sama, ia juga boleh membantu anda mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil akibat sakit belakang, lenguh badan dan keletihan.
Biarpun begitu, dalam masa yang sama anda tetap perlu mengamalkan pengambilan makanan dan suplemen yang boleh membantu menaikkan bacaan Hb.
Berjalan
Berjalan merupakan senaman paling mudah untuk anda lakukan setiap hari, tidak kira masa dan tempat. Anda boleh lakukannya di rumah ataupun tempat kerja.
Setiap pergerakan ketika berjalan boleh membantu merangsang penghasilan sel darah merah termasuk Hb.
Jika risau diri lekas letih disebabkan terlalu banyak berjalan, anda boleh parkir kereta di tempat kerja jauh sedikit daripada kebiasaan. Jadi, bolehlah anda melakukan aktiviti berjalan tanpa rasa letih
Jogging
Jogging membantu tubuh mengeluarkan peluh dan melindungi fungsi hati dengan baik. Namun
lakukan larian anak dan bukannya larian pecut.
Bersenam mengikut kemampuan diri. Jangan lupa regangkan otot dulu untuk elak kecedaraan atau kesakitan lepas bersenam.
Menari
Menari dikira sebagai senaman yang baik untuk anda merangsang penghasilan hemoglobin. Apakah lagi menari merupakan senaman aerobik yang menyeronokkan.
Konsep bersenam sambil menari ini boleh dipelbagaikan seperti salsa, zumba dan lain-lain.
Asalkan anda melakukan pergerakan, ia boleh meningkatkan penghasilan sel darah merah serta hemoglobin darah.
Berbasikal
Berbasikal pun boleh bantu naikkan bacaan Hb. Cuma anda perlu berhati-hati ketika mengayuh basikal. Jika ada masa, bolehlah jatuh basikal di setiap petang di keliling rumah dalam 10 – 15 minit setiap hari.
Berenang
Renang merupakan senaman paling selamat untuk ibu hamil. Ia adalah senaman yang rendah impaknya.
Sambil berenang untuk naikkan bacaan Hb, anda juga membantu meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar Nourul Depp kanser membuka mata wanita tentang pentingnya pemeriksaan awal, keputusan berani membuang rahim dan ovari, serta perjalanan pulih yang penuh kekuatan dan inspirasi.