Bukan mudah mengandungkan anak kembar, apatah lagi bagi ibu yang berbadan kecil. Bagi penyanyi Ainan Tasneem, kandungan kembarnya yang semakin membesar membuatkan dia semakin berjaga-jaga.

Katanya menerusi instagram miliknya, dek kerana kandungannya yang sudah pun memasuki usia tujuh bulan ditambah dengan kandungan yang semakin sarat, dia mula merasa sakit pinggang dan belakang tubuhnya.

“Setiap Hari Sakit Pinggang & Belakang”, Ainan Tasneem Terpaksa Pakai Penyokong, Tak Sabar Tunggu Baby Kembar!

“Disebabkan twins makin membesar, perut pun makin memberat. Memang terasa sangat pressure lagi-lagi dekat pelvis area.

“Dulu time Salsabiela tak terasa sangat, tapi mungkin sebab ni 2 baby sejak kandungan 5 bulan lagi dah terasa. Sakit sangat sampai everyday sakit pinggang dan belakang,” katanya berkongsi.

 

View this post on Instagram

 

Disebabkan twins makin membesar, perut pon makin memberat. Memang terasa sangat pressure lagi2 dekat pelvis area. Dulu time Salsabiela tak terasa sangat, tapi mungkin sebab ni 2 baby sejak kandungan 5 bulan lagi dah terasa. Sakit sangat sampai everyday sakit pinggang dan belakang 😭 Tapi Alhamdulillah syukur ada ergonomic pregnancy support belt daripada @mamawaymy ni. Sangat membantu. Bila pakai perut rasa sedikit ringan, rasa macam ada tangan yg tampung perut kita. Nak bergerak ke mana-mana pon jadi mudah. Material pon sangat stretchable, lembut, selesa dan tak rasa gatal2 walaupun kena direct dengan kulit. Ainan sangat recommend to future mommies out there untuk invest dan beli this product. I’m sure you won’t regret. Guna code MAMAWAY-AINAN, dan boleh dapat diskaun sebanyak RM25 untuk pembelian melebihi RM200 💛 #lovemamaway #mamaway

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92) on

IKLAN

Terpaksa pakai tali pinggang penyokong

Disebabkan itu, Ainan terpaksa mengenakan tali pinggang sokongan khas buat ibu hamil untuk menyokong berat kandungannya. Dan kini barulah penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia ini rasa makin lega dan selesa.

“Tapi Alhamdulillah syukur ada ergonomic pregnancy support belt ni. Sangat membantu.

IKLAN

“Bila pakai perut rasa sedikit ringan, rasa macam ada tangan yang tampung perut kita. Nak bergerak ke mana-mana pun jadi mudah,” katanya lagi.

“Setiap Hari Sakit Pinggang & Belakang”, Ainan Tasneem Terpaksa Pakai Penyokong, Tak Sabar Tunggu Baby Kembar!

Dalam pada itu, menerusi satu entri berlainan di instagram, Ainan rupanya sudah pun menyiapkan pakaian dan kelengkapan lain untuk bayi kembarnya yang bakal lahir kelak.

IKLAN

“Pakaian untuk twins rasanya dah 100% ready, Alhamdulillah,” katanya yang turut berkongsi gambar pakaian buat bayi kembarnya. Semuanya sudah siap disusun cantik di rak pakaian.

 

Terdahulu Ainan Tasneem mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Sasabiela pada 2 Mac 2018.

Semoga kelahiran bayi kembar Ainan dipermudahkan kelak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI